Di dalam bas, ketika perjalanan ingin pulang semula ke sekolah.
"Awak, awak tak cerita lagi kenapa awak dengan DD pindah sini?" Veron masih lagi tidak berpuas hati.
"Perlu sangat ke?" Tanya Mellysa pula.
"Awak, kenapa asyik pandang dorang? Pandang lah saya!" Alexis serupa macam budak-budak.
"Awak ni dah kenapa?" Marah Alices.
"Tahu lah dah..." Steffanie saja menggantungkan ayatnya.
"Serius lah?!" Jacqualine yang lama mendiamkan diri tadi telah bersuara.
Steffanie mengangguk-angguk.
"Eh, kenapa aku tak tahu ni?" Tanya Jacqualine pula.
"Eh cerita lah." Ujar Angelica.
"Macam ni," Alexis bercerita dengan nada yang teruja.
Alices pula bengang.
Flashback*
"Alices, kenapa tak tak tidur lagi?" Sergah Alexis secara tiba-tiba.
"Kau siapa?! Pergi dari sini!" Jerit Alices ketakutan.
"Saya lah ni, Alexis." Kata Alexis seraya membuka topengnya.
"Ish, awak dah kenapa pakai topeng ni?Awak nak culik saya?!" Alices masih tidak berpuas hati. Sakit betul hati dia.
"Nak culik hati awak boleh?" Alexis tersengih panjang.
Pipi Alices sudah merah merona.
"Ee, apa yang awak mengarut ni?" Alices ketawa.
"Awak tak suka saya?" Tanya Alexis tanpa segan-silu.
Alices terdiam. Bukan tak suka.
"Tapi diam tandanya suka." Alexis bernada menyakat Alices.
Tiba-tiba Steffanie datang. Ingatkan mahu menyuruh Alices masuk khemah dan tidur. Namun, dia telah mendengar semua perbualan mereka dari tadi.
'"Terima je Alices. Peluang tu." Kata Steffanie sambil ketawa.
"Steff, kau tak tidur lagi?" Alices cuba menukar topik.
"Sebab aku nak suruh kau tidur. Dah kenapa malam-malam dekat luar? Tahu-tahu tengah dating." Steffanie tersenyum sinis.
Alices kehilangan kata-kata.
Manakala, Alexis masih dengan harapannya. Matanya hanya tertumpu kepada Alices.
Steffanie juga.
"Em yelah." Ucap Alices perlahan.
"Serius lah? Suka lah Alexis! Wuu." Steffanie menjerit keriangan.
"Perlahanlah sikit. Kang kantoi dengan cikgu dengan bapak kau yang kita ni tak tidur lagi." Marah alices.
Steffanie hanya mampu tersengih.
"Awak, ikhlas?" Alexis benar-benar suka ketika itu.
Alices mengangguk-angguk sambil tersenyum.
End of flashback*
Henry yang duduk di sebelah Jacqualine tersengih-sengih sendiri. Lucu barangkali kisah percintaan Alexis dan Alices.
Aiden dan Daniel tidak bersama mereka membuat bising di dalam bas. Gayanya seperti sedang berbual akan perkara yang mustahak.
Tanpa mereka sedari, Mellysa sedang ligat bercerita dengan Veron. Fasal apa lagi kalau bukan fasal Diamond Divas.
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Teen Fiction[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...