Bab 6

6.4K 255 5
                                    

"Hai girls!" Sapa Steffanie.

"Cerianya kau harini Steff, ni mesti ada apa-apa ni." Jacqualine mahu mengorek rahsia.

"Takde apalah, salah ke kalau aku tukar mood harini?" Tanya Steffanie.

"Tak salah, cuma pelik je." Kata Alices.

__________

"Weh kau nak tahu tak? Aiden pakai jam tangan yang aku bagi! Kata Steffanie dengan teruja.

"So......" Mellysa terus menulis. Ketika itu mereka berada di dalam kelas, waktu subjek Bahasa Melayu.

"So aku tak sangka benda ni akan jadi sebelum ni." Steffanie tersengih.

"Oh ni lah penyebab kau happy semacam kan harini?" Tanya Mellysa.

Steffanie ketawa.

"Entah tak tahu hahaha." Steffanie menidaktahukan sahaja. Padahal ya.

"Ee kau ni. Dah jatuh cinta dekat Aiden ya?" Tanya Mellysa .

"Mana ada, kau ni." Jawab Steffanie.

'"Jujurlah. Aku kawan kau, aku kena tahu perasaan kau." Kata Mellysa. Dah macam main true or dare dah ni.

"Em......."

__________

"Aiden!" Panggil Mellysa.

"Apa dia?" Tanya Aiden.

"Ada benda aku nak cakap ni, sini lah sikit." Ujar Mellysa lagi.

Lalu, Mellysa menceritakan segalanya kepada Aiden.

"Oh, aku dah agak dah. Dia memang suka aku. Dia je yang taknak mengaku." Kata Aiden dengan bangga kerana apa yang dia sangka selama ini ternyata benar.

"Jam tangan tu. Ceh hahaha." Mellysa menegur pemberian Steffanie tersebut.

Aiden tersengih malu.

"Tembaklah dia! Aku tak sabar nak tengok korang bersemut! Hahaha!" Mellysa cuba berkias.

"Nak buat apa tembak dia? Aku sayang dia lah! Kau ni." Aiden berasa pelik. Ada ke suruh tembak Steffanie. Desis hatinya.

"Kau ni berialah muka nampak matang, badan sado. Maksud aku tembak lagi satu. Takkan tak tahu." Kata Mellysa lagi.

"Er tak faham." Aiden hanya mampu tersengih.

"Ee kau ni, kau cakap la kau suka dia!" Marah Mellysa. Penat bercakap dengan orang yang tak faham bahasa ni.

"Oh! Veron suka kau!" Aiden cuba menukar topik.

"Apa kau ni tiba-tiba fasal Veron. Sengaja eh nak tukar topik. Kau jangan nak mainkan perasaan Steff eh. Kau suka cakap suka, tak suka jangan bagi fakehope. Tolong jadi gentleman sikit." Mellysa mula membebel.

Padan muka Aiden!

"Mana ada. Tapi Veron memang suka kau lah weh. Serius aku cakap." Kata Aiden lagi.

"Eh kau ni. Penatlah nak melayan otak gila kau ni. Suka mengarut." Mellysa mula tidak berasa selesa.

"Satu hari nanti, kau mesti percaya. Dah lah bye aku nak makan ni." Aiden melambai-lambaikan tangannya kepada Mellysa.

"Er, kbye." Mellysa hanya melayan.

"Gerak lu pape roger!" Aiden ketawa.

"Ee curi ayat aku! Marah Mellysa . Aiden ketawa lagi melihat aksi comel Mellysa.

Aiden terus meninggalkan Mellysa.

"Betul ke apa yang Aiden cakap?" Mellysa mula keliru.

Dari jauh, Steffanie telah memperhatikan mereka.

"Sampai hati Mel!" Desis hati Steffanie.

__________

"Steff, asal ni Steff?" Tanya Mellysa.

"Takde apalah. Jangan kacau!" Marah Steffanie.

"Steff asal dengan kau ni! Tiba-tiba nak marah." Mellysa pula yang mahu naik angin.

"Takde apalah, kau ni." Stef berpaling ke arah lain.

"Steff aku ada kitkat, kau nak?" Tanya Mellysa.

"Kitkat? Mana mana? Nak nak." Dah start Steff punya perangai kanak kanak riang dia bila dengar perkataan 'kitkat'.

"Kau nak ni? Janji jangan merajuk lagi. Aku tak tahu pun apa salah aku tiba-tiba nak merajuk kau ni." Kata Mellysa .

"Em yelah yelah. Meh bagi kitkat tu." Maka kitkat tersebut bertukar tangan.

Senang je pujuk Steffanie ni. Ada kitkat selesai masalah . Walaupun Mellysa masih bingung mengapa Steffanie tiba-tiba merajuk dengannya. Namun, dia tekad untuk melupakan sahaja perkara kecil tersebut.

"Good afternoon, class!" Miss Myza mengucapkan 'good afternoon' kepada 5 Biologi 1.

"Ok you all, listen. I have a great news! Wanna know?" Tanya Miss Myza.

'Want!" 5 Biologi 1 menjerit serentak.

' Ok, this year, you all, form 5 students are going to........" Miss Myza saja mahu suspen.

Bermacam-macam perkataan yang disambung oleh pelajar pelajar 5 Biologi 1.

"Holiday!"
"Spm cancel"
"Goodbye spm!"

"Eh ok fine. Nevermind. Tak jadi nak bagitahu." Ugut Miss Myza kerana kelas terlalu bising.

"Ala miss!" Jerit mereka.

"Ok, you all better shut up." Kata Miss Myza lagi.

Masing masing menurut perintah. Kelas menjadi sunyi dan sepi.

"Next week, school break right?" Tanya Miss Myza.

Semua mengangguk.

"So, sabtu minggu depan ada lawatan untuk awak semua." Akhirnya, terjawab segala persoalan yang berada di minda mereka oleh Miss Myza.

"Yeay!" Masing-masing menjerit kegembiraan. Suka sangat, kononnya!

"Lawatan ke mana miss? Tanya Veron ingin tahu.

"Itu miss tak tahu lagi. Esok Cikgu Amar akan panggil semua pelajar form 5 untuk lawatan ini." Kata Miss Myza.

"Yeay, Mellysa kita ada lawatan. Yahoo!" Tak habis lagi rupanya kegembiraan Steffanie ni.

"Ok dah dah. Let's start our lessons today. Open your textbook, page 114. Aiden, please read the text." Arah Miss Myza.

'No problem miss." Aiden tersenyum.

TEENS IN LOVE | Wattys2016Where stories live. Discover now