"Sampai bila Fire Boys tu nak gaduh?" Alices mengemukakan topik untuk diajak bergosip.
"Kan?" Steffanie mengeluh berat.
"Aku kesiankan dekat Henry." Kata Mellysa.
"Eleh, kau back up Henry sebab Veron kau ada dengan Henry kan? Hahaha." Steffanie sekadar bergurau.
"Bukan sebab Veron ke siapa, tapi aku backup siapa yang betul." Jelas Mellysa serius.
"Tapi Aiden tu pakwe Steffanie." Kata Jacqualine pula.
"Tapi kan weh." Steffanie saja bagi mereka suspen.
"Tapi apa?" Tanya Cynthia.
"Tapi?" Angelica juga mahu tahu .
"Entah lah, aku rasa sayang aku pada Aiden dah makin berkurang?" Steffanie teragak-agak mahu meluahkan perasaannya itu.
"Sebab?" Tanya Jacqualine.
"Tengoklah dia macam mana sekarang." Kata Steffanie lagi.
"Sabar." kata Mellysa cuba menasihati Steffanie.
Steffanie mengangguk-angguk saja.
Tanpa mereka Diamond Divas sedari, Audrey dan Flowers'A yang lain memasang telinga dan mata. Oh ya, mereka telah mengetahui rancangan antara Audrey dan Daniel. Namun mereka disuruh untuk berdiam diri dan jangan sesekali membocorkan hal itu kepada orang lain. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.
__________
"Hoi!" Sergah Audrey.
"Kau dah kenapa?" Daniel kaget.
"Aku adalah ini adalah masa yang sesuai nak hasut Steffanie." Kata Audrey.
"Kau ingat Steff nak ke dengan aku nanti?" Tanya Daniel sedikit marah.
"Nanti bila aku hasut Steff kau cakap lah dekat Aiden yang Steff memang tak sayang dia lagi. Masa tu mesti Aiden sakit hati kan." Kata Audrey lagi.
"lepas dia sakit hati?" Tanya Daniel. Dia blur sebenarnya.
"Lepas dia sakit hati, mesti lah dia tinggalkan Steff. Bila dia dah tinggalkan Steff kau pula lah yang tinggalkan Aiden. Dia kan tengah gaduh dengan Fire Boys kan? Bila dia dah sorang-sorang tu biar aku lah pula yang teman dia! Bestnya." Audrey ketawa.
"Habis aku nak dengan siapa gila?" Marah Daniel.
"Fire Boys lah." Cadang Audrey.
"Kau memang gila eh? Aku kan tengah gaduh dengan dorang?" Makin naik darah Daniel.
"Kau acah-acah minta maaf dekat dorang. Burukkan Aiden pada dorang. Mesti dorang makin benci dekat Aiden kan?" Audrey tergelak besar.
"Bijak. Hahaha." Daniel membalas gelak Audey.
Audrey menjeling dirinya.
__________
"Hm aku rasa aku kena minta pendapat Audrey." Kata Steffanie di dalam hati.
Steffanie membuka aplikasi Whatsapp.
Steffanie; Audrey, esok kau free tak?
Audrey; Free. Kenapa?
Steffanie; Kita jumpa boleh?
Audrey; Ada apa eh?
Steffanie; Ada benda yang aku nak bincang dengan kau.
Audrey; Oh ok, boleh je.
Steffanie; Ok terima kasih.
Audrey; No problem.__________
"Apa mimpi dia chat aku ni?"
"Bincang apa je?"
Desis hati Audrey.
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Novela Juvenil[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...