Pagi itu, satu sekolah kecoh akan cerita Aiden.
"Aku dengar Aiden accident teruk ."
"Dah tak hensem lagi lah dia."
"Macam mana boleh sampai macam tu?"
"Aiden accident? Oh my god, kesiannya!"Flowers'A juga tidak terlepas dengan berita pagi tersebut.
"What! Aiden accident? Aku nak lawat dia!" Jerit Audrey. Masing-masing pandang Audrey menyampah. Beria!
"Kau tahu macam mana boleh accident, Audrey?" Tanya Victoria.
"Mana aku tahu. Aku pun baru tahu sekarang. Ni mesti sebab Steffanie tau! Siapa lagi kalau bukan dia." Audrey menfitnah yang bukan-bukan.
"Kau yakin ke sebab Steff?" Tanya Emma pula.
"Habistu siapa lagi? Dia dah benci sangat Aiden rapat dengan aku, pastu dia buat Aiden accident. Boleh jadi juga kan?" Audrey cuba mempertahankan dirinya.
Yang lain pun percaya. Bangang!
"Aku nak sebarkan satu sekolah yang Steffanie lah punca dia!" Kata Audrey tak puas hati.
"Biar orang benci tengok dia." Kata Audrey lagi.
Flowers'A yang lain mengiakan saja apa yang Audrey lakukan. Bukan takut untuk membantah, tapi malas. Audrey ni seorang yang tak suka mengalah.
Maka disebarlah ke satu sekolah bahawa Steffanie penyebabnya. Yang lain pun mempercayai kata-kata Audrey.
__________
"Lepas dia hantar aku balik rumah tu yang dia accident langgar lori. Aku nampak kejadian tu sebab kemalangan tu seberang rumah aku je. Aku tengok kereta dia habis terbalik. Lori tu habis kena rempuh dengan kereta dia. Aku rasa sebab dia hilang fokus masa drive. Munchkin sebab luka dia yang jatuh masa dekat tandas rumah Mellysa haritu." Veron kata apa yang dia nampak dan apa yang dia rasa juga.
Steffanie tersentak.
"Salah aku. Kalau dahi dia tak luka haritu, mesti benda ni tak jadi." Perasaan bersalah mula menyelubungi diri Steffanie.
"Kau takleh terus salahkan diri kau sendiri macam ni, ini permainan takdir. Dan Aiden sekarang tengah diuji. Aiden boleh sebab tu dia diuji." Kata Angelica pula.
"Aku nak jumpa dia? Mel aku nak jumpa Aiden." Sayu je suara Steffanie.
"Sekolah kan belum habis, macam mana nak jenguk Aiden. Nanti balik sekolah, kita pergi hospital ya? Nanti ayah aku hantar." Mellysa cuba memujuk.
"Ayah kau dah balik outstation ke?" Tanya Steffanie.
"Dah, tu pun pergi lagi lusa ni. Ibu je tak balik-balik lagi." Kata Mellysa.
Steffanie mengangguk tanda faham.
__________
5 biologi 1
Di sebelah meja Veron, kosong. Veron nampak begitu murung.
"Aku rindu kau Aiden, bila kau nak sembuh." Desis hati Veron.
Mellysa pula risau dengan keadaan Veron seperti itu.
Mata Steffanie juga asyik tertumpu akan meja yang kosong tersebut. Dia tidak boleh fokus belajar. Fikirannya hanyalah Aiden.
'"Steff, dengar tak cikgu suruh buat nombor 1,2,3." Tegur Mellysa.
"Steff dengar tak?" Tegur Mellysa lagi.
"Ye. Apa dia?" Steffanie sedikit blur.
"Buat ni, ni, ni." Ulang Mellysa lagi.
"Aku tak faham lah weh. Malas lah nak buat. Aku nak jumpa Aiden." Steffanie tukar topik.
Mellysa mengeleng-gelengkan kepalanya. Penat dia melayan otak Steffanie. Balik balik Aiden!
__________
5 akaun 2
"Jacq, patutlah haritu Steff cakap dia tak sedap hati." Angelica memulakan pembicaraannya bersama temannya, Jacqualine.
"Kan, kesian aku tengok Steff. Boleh stress dia lama-lama nanti." Kata Jacqualine pula.
"Fire Boys sunyi je takde Aiden. Rasa macam tak complete kalau Aiden takde. Kalau dia ada, dia lah paling tak malu jumpa kita lepastu berhai-hai dekat Steff." Alices throwback kisah-kisah Aiden yang lepas.
"Aku sebagai kawan dia, aku rindu sangat dekat dia. Koma lama kot! Ambil masa berbulan bulan." Ujar Jacqualine dengan sedihnya.
"Hm." Alices kehilangan kata-kata.
__________
"Steff kau tak makan ke?" Tanya Cynthia.
"Takde selera." Jawab Steffanie.
"Makanlah sikit eh. Aku belikan makanan untuk kau." Angelica mempromosikan dirinya sendiri untuk menjadi pembeli makanan Steffanie.
"Takpe, aku tak lapar. Tak tahu tak lapar." Angin Steffanie tiba-tiba lain macam.
"Nanti kau sakit." Takut-takut Angelica nak jawab.
"Tak." Jawab Steff sepatah.
"Steffanie Hannah, kenapa ni?" Tanya Mellysa.
"Aku tak tahu lah mana dorang semua ni dapat cerita yang aku punca Aiden accident. Aku yang langgar Aiden? Pandai-pandai je si pencerita buat cerita sampah macam tu. Ingat lawak ke?" Besar suara Steffanie ketika itu. Hampir satu kantin tu dengar apa yang dia cakap.
"Dah terang-terang kau benci Aiden, cakap jela dah memang ni semua rancangan kau." Audrey tiba-tiba mencelah.
"Dah agak mesti kau dalangnya kan! Aku memang dah lama sabar dengan kau ni." Steffanie terus memberi tamparan hebat ke muka Audrey secara tidak sengaja.
"What! Apa masalah kau nak main tampar-tampar?" Audrey naik angin.
"Sorry tak sengaja, sebab geram sangat dengan orang yang selalu cari kesalahan orang lain dan tak pernah nak semak kesalahan diri selama ni." Selamba Steffanie menjawab.
Audrey ingin membalas tamparan Steffanie. Namun tidak berjaya. Tangan Steffanie mendahului menahan tangannya.
"Aku bukan lawan kau." kata Steffanie dengan penuh sinis.
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Roman pour Adolescents[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...