Bab 37

3.2K 136 2
                                    

You're the shadow to my light,
Did you feel us,
Another start,
You fade away;

Lagu Faded oleh Alan Walker berdering di telefon Mellysa. Mellysa memang suka tukar-tukar ringtone.

Tertera nama 'Cynthia' di skrin telefon menandakan Cynthia menghubunginya.

Mellysa; Ada apa call pagi-pagi gini?

Cynthia; Shopping?

Mellysa; Mana?

Cynthia; Anywhere.

Mellysa; Hendonisme.

Cynthia; Haruslah kita kena berpesta kau tahu? Kita kan dah habis SPM!

Mellysa; Pakai kereta kau. Muktamad.

Cynthia; Mencari kesempatan dalam kesempitan!

Mellysa; Ala boleh lah.

Cynthia; Iyelah.

Mellysa; Pukul?

Cynthia; Tiga.

Mellysa; Noted!

Cynthia; Dah lah bye aku nak qada hajat.

Mellysa; Ee dia ni itu pun nak cakap. Kbye.

Cynthia; Bye.

Maka talian telah dimatikan.

__________

"Aeon?" Tanya Alices terpinga-pinga macam tersesat dek hutan simpan.

"Reti bangun rupanya." Cynthia memerli.

"Aku ngantuk kan tadi." Geram pula Alices.

"Dah dah jom." Arah Jacqualine.

"Weh dah alang-alang dekat tengah-tengah Aeon ni jom cari dress untuk Annual Dinner minggu depan?" Tanya Angelica.

"Memang pun." Cynthia gelak.

"Aku rasa aku nak tukar lagu lah." Tanya Steffanie yang dari tadi asyik berdiam diri saja.

"Tukar lagu apa?" Soalan Steffanie dijawab dengan soalan Mellysa.

"Sing me to sleep?" Cadang Steffanie.

"Aku tahu lagu tu!" Angelica terjerit kecil.

"Best!" Balas Mellysa pula.

"Boleh je." Kata Alices.

Jacqualine mengangguk-angguk.

"Ok good. Cynthia nanti terus gerak rumah aku, practise lagu tu ok?" Steffanie buat muka comel.

"Takde hal." Cynthia mempersetujui Steffanie.

__________

"Aiden?" Daniel menegur sepupunya yang telah merangkap sahabat karibnya juga itu.

"Hm." Aiden jawab acuh tak acuh.

"Kau marah aku sebab aku rapat dengan Steff eh?" Tanya Daniel.

"Dah tahu asal tanya?" Aiden menjeling Daniel.

"Jeling jeling, juling kang padan muka." Daniel pula yang tak puas hati.

Aiden hanya membisukan dirinya. Malas dia mahu melayan Daniel.

"Weh jangan lah macam ni, macam perempuan lah kau ni. Tak habis-habis merajuk. Silap hari bulan ada juga orang sangka kita ni gay sebab asyik tengok aku pujuk kau." Pujuk Daniel.

"Ingat lawak?" Aiden bersuara.

"Aku tak buat lawak lah. Betul lah apa yang aku cakap ni. Gaya kau merajuk macam perempuan merajuk." Daniel mengeluh.

Aiden tidak mengendahkan bebelan Daniel.

"Kau cakap dekat aku kau nak apa sebenarnya?" Tanya Daniel mahu berterus-terang m.

"Nak Steffanie Hannah!" Jerit Aiden. Boleh pekak juga telinga Daniel tu nanti.

"Kalau ye pun, tak payah nak jerit-jerit. Sakit telinga aku." Marah Daniel.

Aiden tersengih.

'"Tapi Steffanie tak suka kau lagi. Jadi macam mana?" Daniel ni saja kan nak patahkan lagi hati Aiden.

"Memang lah dia tak suka aku lagi. Dah dia suka kau." Aiden menjawab dengan nada gelagak.

Daniel terkejut.

"Apa bukti kau?" Tanya Daniel.

"Bukti dia apa yang aku dah tengok dengan mata aku yang belum rabun ni dan apa yang kau dah korban apa saja untuk dia." Selamba Aiden menjawab.

Daniel masih tidak faham. Padahal dia tahu sangat yang kawannya tu dah sakit hati sangat sangat kerananya.

"Kau tak faham dah lah. Aku percaya pada takdir. Mungkin Steff tinggalkan aku sebab aku bukan jodoh dia kan? Walaupun kami pernah suka sama suka?" Aiden melayan perasaannya yang sugul itu.

"Betul apa yang kau cakap. Jadi sekarang kau kena tabah kau kena move on. Aku sentiasa ada dengan kau." Daniel tersenyum lebar.

"Thanks weh, kau baik sangat dengan aku." Aiden terharu.

"Takde hal lah. Aku rasa bersalah sangat." Tiba-tiba Daniel rasa bersalah.

"Asal pula?" Tanya Aiden pelik.

"Kau taknak cuba berbaik dengan dorang balik ke?" Teragak-agak Daniel mahu menanya Aiden.

"Dorang dah tak kisah fasal aku lagi lah." Muka Aiden yang dari tadi berpaling ke muka Daniel terus berpaling ke tempat lain pula.

"Kau tak rindu dorang?" Bersungguh-sungguh Daniel menanti jawapan daripada Aiden.

"Hm." Berat sangat rasanya keluhan daripada Aiden.

TEENS IN LOVE | Wattys2016Where stories live. Discover now