Bab 63

3.8K 161 11
                                    

Veron membuka aplikasi Telegram. Dia menekan group Fire Boys. Walaupun Aiden telah tiada, nombor telefon Aiden masih berkekalan dalam group tersebut.

Veron mengambil gambar surat yang diberikan oleh arwah Aiden lalu dihantarnya ke group tersebut.

Yang lain hanya bagi double tick je. Tengah khusyuk membaca lah kot.

"Hello guys, aku nak cakap yang aku beruntung sangat dapat kawan macam korang. Selalu support aku, even kita pernah bergaduh. Walaupun aku dah takde, tolong aku mohon sangat jangan bubarkan Fire Boys. Anggap lah aku masih ada. Aku ada dekat Daniel. Always.

Veron, kau lah sepupu kawan member sahabat dunia akhirat aku. Jangan lupa aku ya? Aku sayang kau. Mellysa tu jaga bebaik ok?

Henry aku nak minta maaf dekat kau. Yela, dulu kan kita pernah mengadakan satu kesumat besar. Besar ke? Hehehe tapi apa-apa pun kau still sahabat aku selamanya. Jaga Jacq baik baik!

Alexis, lepas ni aku tak boleh dah dengar nasihat kau ceramah kau. Mesti kau rindu nak ceramah aku kan? Aku pun mesti rindu nak dengar bebelan kau. Kau baik sangat dengan aku. Thank you weh! Bimbing Alices macam mana kau pernah bimbing Fire Boys dulu.

Ryan! Walaupun kau sikit sikit lembab tu, tapi aku sayang kau tau! Kalau takde kau, mesti tak happy Fire Boys. Yela, celoteh kau buat aku rasa gembira sangat sangat. Ni aku dah takde mana leh dengar loading kau lagi huhu sedih. Aku tahu kau suka Angel, kalau boleh aku nak sangat tengok korang berdua bahagia.

Lucas, chak! Hahaha. Kau baik bro, sporting sangat dengan aku. Entahlah macam mana nak balas baik kau dengan aku. Kau handsome ramai perempuan suka tapi yang bertahkta dalam hati tu tak lain dan tak bukan mesti Cynthia kan? Aku tahu lah! Hope berjaya usya dia. Hahaha!

Aku sayang korang weh! Nobody can replace you guys. I'm gonna miss you guys. Good luck spm!"

Henry: Rasa bersalah pula pernah bergaduh dengan dia. Cepatnya dia tinggalkan kita semua.

Lucas: Apa-apa pun aku memang tak boleh lupakan Aiden. Susah sangat. :')

Veron: Dah takde dah sepupu yang segila sejiwa dengan aku. Rindunya dekat kau Aiden!

Alexis: Serius weh walaupun dah seminggu lebih Aiden tinggalkan kita, aku masih rasa kehilangan.

Ryan: Kita doakan dia baik baik dekat atas sana.

__________

Malam itu, Datin Aliena rancak menangis ketika dia mengenang kembali kisah manisnya bersama Aiden. Bagai air terjun air matanya mengalir. Satu per satu muka surat album yang tebal itu diselaknya.

"Sudah lah tu awak, jangan menangis lagi. Tiada gunanya kita tangiskan orang yang dah pergi." Dato Anthony memberi nasihat kepada isterinya. Naik risau pula dia.

"Salah awak lah ni! Kalau kita balik awal dari France tu, mesti kita dapat luangkan banyak masa untuk Aiden. Saya sebagai ibu kandung Aiden rasa menyesal sangat abaikan dia untuk satu tahun ni." Datin Aliena menangis lagi.

"Nak buat macam mana lagi? Awak sendiri nampakkan macam mana keadaan syarikat saya dekat France tu? Awak nak ke tengok syarikat bankrup lagi?" Dato Anthony masih mempertahankan dirinya.

"Oh, syarikat bankrup kisah anak pergi tak kisah? Kalau saya tahu, saya tak nak lah sekerja dengan awak dulu." Datin Aliena masih setia bersama air mata sucinya.

"Awak, kita tak tahu yang Aiden nak buat semua ni. Awak pun tahu perangai Aiden macam mana. Kalau itu yang dia nak, dia akan buat. Lagipun awak sendiri yang izinkan dia, kenapa nak salahkan saya pula?" Tanya Dato Anthony lembut tetapi dalam nada yang tidak puas hati.

"Malaslah nak layan awak ni!" Datin Alien merajuk. Ketika dia mahu berlalu pergi tangannya ditarik kemas.

"Aduh, sakitlah!" Datin mengaduh kesakitan.

"Awak ingat lagi kata arwah sebelum dia tinggalkan kita?" Dato Anthony tersenyum tawar.

Datin Aliena terdiam.

"Mama, papa jangan gaduh-gaduh ya kalau Aiden takde. Nanti takde lagi dah orang nak pujuk mama dengan papa." Dato Anthony mengulang kembali ayat anaknya dahulu.

Datin Aliena berasa begitu sebak. Dengan secara automatiknya Datin terus menangis dalam dakapan Dato.

"Saya rindu anak saya. Saya rindu Aiden." Kata Datin tersedu-sedu.

"Ye, saya tahu. Saya pun rindukan Aiden. Saya ayah dia. Banyak bersabar ya." Kata Dato sambil mengusap usap kepala isterinya.

TEENS IN LOVE | Wattys2016Where stories live. Discover now