"Eh, sorry sorry." Aiden meminta maaf kepada orang yang telah dilanggarnya tadi.
Gadis itu terjatuh. Buku-buku yang dibawanya erat tadi juga jatuh. Sakit betul hati dia!
"Minta maaf je?" Marah Steffanie.
Steffanie terkejut.
"Aiden?" Desis hatinya."Steff?" Desis hati Aiden juga.
"Habistu awak nak suruh saya macam mana lagi? Angkat awak sampai kelas?" Aiden saja memerlinya.
"Er. Sebagai denda kau bawa lah buku ni. Dekat sini pun ada buku kau. Kita kan sekelas." Steffanie menyuruh Aiden mengumpul semua buku yang telah jatuh itu.
Aiden terpinga-pinga ketika diperlakukan seperti itu.
Tiba-tiba Daniel lalu.
"Aiden, sejak bila kau jadi rajin semacam ni? Tahu lah spm dah dekat." Daniel ketawa terbahak-bahak.
"Er, aku kena denda dengan dia lah." Aiden menundingkan jari telunjuknya ke arah Steffanie.
"Daniel?" Tegur Steffanie.
"Ye?" Jawab Daniel sambil tersenyum lebar. Poyo lebih!
"Tak payah tolong dia. Awak terus masuk kelas je." Kata Steffanie dengan lemah lembut.
Aiden pula yang semakin panas. Entah mengapa. Steffanie juga bukan milik dia lagi kan?
"Tapi kesian Aiden. Aiden bagi sikit buku tu kat aku. Aku tolong." Daniel ikhlas mahu menolong rakannya itu.
"Tak payah!" Aiden menepis tangan Daniel dan berlalu pergi dengan riak wajah yang begitu ketat.
"Sakit hati?" Hati Steffanie bermonolog sendiri.
Daniel mengangkat bahu kepada Steffanie, Steffanie mengangkat bahu kepada Daniel.
__________
"Weh dah nak SPM! Aku takut!" Besar gila suara Mellysa ketika itu.
"Hm. Takde semangat SPM lah weh." Jawab Steffanie.
"Weh, buat betul-betul. Ini last year kita belajar dekat sekolah. Lepas ni takde dah." Alices mulai berasa sebak.
"Aku rasa macam sekejap je 5 tahun kita dekat sekolah menengah." Tambah Cynthia pula.
Angelica mengangguk-angguk tanda setujuz
"Nanti dah payah nak jumpa. Semua dengan haluan masing-masing." Jacqualine pula mahu menangis.
Diamond Divas terdiam.
Betul apa yang dikatakan Jacqualine. Tipu kalau tak rindu nanti!__________
"Mellysa!" Sapa Veron.
"Eh hai. Buat apa dekat sini?" Tanya Mellysa pelik. Yelah selalunya dia lah yang selalu menghuni bilik muzik tersebut.
"Lepas SPM nanti kan ada Annual Dinner untuk form 5 jadi saya antara wakil yang terpilih untuk buat perfomance nanti. So, saya datang sini nak practise lah. Lagipun tak belajar pun dalam kelas, revision je. Esok kan SPM." Berdas-das penjelasan daripada Veron.
"Oh sama lah. Tapi saya dengan Diamond Divas." Jawab Mellysa.
"Saya sorang je. Maklumlah Fire Boys kan tengah.. awak tahu-tahu je lah kan." Veron ketawa kecil.
"Ye, saya faham. Awak nak perform apa?" Tanya Mellysa.
"Nyanyi je lah senang." Kata Veron lagi.
"Sama. Hahaha." Kata Mellysa sambil ketawa.
"Weh." Tegur Alices.
"Eh, ada Veron." Tegur Jacqualine pula.
"Kau buat apa kat sini?" Tanya Steffanie.
"Practise untuk Annual Dinner nanti." Jawab Veron.
Steffanie mengangguk faham.
"Jadi, nak bawa lagu apa?" Tanya Angelica .
Masing-masing berfikir sejenak.
Manakala Veron pula sibuk bermain alatan-alatan muzik yang sedia ada di dalam bilik muzik tersebut.
"Ha!" Jerit Mellysa.
"Kalau dah dapat idea pun janganlah menjerit gila." Marah Cynthia."Lagu apa Mel?" Tanya Alices.
"Lupa." Mellysa tersengih panjang.
"Siku nak?" Geram pula Jacqualine.
"Aku rasa kita bawa lagu Neon Lights? Demi Lovato. Aku suka lagu tu." Jelas Steffanie.
"Oh lagu tu. Aku tahu aku tahu." Kata Angelica.
"Boleh lah lagu ni. Best." Sokong Cynthia dengan penuh minat.
"Serius ke lagu ni?" Tanya Steffanie.
Semua mengangguk tanda setuju.
Veron yang dari tadi masih sibuk bermain alatan-alatan tersebut tersenyum-senyum sendiri macam orang gila apabila melihat gelagat Diamond Divas sebegitu. Lagi-lagi Mellysa.
"Kalaulah Fire Boys berbaik macam dulu mesti best." Desis hati Veron.
Tiba-tiba hati Veron terasa sebak apabila mengingat kembali memori bersama rakan-rakannya. Sungguh dia sangat rindu! Tiada peluang kedua kah untuk mereka berbaik semula seperti dulu?
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Teen Fiction[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...