"Janganlah buat scene dilwale tepi-tepi highway ni. Aku ni nak balik cepat Alices oi." Tegur Angelica dengan nada menganjing.
Dengan segera mata Alices dan Alexis berhenti memandang antara satu sama lain. Lama kot dorang pandang saling memandangi.
"Sikit je lagi aku nak pasang lagu janam janam tadi." Mellysa juga mahu menganjing.
Alices dah malu. Pipi dah merah weh.
"Sorry Alexis, saya tak sengaja langgar awak walaupun terkena motor je. Nasib saya bawa kereta ni lembab. Kalau tak mungkin awak dah jadi arwah agaknya. Saya dan kawan-kawan pun boleh jadi arwah juga tadi." Alices menundukkan kepalanya ke jalan tar.
"Tak apa lah, memang sikit je ni. Oh ya, memandangkan Diamond Divas semua ada dekat sini saya nak inform yang malam nanti birthday party Aiden. Datanglah, semoga korang tak sia-siakan penantian kami semualah ok. Saya nak gerak dulu. Bye Alices." Alexis senyum kepada Alices dan berlalu pergi bersama motornya.
"Dia bye dekat kau je Alices? Suka kau lah tu." Jacqualine menyakat rakannya itu.
"Mengarut!" Jawab Alices sepatah lalu meneruskan pemanduan dan perjalanannnya balik ke rumah.
"Nak pergi ke birthbday party Aiden?" Tanya Cynthia.
"Jomlah, nanti dapat makan free tau. Dapat makan cake. Aduh sedapnya!" Kata Mellysa.
"Kau ni makan, makan, makan. Macam tu juga badan kau. Jealous aku." Steffanie acah-acah cemburu.
"Steffanie, kita pergi ya birthday party Aiden?" Tanya Alices pula.
"Em seganlah." Kata Steffanie.
"Please Steff!" Masing-masing memujuk Steffanie untuk ke birthday party Aiden.
"Hm." Akhirnya, Steffanie mengangguk.
"Yeay!"
_________
"Nak pakai baju apa, pakai baju apa aduh!"
"Dress? Tshirt? Blouse? Mana satu ni?"
"Ee ni ok tak eh?"
"Taknak lah pergi, takde baju lah."
"Hm."
Inilah perempuan. Terus cakap takde baju. Padahal dalam almari, Tuhan saja yang tahu.
Steffanie berlegar legar di dalam biliknya. Lama. Lebih setengah jam. Otaknya runsing memikirkan pakaian apa yang hendak dipakainya untuk birthday party Aiden malam ini.
"Eh jap! Buat apa nak cantik-cantik? Aku bukan nak pergi pun! Ni pun sebab kesian dekat DD. Erh." Steffanie bermonolog dengan dirinya sendiri.
"Ni jela...."Steffanie mencapai dress biru gelap yang cukup simple dan tampak menawan bila Steffanie memakainya.
__________
"Weh korang dekat mana? Cepatlah ambil aku." Arah Steffanie.
"Jap jap aku dah ambil Alices dengan Cynthia ni. On the way nak amik kau pula." Kata Mellysa . Malam ini dorang pakai kereta Mellysa pula. Bertoleransi lah kononnya.
"Ok, i wait." Steffanie terus mematikan talian tersebut.
"Hm, hope Aiden suka present ni." Steffanie tersenyum. Eleh tadi beria kata tak suka, terpaksa kena pergilah, seganlah. Dia juga yang over nak bagi hadiah dekat Aiden. Alasannya, orang hari jadi kena lah bagi hadiah. Tak semestinya. Ada je orang bagi hadiah doa je.
Pon pon pon!
"Finally, dorang dah sampai." Kata Steffanie seorang diri dengan perlahan.
__________
"Hello, Diamond Divas. Welcome to birthday party Aiden Jonathan. Hehehe." Ryan acah-acah macam penyambut tetamu.
"Hahahahaha, birthday boy nya mana?" Tanya Steffanie gaya seperti berbisik.
"Acehceh, tak sabar nak jumpa boyfriend eh?" Mellysa menyakat.
"Ee apa ni, tanya je kot." Steffanie merajuk dekat Mellysa.
Masing masing ketawa dengan telatah Steffanie dan Mellysa ketika itu.
"Dah jomlah masuk. Saya bawa korang jumpa Aiden. Nampaknya sorang tu ada bawa present untuk Aiden lah fuyo." Gurau Lucas.
Pipi Steffanie sudah mula merah merona. Aceh.
"Cantik-cantik korang harini, lagi-lagi Jacq sesuai dengan dress red polkadot dia tu." Puji Henry dengan ikhlas.
"Acia cia cia Jacq. Hahaha." Alices gelak diikuti juga dengan yang lain."
"Marilah kita jumpa birthday boy." Ajak Lucas.
Masing masing mengikuti Lucas ke destinasi yang ditujui.
__________
"Hai, birthday boy . Tengok ni aku bawa siapa! Tada." Henry menjerit kecil.
"Wah, DD datang rupanya. Steffanie pun datang!" Aiden kelihatan gembira sekali.
"Eh macam mana boleh sedondon warna biru ni? Dah janji eh? Kau cakap dengan aku, Stef! Hahahaha." Kata Mellysa pelik.
"Eh sumpah tak. Aku tak tahu pun Aiden pakai warna biru juga. Steffanie baru terperasan yang dressnya sama warna dengan baju Aiden. "Oh god, macam mana boleh sama ni? Kegilaan apakah ni?" Hatinya bermonolog sendiri.
"Wah, sama colour baju lah sia dorang ni. Sweet sangat!" Veron menyakat.
Lagu, Aiden dan Steffanie menahan malu apabila dibahan oleh rakan-rakan mereka.
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Novela Juvenil[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...