Pagi itu, sekolah kecoh dengan suara pelajar-pelajar apabila telah mengetahui Aiden dan Steffanie sah bercinta antara satu sama lain.
"Steff dengan Aiden? Serius lah weh?" Tanya Ryan terkejut.
"Yeke?" Soalan Ryan dijawab dengan soalan Henry.
"Serius weh!" Kata Lucas.
"Aiden tak bagitahu kita pun?" Tanya Veron. Terasa yang dia tidak penting bagi Aiden lagi. Cerita-cerita gempak macam tu pun Aiden tidak berkongsi dengannya apa lagi dengan Fire Boys yang lain.
"Hm, dah biasa." Alexis senyum tawar.
"Sampai hati dia. Tak cerita dekat kita pun." Kata Ryan.
"Lepas ni aku taknak dah melayan dia. Pandai-pandai dia lah cari kesalahan dia nanti. Kalau boleh pergi mati lah dia dengan si Daniel tu sama-sama." Kasar ayat Henry ketika itu.
"Kan, aku pun dah malas nak melayan dia." Ryan menyokong Henry.
"Bubarkan je Fire Boys." Alexis pula yang berkata-kata.
Masing-masing membesarkan mata. Terkejut dengan cadangan Alexis. Tetapi ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Alexis.
"Sabar lah weh. Jangan buat keputusan terburu-buru. Nanti menyesal." Kata Veron. Sebenarnya dia taknak Fire Boys dibubarkan. Dia sayang semua kawan-kawan dia, termasuk Daniel yang dikatakan telah merampas kebahagiaan Fire Boys dan Aiden.
Tiada respon. Mereka semua hanya mampu menbisukan diri setelah mendengar kata-kata yang diberikan oleh Veron tadi.
Tiba-tiba, Henry mahu melangkah pergi.
"Kau nak pergi mana tu?" Tanya Alexis.
"Jumpa Aiden." Jawapan yang sangat ringkas.
"Nak ikut." Masing-masing terpekik tanda mahu ikut.
__________
"Sedihnya Fire Boys dah terlepas banyak cerita gempak. Maklumlah sorang tu kan dah lupa kawan lama." Memang sengaja Henry memerli Aiden depan-depan Daniel dan Diamond Divas. Ketika itu Aiden tengah rancak berbual dengan Steffanie.
"Kenapa dengan Henry tu?" Bisik Jacqualine kepada Alices.
"Gaduh ke?" Alices cuba mengagak.
Aiden sentap. Begitu juga dengan Daniel.
"Eh Henry, kenapa ni?" Aiden betul-betul blur ketika itu.
"Jangan buat-buat tak tahu lah, kau tahu tak makin perangai kau macam ni makin meluat lah aku! Bodoh!" Henry tidak sengaja mengeluarkan perkataan 'bodoh' kepada Aiden. Dia betul-betul geram ketika itu.
Namun, Aiden tetap cuba menenangkan dirinya. Dia taknak keadaan menjadi lebih teruk nanti apabila mereka bergaduh.
"Henry, jangan macam ni boleh tak? Benda boleh bincangkan?" Daniel mencelah untuk menyelamatkan keadaan juga.
"Boleh bincang kau kata? Boleh berambus lah kau!" Angin Henry terus naik mendadak.
"Jaga sikit mulut kau, Henry!" Aiden menengking Henry sekuat-kuat hatinya.
Satu tamparan hebat dengan kelajuan 360 darjah hinggap ke pipi Henry.
Mata-mata yang melihat insiden tersebut sungguh terperanjat habis.
"Jangan gaduh weh! Parah nanti masuk bilik disiplin." Veron cuba meredakan keadaan.
"Aku sakit hati lah dengan dia ni. Dah lah lupa kawan. Tampar kawan!" Jerit Lucas pula.
"Kawan? Aku bukan laban dia dah!" Saja Henry membesarkan suaranya.
Henry terus meninggalkan tempat tersebut. Alexis, Ryan, Lucas dan Veron mengikuti dirinya.
"Veron, kau pun sama nak tinggalkan aku juga?" Desis hati Aiden.
"Aiden, aku minta maaf." Daniel tidak tahu antara perlu rasa bersalah atau tidak. Niatnya bukanlah ingin Fire Boys bergaduh. Dia mahu Steffanie.
"Bukan salah kau, Henry tu yang psiko sikit." Aiden tergelak kecil.
Diikuti juga dengan Daniel.
Steffanie dan Diamond Divas yang lain juga meninggalkan Aiden dan Daniel secara tiba-tiba.
"Steff!" Panggil Aiden.
Steffanie tidak menghiraukan dan tidak mempedulikan Aiden.
"Aduh." Hati Aiden bermonolog.
"Weh asal dengan Steff?" Tanya Daniel.
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Teen Fiction[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...