"Serius weh kau nak ikut perkhemahan nanti?" Aiden terkejut.
"Iye. Tu kan program last kita untuk sekolah ni? Aku tak boleh lepaskan peluang ni." Kata Daniel yang masih terlantar di wad hospital.
"Tapi kan kau masih sakit. Lagi-lagi kau masih kena tahan dekat sini." Kata Aiden bahawa benar Daniel masih ditahan di hospital.
"Esok aku dah boleh keluar la." Daniel cuba meminta simpati daripada Aiden seakan-akan mahu memujuk Aiden supaya membenarkan dia pergi ikut sama ke kem tersebut.
"Nanti takde siapa nak kawal kau makan ubat semua nanti. Lagipun mesti banyak aktiviti lasak. Tak payah lah. Kau berehat je lah. Kau belum sihat." Aiden masih melarang Daniel.
"Ala. Aku boleh jaga diri aku. Aku janji!" Daniel serupa macam angkat sumpah.
"Ibu kau bagi?" Aiden mengeluh kasar.
Berat rasanya."Bagi. Tapi kena ada kau." Kata Daniel sambil tersengih-sengih.
"Yelah. Apa-apa pun memang aku nak jaga kau. Kau bukan orang lain pun. Sepupu aku." Akhirnya Aiden membenarkan juga.
Daniel memeluk sepupunya yang juga dianggapnya sebagai sahabat.
"Thanks weh. Aku sayang kau!"
__________
Sehari sebelum hari perkhemahan tersebut, Diamond Divas mencari barang untuk berkhemah.
"Kau gila ke nak pakai jaket tengah-tengah hutan?" Tanya Alices pelik siap dengan sindiran lagi.
"Nanti habis tangan, lengan aku nyamuk buat love bite. Rosak lah kulit aku nanti!" Mellysa mempertahankan dirinya dan menyatakan sebab mengapa dia memilih untuk membeli jaket.
"Steffanie dengan Angel mana?" Cynthia bersuara.
"Dalam fitting room." Jawab Jacqualine.
Masing-masing mengangguk faham.
"Korang!" Jerit Steffanie dari jauh lalu menghampiri rakan-rakannya.
"Kau dah kenapa?" Jacqualine menepuk dahi yang tak jendul kepunyaan Steffanie.
"Aduh sakitlah!" Marah Steffanie.
"Mana satu cantik?" Tanya Angelica tiba-tiba.
"Kau nak buat apa dengan topi ni? Kita nak pergi camping lah bukan berkelah! Dalam hutan tahu tak bukan tepi pantai!" Makin tertekan Alices melayan karenah rakan-rakannya.
"Nanti panas terik macam mana? Aku taknak sunburn." Diva betul Angelica.
"Ha, bagus. Aku pun nak cari topi. Jom Angel, mana kau jumpa topi ni? Comel!" Mellysa pula yang teruja.
"Eh kejap. Dengar lah apa yang aku nak cakap." Steffani kembali bersuara.
"Oh ye. Terlupa pula fasal dia ni. Hahaha." Mellysa ketawa.
"Ha apa dia?" Tanya Cynthia.
"Baju ni." Tegur Steffanie.
"Kenapa dengan baju ni? Elok je?" Jacqualine pula yang berasa pelik.
"Takde warna fav aku. Tinggal warna coklat je. Tapi aku suka lah baju ni!" Steffanie merengek macam budak-budak.
"Simbah lah cat warna biru." Mellysa loya buruk.
"Tak pun, kau tampal kertas warna biru dekat baju ni. Cantik juga." Angel pula menambah tokok.
"Annoying betul lah dua manusia ni!" Steffanie mendengus geram.
"Dah kau pun mengarut." Mellysa tidak mahu mengalah.
"Dah berhentilah berdebat. Penat aku dengar. Kalau boleh setiap hari nak bergaduh!" Marah Cynthia.
Lalu, suasana kembali sepi.
"Korang lapar tak? Jom makan, aku belanja." Alices memecahkan suasana yang sunyi tadi.
Masing-masing kata lapar, walaupun tak lapar. Mentang-mentang orang nak belanja.
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE | Wattys2016
Novela Juvenil[Completed/Finished] Diamond Divas, Flowers'A dan Fire Boys adalah tiga kumpulan yang sangat dikenali dalam sekolah tersebut. Acapkali berlakunya pergaduhan atau peperangan antara Diamond Divas dan Flowers'A. Oleh kerana kehadiran Diamond Divas ke...