Bab 38

3.1K 144 1
                                    

"Weh korang." Panggil Veron.

Ryan, Henry, Alexis dan Lucas berpaling ke arahnya.

"Aku nak cakap sikit fasal Aiden." Kata Veron lagi.

"Tak payah lah." Henry terus tidak berminat untuk mendengar.

"Weh sampai bila kita nak macam ni? Aku penat tahu tak." Veron akhirnya menyuarakan isi hatinya.

"Dia kan yang mula dulu?" Ryan pula yang bersuara.

"Salah Daniel bukan Aiden." Lucas cuba memberi pendapatnya.

"Dah dah lah tu." Alexis cuba menenangkan semua rakan rakannya.

Semua membisu.

"Hai?" Sapa satu susuk tubuh yang amat mereka kenali.

"Asal kau datang sini? Berani eh kau nak tayang muka dekat kita orang lagi." Bertalu-talu perlian daripada Henry diberikan kepada Daniel.

"Aku nak minta maaf dekat korang semua." Tergagap-gagap Daniel nak menjawab.

"Untuk apa? Apa salah kau?" Tanya Verom walaupun dia sudah mengetahui salah Daniel.

"Sebab dah hancurkan friendship korang dengan Aiden?" Jawapan diberikan oleh Daniel menjadi soalan kepada Fire Boys.

"Oh baru nak sedar sekarang ye?" Perli Ryan pula.

Daniel tidak mempedulikan mereka. Malah dia meneruskan kata-katanya.

"Aku nak korang berbaik dengan Aiden semula." Terus-terang Daniel bercakap.

"Senangnya kau cakap? Lepastu kita orang dah berbaik kau nak hancurkan balik lah ni? Kau ingat kita orang tak tahu ke apa yang kau buat dengan Audrey selama ni?" Sakit dah hati Lucas dibuatnya.

"Hah? Aku tak faham." Daniel seperti berada dalam ketakutan.

"Takyah acah-acah tak faham lah Daniel." Kata Alexis pula.

Veron pula terpinga-pinga. Apa yang cuba mereka bualkan?

"Korang cakap fasal apa ni?" Tanya Veron pelik.

"Fasal mamat ni dengan Audrey yang acah-acah baik tu lah." Henry berkata dengan selambanya.

Daniel terkesima seketika. Kantoi sudah!

"Tak, korang dah salah faham ni." Daniel cuba untuk menenangkan mereka.

"Tak payah nak salah faham sangat lah." Sikit lagi tumbukan daripada Ryan mahu hinggap ke pipi Daniel tetapi ditahan oleh seseorang.

"Audrey?" Kata Alexis.

"Daniel tak salah, aku yang mulakan semua ni. Daniel baik. Daniel teringin sangat nak berbaik dengan korang sebenarnya." Ujar Audrey sambil menundukkan kepalanya ke koridor.

"Aku tak faham. Audrey kau cerita boleh? Kita orang janji cuba untuk memaafkan kau nanti dengan Daniel ni juga." Veron yang dari tadi loading tersenyum lebar.

Maka, Audrey memilih untuk jujur.

"Aku minta maaf." Audrey menangis semahu-mahunya.

"Audrey, kau jangan lah nangis." Ryan yang tidak boleh melihat orang menangis cuba untuk memujuk Audrey.

"Audrey, kau jangan buat kerja jahat ni lagi boleh? Kalau boleh kau berbaiklah dengan Diamond Divas, ikhlas. Bukan berpura-pura lagi." Veron cuba menenangkan Audrey.

"Oh, aku dah tahu semuanya. Takpelah, Audrey. Past is past, mungkin ada hikmahnya apa yang dah berlaku sepanjang kita semua berjumpa ni." Aiden yang entah datang dari arah mana, tiba-tiba bersuara.

Masing masing terkejut akibat kedatangan Aiden yang secara automatik tersebut .

"Aiden, thank you weh. Aku berasa salah sangat dah buat relationship kau dengan Steff hancur. Aku sayang kau sebab tu aku buat semua ni." Ucap Audrey dengan nada yang masih terkedu-kedu.

'"Kita tak tahu masa depan kita, jodoh kita siapa. Tapi kau Audrey, kalau kau sayang sangat dekat someone tu kau jangan buat plan macam ni lagi. Takde faedah pun." Aiden cuba memberi nasihat.

Masing-masing terharu mendengar.

Tiba-tiba.....

Daniel yang dari tadi hanya berdiam diri tiba-tiba mengadu kesakitan. Seperti biasa, dadanya terasa sakit. Sangat sakit.

"Daniel kau ok tak?" Aiden tampak begitu risau.

"Eh asal dengan Daniel ni?" Kata Henry .

"Weh Daniel pengsan! Korang angkat lah dia. Bawa pergi bilik kesihatan." Arah Audrey yang masih bersisakan tangisannya tadi.

"Weh weh angkat dia cepat." Kata Alexis.

"Daniel kau kenapa ni?" Pertanyaan Lucas dibiarkan sepi. Nak suruh Daniel jawab bukannya dia boleh jawab, dah dia pengsan.

TEENS IN LOVE | Wattys2016Where stories live. Discover now