Bab 48

3.1K 126 1
                                    

"Baiklah saya Dato Samuel, ayah kepada Steffanie Hannah akan menyertai pekhemahan ini bersama-sama kamu semua." Dato Samuel tersenyum manis.

Masing-masing seakan tidak percaya bahawa itu ialah ayah Steffanie.

"Kenapa papa kenalkan aku sekali? Astaga!" Hati Steffanie merintih kuat.

Diamond Divas hanya mampu mendiamkan diri.

Fire Boys pula blur. Tahu lah pangkat Dato? Tapi kenapa kena ikut sekali? Takut sangat ke Steff kena culik momok dekat hutan sini?

"Kenapa uncle ikut kem skali? Uncle takut Steff hilang ke? Manjanya dia." Daniel tergelak kecil.

"Eh Daniel, lama kita tak jumpa!" Dato Samuel merapatkan tubuhnya kepada Daniel.

"Ye uncle. Last kita jumpa pun sehari sebelum Steffanie dengan kawan-kawan dia pindah sini kan?" Kata Daniel lagi.

Dia sudah biasa membahasakan Dato Samuel itu sebagai 'uncle' walaupun mereka tiada apa-apa hubungan yang berkait rapat. Mungkin kerana mereka telah lama kenal?

Dato Samuel mengangguk sambil tergelak kecil.

"Ok back to the topic, kenapa saya ikut kem ni? Saya sebenarnya diajak oleh guru-guru. Lagipun saya saja mahu meluangkan masa bersama anak-anak tingkatan 5 di sekolah saya ini." Dato Samuel senyum lagi.

"Papa!" Hati kecil Steffanie menjerit.

__________

"Ayah Steff punya sekolah?" Veron terkejut.

"Ok ini sangat gempak." Henry juga betul-betul terperanjat.

"Serius lah weh?" Ryan seakan-akan masih tidak percaya.

"Ni ke sebab dorang pindah sini?" Tanya Lucas pula.

"Daniel pun kenal ayah Steff, maksudnya..." Alexis seperti telah mengagak sesuatu.

"Sekolah ayah Steff? Ayah Steff kenal Daniel? Daniel siapa Steffanie? Dorang saling kenal? Kenapa aku tak tahu apa-apa?" Bertalu-talu soalan hati Aiden. Namun Aiden masih mereaksikan muka tak kisahnya. Padahal dalam hati Tuhan saja yang tahu.

"Korang tak tahu fasal ni?" Terkejut juga Daniel bila mendengar soalan-soalan yang dilontarkan para Fire Boys tadi.

Semua mengeleng-gelengkan kepala.

__________

Malam itu kira-kira pada jam 10 lebih, Diamond Divas masih belum tidur lagi.

"Tadi ayah aku ada tanya fasal tugas tu." Steffanie membuka bicara.

"Then?" Mellysa teruja mahu mendengarny.

"Aku cakap lah tak, sebab aku betul-betul lupa fasal tu kan?" Kata Steffanie lagi.

"Ok, then?" Kali ini Cynthian pula yang teruja.

"Masatu dia nak marah aku, tapi tak jadi." Jawab Steffanie.

"Sebab?" Tanya Alices.

"Daniel datang dan tegur papa." Kata Steffanie lagi.

"So, apa jadi dengan kau?" Tanya Jacqualine pula.

"Itu lah peluang aku untuk bla! Hahaha." Steffanie tersengih panjang.

"Nasib kau baik harini." Kata Angelica. Macam memerli saja.

"Dah lah masuk khemah korang, dah lewat dah ni." Arah Jacqualine.

"Tulah, esok ada aktiviti lagi." Balas Alices menyokong kata-kata Jacqualine.

Mellysa , Steffanie dan Cynthia akur dan bergerak ke khemah mereka. Jacq, Alices, Angel satu khemah manakala Mellysa, Steff, Cynthia satu khemah.

__________

Dini hari lagi mereka sudah disuruh untuk menyiapkan diri. Disiplin itu penting!

Pagi pagi lagi, Mellysa telah menghilangkan diri. Dia tidak mempunyai masa untuk mengejutkan orang lain. Biarlah dia siap dulu baru kejutkan orang lain. Kejam bukan?

"Mellysa!" Sergah Veron dari belakang.

Mellysa menjerit ketakutan.

"Aduh sakitlah telinga saya, tangan saya pun sakit awak pukul!" Veron merajuk.

Tapi Mellysa buat muka menyampah.

"Mellysa saya nak cakap sikit boleh?" Tanya Veron kembali ke topik asal yang ingin dibincangkannya bersama Mellysa.

"Ok sikit je. Cepat." Mellysa bergurau.

Veron gelak.

"Cepat lah, nak tanya apa?" Geram pula Mellysa dari tadi tunggu Veron nak menyuarakan isi tersirat di hatinya.

"Ingat tak dulu, saya ada tanya kenapa awak dan kawan-kawan awak pindah serentak ke sekolah ni?" Veron teragak-agak mahu bertanya.

"Ok memang ada." Mellysa kelihatan masih nampak tenang .

"Jadi..." Veron ragu-ragu.

"Apa? Ee, cepat lah. Orang nak mandi lah." Mellysa sudah naik angin. Tak suka betul dia dengan orang yang typical begini.

"Jadi saya nak awak ceritakan nanti kenapa korang pindah sini?" Kata Veron tergagap-gagap. Berdebar sangat!

Nasib Mellysa faham.

Tiba-tiba Mellysa terkelu dan terdiam.

"Nak cerita ke tak nak eh?" Desis hati Mellysa.

TEENS IN LOVE | Wattys2016Where stories live. Discover now