Bab 9

5.5K 230 2
                                    

"Hai Jacq, ingat saya lagi tak?" Tanya Henry tiba-tiba datang menyapa Jacqualine.

"Er lupa lah siapa eh?" Jacqualine ketawa, niatnya mahu bergurau.

"Yela, saya tahu saya siapa. Awak memang tak layak nak kenal saya kan?" Kata Henry dengan sedihnya.

"Hello Slyvester Henry! Nyanyuk sangat ke saya sampai boleh lupa awak. Hahaha." Jacqualine ketawa lagi.

"Hahaha, dah interview belum?" Tanya Henry yang masih bersisakan ketawanya.

"Dah tadi dengan Steff, by the way Steff ke mana eh. Tiba-tiba hilang ni." Jacqualine risau.

"Habis tu siapa?" Henry menundingkan jari telunjuknya ke arah pasangan yang nampak seperti berborak.

"Astaga Steff! Boleh pula dia dating tengah tengah Legoland ni. Buat saya risau je. Eh tu Aiden kan?" Tanya Jacqualine.

"Iye, sebab tu lah saya ke sini ajak awak pula berborak. Takkanlah saya nak jadi patung cendana antara mereka berdua tu. Hahaha. Pecah lagi ketawa Henry.

Jacqualine juga turut ketawa.

"Dah jom lah, dah nak pukul 12.30 ni." Ajak Henry.

"Steff macam mana? Takkan nak tinggalkan dia." Tanya Jacqualine.

"Dia ada Aiden, tak ada apa lah." Dengan laju tangan Henry mencapai tangan Jacqualine.

Jantung Jacqualine tiba-tiba berdetak dengan laju.

"Dia pegang tangan aku? God!" Hati Jacqualine bermonolog sendiri.

__________

"Steff!Dah interview ke belum?" Tanya Aiden.

"Kenapa awak sibuk sangat eh? Suka hati saya lah dah siap ke belum siap, none of your business." Steffanie buat muka speechless.

"Rimas lah lama lama dekat sini." Sengaja Steffanie menekan perkataan 'rimas' tersebut.

Steffanie mencari-cari kelibat Jacqualine.

"Em, mesti Jacq tengah dengan Henry. Alah pergi sorang jela." Desis hati Steffanie.

"Kalau Steffanie tak nak, biarlah I yang teman ok?" Entah dari mana pula Audrey ni muncul.

"Sorry, saya tak perlukan awak. Terima kasih." Aiden menganjing dengan nada yang sopan.

"But I need you." Kata Audrey tidak mahu mengalah.

'And I don't, Audrey." Aiden pun taknak mengalah.

"Aiden!" Marah Audrey.

Aiden tidak menghiraukannya. Perasaan bencinya terhadap Audrey semakin membuak-buak.

__________

"Ok semua dah makan? Kenyang? Sebelum saya lepaskan kamu semua bermain, minta semua beratur mengikut kumpulan dahulu." Arah Cikgu Amar.

Masing-masing menurut perintah.

"Saya aku gerakkan kamu semua ikut kumpulan. Satu je saya nak cakap, saya pasti masing-masing ada dapat Legoland map . Gunakan map tersebut dan jangan sesat sebab Legoland ni besar, sangat besar dan kembali ke sini pukul 5 petang. Boleh?" Kata Cikgu Amar lagi.

Semua pelajar tingkatan 5 mengangguk tanda faham.

"Cikgu tak boleh ke nak main dengan kawan-kawan? Mesti dalam kumpulan juga ke?" Tanya Henry.

"Saya gerakkan kamu semua ikut kumpulan, lepastu pergilah main dengan kawan-kawan kamu. Tapi satu je, jangan sesat. Nak cari tu payah tau." Cikgu Amar ketawa.

"Ok captain!" Henry acah-acah macam orang tengah tabik hormat.

Cikgu Amar gelak lagi.

"Kita nak main mana dulu?" Tanya Angelica.

"Main Project-X jom, satu kereta tu ada 4 seats. Nak tak?" Cadang Mellysa.

"Ee taknak aku main tu, laju do. Macam rollercoaster. Tengok dorang main tu." Kata Alices .

"Alah jomlah. Laju memang laju tapi best lah. Aku pernah cuba. Jomlah." Mellysa tetap dengan pendiriannya.

"Steff nak main tak?" Tanya Jacqualine.

"On je, aku suka bab bab laju ni!" Steffanie tersengih.

"Cynthia?" Tanya Angelica pula.

"Aku pun on je der. Hahahaha." Cynthia gelak .

"Alices kau je taknak, anda pasti?" Mellysa mengangkat-angkat keningnya.

"Ala, nanti aku takde kawan lah pula kalau kau tak main Project-X tu." Kata Jacqualine.

"Korang jela, aku tunggu dekat bawah ok? Chill lah ramai lagi budak-budak yang lain." Kata Alices pula. Nampaknya dia benar-benar enggan.

"Hm ok lah, jom beratur. Kang lambat pula nanti." Kata Steffanie.

"Jom!"

__________

"Astaga weh, laju gila. Nak jatuh jantung aku tadi. Hahaha." Jacqualine mengimbas kembali sejarah mereka yang bermain Project-X tadi.

"Kann! Tapi best lah macam nak lagi." Kata Angelica. Amboi.

Maka, masing-masing berdekah.

"Eh kejap!" Mellysa tampak risau.

"Kenapa ni?" Tanya Cynthia.

"Satu, dua, tiga, empat, lima....." belum sempat Mellysa menyebut angka selepas lima Jacqualine terus memotong.

"Alices Camilla! Weh Alices mana?" Jacqualine risau, macam dah nak menangis pun ada.

TEENS IN LOVE | Wattys2016Where stories live. Discover now