Bab 45

3.1K 137 0
                                    

"Urgent!" Jerit Daniel.

"Apa benda? Dah lah aku mengantuk lah ni. Kau ni saja je kan sebenarnya." Dengan serta-merta Aiden mematikan telefon pintarnya.

Dan matanya terlelap hingga ke keesokkan paginya.

__________

"Mana Daniel ni. Dah lambat dah ni." Keluh Aiden.

Dari tadi Aiden pusing sana pusing sini depan gate sekolah. Tunggu Daniel punya fasal.

"Kau tengah tunggu siapa ni?" Tanya Veron pelik.

"Daniel." Jawab Aiden sepatah.

"Dia mana datang harini." Jawab Veron seperti tengah menyakinkan Aiden.

"Hah? Kenapa pula?" Tanya Aiden dengan terkejut.

"Dia semalam ada call aku, dia kata urgent suruh datang rumah dia. Aku pun risau lah. Aku sampai je dekat halaman rumah dia, dia dah pengsan. Apa lagi aku panggil ibu dia terus bawa dia pergi hospital." Penjelasan yang cukup jelas diberikan oleh Veron kepada Aiden.

"Ya tuhan, patutlah dia call aku. Jahatnya aku." Hati Aiden bermonolog sendiri.

"Dia sakit apa sampai pengsan macam tu?" Aiden saja menanyakan soalan itu.

"Entah aku tak tahu, doktor suruh aku balik sebab dalam wad tu yang kena jaga dia mesti antara ahli keluarga dia je yang boleh. Jadi aku baliklah walaupun aku masih risau sebenarnya." Kata Veron lagi.

"Kesiannya Daniel weh."!Aiden membalas.

"Kan masatu aku tengok muka dia pucat gila. Dia sakit apa eh?" Veron cuba bertanya. Tetapi Aiden tak mampu untuk menjawabnya. Janji tetap janji.

"Nampak macam serius je." Tambah Veron lagi.

Aiden mengangkat bahunya beberapa kali. Lalu daripada itu, dia tidak menunggu Daniel lagi.

Hatinya berniat lepas balik dari sekolah, dia mahu melawat Daniel. Kesian Daniel!

__________

"Korang. Lepasni dah tak payah lah cari pasal dengan Diamond Divas lagi. Aku malas dah nak bermusuh lagi. Aku rasa kesumat antara kita dan mereka wajar dihentikan." Audrey menyatakan isi hatinya pada rakan-rakannya, Flowers'A.

"Sejak bila jadi baik ni? Reputasi kita?" Vic bersuara seakan-akan mahu membangkang Audrey.

"Sebab aku tahu yang kita ni jahatlah aku nak jadi baik. Reputasi? Semua tu tak penting lah weh!" Audrey membalas pendapatnya.

"Tapi Mellysa rampas Veron aku. DD lagi banyak fans daripada kita. We got a bad reputation lepas dorang wujud dan kau nak stop macam ni je?" Victoria semakin tidak berpuas hati.

"Dia tak rampas pun lah, bercinta pun tak. Kenapa? Kau malu takde yang suka kita? Kau nak tahu sebab apa? Sebab kita ni jahat. Kau tak sedar lagi ke semua ni?" Balas Audrey bertubi-tubi.

"Bagi aku mungkin betul apa yang Audrey cakap ni, kita patut berbaik." Kata Emma pula.

"Aku ikut je mana-mana yang korang nak." Jawapan selamat daripada Bethrace.

"Vic. Panjang lagi perjalanan kita tau. Kau bukan akan kenal Veron sorang je nanti. Kau akan kenal dengan ramai lagi orang baru. Mungkin lebih baik daripada yang kau kenal sekarang. Saranan aku lebih baik kita berbaik je dengan dorang. Apa salah dorang kan? Memang tidak dinafikan DD memang baik sebenarnya." Tegur Lily berjela-jela panjangnya.

Victoria mengangguk lemah. Hatinya masih berat.

"Ye, aku akan cuba." Jawab Victoria.

TEENS IN LOVE | Wattys2016Where stories live. Discover now