Bab 39

3.2K 152 0
                                    

"Aku dengar cerita yang tadi Daniel pengsan." Mellysa membuka cerita.

"Macam mana kau tahu? Eh betul ke weh? Dia macam mana sekarang dia ok tak?" Berdas-das pertanyaan daripada Steffanie.

'"Asal kau beria sangat ni? Daniel pengsan je kot. Alahai." Cynthia buat muka tidak kisah.

Steffanie tersengih, namun dalam hatinya Tuhan saja yang tahu betapa risaunya dia terhadap Daniel.

"Tak, aku nak tahu keadaan dia je." Kata Steffanie.

"Aku pun tak tahu lah weh. Jom pergi bilik kesihatan." Ajak Mellysa.

"Buat apa pergi bilik kesihatan siapa yang sakit?" Reaksi muka Alices begitu risau.

Angelica mengetuk kepala Alices menggunakan pen hitam miliknya.

"Aduh sakit lah!" Alices mengaduh kesakitan.

"Biar otak dan akal tu bekerja sikit." Kata Angelica dengan penuh sinis.

"Mestilah nak tengok Daniel tu. Habistu siapa yang sakit kat sini? Memangnya kita pergi sana nak buat birthday party kau ke gila?" Geram Jacqualine dibuatnya.

"Aku tanya je kan. Ee." Alices buat muka merajuk.

"Nak tanya tu bagi lah soalan yang bernas sikit. Ni bagi soalan bangang, memang lah kena ketuk." Kata Mellysa pula.

"Korang ni sempat je kalau nak berbalah. Dah jom lah tengok Daniel!" Geram dah Steffanie. Habis merah mukanya menahan geram.

Masing-masing mengiakan sahaja.

__________

"Aku dekat mana ni?" Tanya Daniel yang baru sedar.

"Daniel! Finally kau dah sedar." Aiden tersenyum panjang. Lega sikit hati dia.

"Asal aku dengan kau je ni? Bukan ke kita dekat...." Daniel tidak dapat menyambung ayatnya akibat batuknya yang begitu kuat.

Ada darah.

"Weh ada darah! Sini aku lap tangan kau tu." Prihatin betul Aiden terhadap sepupunya.

Tiba-tiba air mata jantan Daniel menitis.

"Aku dah tahu semuanya. Doktor ada datang sini tadi." Aiden senyum lagi.

"Maksudnya kau dah tahu penyakit aku?" Teragak-agak Daniel meminta kepastian.

Aiden mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Daniel.

"Tolong jangan bagitahu orang lain? Aku mohon sangat weh." Daniel merayu-rayu di hadapan Aiden.

"Ye, tapi kau kena janji dengan aku kau kena kuat sebab...." Tidak sanggup Aiden mahu menyambung ayatnya.

"Sebab?" Tanya Daniel mahu tahu.

"Nyawa kau makin tipis." Aiden mengatakan ayat tersebut perlahan demi perlahan.

Daniel terperanjat. Dia betul betul tidak menyangka penyakitnya akan seteruk itu.

"Kenapa kau tak pernah bagitahu fasal sakit kau ni? Kenapa kau sembunyikan sakit kau ni daripada aku?" Aiden masih tidak berpuas hati.

"Tak Aiden aku tak nak kau risau macam sekarang ni. Aku pun tak sangka boleh jadi seteruk ni. Aiden aku dah tak lama dah?" Daniel berasa sungguh terharu dengan keperihatinan Aiden terhadap dirinya. Daniel mahu menangis lagi.

"Aku nak kau cerita apa yang sebenarnya terjadi." Pinta Aiden.

Belum sempat Daniel mahu bercerita,

"Ada orang ke dalam ni?" Tegur Mellysa.

"Ada!" Jerit Aiden dari salah satu bilik.

"Suara Aiden?" Steffanie cuba mengagak.

"Maybe." Balas Alices.

"Daniel, dengar cerita kau pengsan tadi?" Tanya Jacqualine.

Daniel hanya mengangguk dan senyum ke arah mereka semua.

"Kenapa boleh jadi macam tu?" Steffanie bersuara.

"Takde apa lah, tadi doktor ada datang dia cakap saya ni pengsan sebab stress sangat." Daniel cuba untuk berbohong.

"Kau nak stress apa? SPM dah habis kot." Ada betulnya juga apa yang Cynthia katakan ini.

Daniel mulai gelisah. Aiden juga.

"Saya stress fikir masa depan saya lah." Daniel tertawa kecil.

Diamond Divas dan Aiden juga ketawa setelah mendengar jawapan daripada Daniel.

"Hm apa apa pun gws." Kata Angelica.

"Gws?" Alices blur.

"Kau ni kan! Ni yang tak suka dengan kau ni. Blur gila." Cynthia memarahi Alices.

"get well soon bongok!" Angelica mahu mengetuk kepala Alices lagi. Tetapi Alices berjaya mengelak. Nasib kau baik kali ni Alices.

"Tak habis-habis nak bergaduh." Penat dah Mellysa mendengarnya.

"Abaikan dorang, Daniel. Apa apa pun get well soon ok? Jangan fikir banyak sangat tau. Itu yang boleh jadi stress." Steffanie memberi nasihat kepada Daniel.

Tiba-tiba hati Aiden panas melihat insiden itu. Sabar Aiden sabar.

TEENS IN LOVE | Wattys2016Where stories live. Discover now