Part 1

14.4K 286 28
                                    

KEKASIH GELAP

"MAK !!!!!!!!!" Jeritan itu menyedarkanku dari mimpi.

Mata terasa basah. Rupanya aku menangis dalam tidur. Aku mimpi mak lagi ?

Terus ku kesat airmata dengan kasar. Tidak ! Aku tidak mahu menangis kerana manusia yang telah membuang aku dan Syafiq. Aku sudah bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Aku tak perlukan dia lagi.

Ternyata itulah kali terakhir aku merasai kehangatan tubuh mak. Sejak dari itu mak pergi dan tidak pernah pulang. Pergi dengan meninggalkan kami sepinggan nasi tanpa satu sen pun wang.

Sejak dari haritu mak sudah mati dalam kamus hidupku. Mati buat selamanya !

Tuk..tuk..

"Kakak..."Satu suara garau memanggilku dari luar. Aku menarik nafas dalam-dalam.

Dengan rasa malas, aku menolak selimut yang menutupi tubuhku lalu aku menyarung sweater yang ada dibawah katil. Kakiku mencecah lantai dan dengan perasaan malas aku memulas tombol pintu.

"Apa?" Soalku sambil menguap dihadapannya pura-pura mengantuk.

"Makan!"

"Kejap lagi la. Kakak mengantuk la" Sekali lagi aku menguap dihadapannya.

Syafiq menggeleng. Dia mencapai pergelangan tanganku dan menarik aku keluar dari bilik.

"Nanti kakak gastrik lah" Bebelnya sambil menuju ke meja makan.

"Bagi 5 minit je.." Aku memujuk Syafiq, buat muka kasihan.

"5 minit untuk cuci muka je. Cepat !" Bahu ku ditepuk kuat" No excuse eh kakak!" Jerit Syafiq lagi.

Aku berlari masuk ke dalam bilik dengan tawa yang kuat. Sebelum pintu bilik ditutup, aku mendapat idea hendak mengusik Syafiq. Senyuman nakal terbit dibibirku.

"20 minit nak tidur jap!" Jeritku sebelum menutup pintu lalu menguncinya dari dalam sebelum Syafiq hadir semula dengan mendesak aku untuk keluar makan pagi.

Kalau dulu, aku yang pelihara Syafiq, menjaganya, membesarkannya dengan tulang empat keratku ini. Kini, apabila Syafiq sudah mencecah umur 18 tahun, dia yang mengambil alih tentang diriku. Aku bersyukur memiliki adik seperti Syafiq.

Tanganku dibawa ke dada, ditekap lama sambil memejamkan mata. Wajah Syafiq yang tersenyum datang menerjah diruang fikiranku.

"Adik..dekat.. dekat sangat di sini.."Bisik aku perlahan sambil jari telunjukku menekan sedikit dadaku sebelum aku menyambung tidurku yang terganggu tadi.

***

"Orang dah cakap!!!" Marah Syafiq apabila aku mengerang kesakitan kerana gastrikku datang tiba-tiba.

Kedua-dua tanganku mencengkam perut yang berdenyut-denyut dengan kuat. Airmata jatuh menitis mengena tangan Syafiq yang sedang cuba membantuku. Aku mengangkat kepala memandang Syafiq.

"Dik, ambil ubat akak"

"Pergi klinik eh" Pujuk Syafiq.

Laju sahaja aku menggeleng. Aku tidak mahu menghabiskan duit hanya dengan sakitku yang sedia ada sejak kecil lagi. Lepas aku makan, nanti baik lah perut ni.

"Kakak ni.. kan adik dah pesan pagi tadi. Adik suruh makan, akak mengelat". Marah Syafiq.

Aku tersenyum kecil. Terasa bahagia kerana mempunyai adik yang begitu ambil berat terhadapku. Syafiq tak pernah membiarkan aku susah walaupun sesaat. Terlalu sayang dia terhadapku.

"Tak payah lah"

Syafiq menghela nafas perlahan. Mengangguk tanda setuju dengan permintaanku.

"Tapi makan okay?"

KEKASIH GELAP ✔Where stories live. Discover now