Part 5

9.3K 236 7
                                        

KEKASIH GELAP

TANGANKU ligat menyusun kertas-kertas dan pen yang ada di atas meja. Jam di dinding ku kerling yang sudah menunjukkan pukul 1 tengahari. Nafas dihela perlahan.

"Sarah.. tak keluar makan ke?" Tegur Husna yang sudah menyandang beg tangannya ingin keluar makan.

"Keluar"Jawabku ringkas

"Pergi dulu eh" Dia mengangguk dan melangkah meninggalkan aku di meja.

"Sarah..." Nana sudah berdiri betul-betul dihadapanku "Jom"

"Tak.. aku ada janji dengan orang" Tolakku dengan lembut. Senyuman diukir buat tatapan Nana.

"Siapa ha? Boyfriend ke ha? Ouhh tak nak share dengan aku eh Sarah" Nana menyengih lalu mencuit hidungku.

"Tak official lagi malas la aku nak bagitahu"

"Ouh..." Nana mengangguk faham. Tidak mahu terus mendesakku.

"Habis dia ambil kau ke?"

Aku angguk. "Macam tu la dia cakap semalam. Kejap lagi sampai la tu kot"

"Tak apa lah kalau macam tu. Makan tau Sarah. Kau tu gastrik teruk. Jangan tak makan pula" Pesan Nana sebelum dia mengangkat kaki pergi meninggalkan aku yang masih menunggu Hilman.

"Jangan tak makan tau!" Jerit Nana sekali lagi sebelum dia hilang disebalik pintu.

Aku hanya mengangguk dan tersenyum kecil.

***

Hilman menarik kerusi untuk Intan. Gadis tinggi lampai dan cantik itu melabuhkan punggungnya disitu. Dia memandang rindu wajah jejaka yang dia cintainya. Sedikit kesal pagi tadi tidak dapat sarapan pagi bersama kerana dia terlewat bangun tidur.

"Sayang.. pandang B macam tu macam nak makan je" Tegur Hilmam.

"Rindu.." Intan melemparkan senyuman buat kekasihnya, Hilman Amir.

"Tu la pagi tak pergi batalkan kenapa?"

"Telat bangun dong mas" Kata Intan dalam loghat indonesia sengaja ingin mengusik kekasihnya itu.

Hilman terus melepaskan tawa dengan ayat buah hatinya itu. Dia menggeleng kecil dengan lawak yang diberi Intan.

"Lucu sih kamu" Hilman terus mencuit hidung Intan.

"Harus loh mas. Kita kapan mau nikah mas?" Tiba-tiba Intan berubah bertanyakan soalan serius.

Mati terus senyuman Hilman. Dia memandang wajah Intan. Nafas dihela lembut. Memang dia ingin berkahwin dengan Intan tapi entah kenapa hatinya terasa belum bersedia walaupun umurnya sudah mencecah 30tahun.

"Intan.."

"B.. Intan dah bersedia nak kahwin dengan B. Kita dah 2 tahun bercinta. Parents kita dah kenal satu sama lain. Kawan-kawan Intan pun ramai dah tanya. Intan bukan muda lagi tau. Umur Intan dah 28 tahun. Kawan-kawan Intan sebaya dengan Intan dah ada anak 3 dah. Intan? Masih dalam dunia percintaan lagi. At least kita berganjak la setapak. Tunang ke?" Panjang lebar Intan berkata demi memujuk hati Hilman.

Sekali lagi Hilman melepaskan nafas. Wajah gadis yang mendiami hatinya dipandang. Benar kata Intan. Mereka bukan muda lagi. Jauh disudut hati Hilman memang dia nak sangat kahwin dengan Intan.

"Okay.. I swear to you that we are going to get married by this year. Okay?" Hilman memberi janji yang dia sendiri tidak yakin. Senyuman dilemparkan untuk menyedapkan hati Intan Sufia.

"Are you being serious B?" Intan tidak percaya. Melongo mulutnya. Wajahnya seperti kelip-kelip yang bercahaya. Terlalu teruja dengan keputusan tiba-tiba yang keluar daripada mulut Hilman.

Demi untuk meraih kepercayaan buah hatinya, tangan Intan ditarik dan anak mata mereka bersatu. Mengalirkan segala rasa yang sudah lama bertandang dihati.

"Promise!" Hilman memberi keyakinan kepada Intan.

"OMG ! I can't believe it !" Intan menutup mulutnya dan setitis airmata gembira keluar dari tubir matanya.

"We are going to get married by this year and now you are crying? I'm telling the truth. Kenapa ni? "

"I feel overwhelmed. I have been waiting for this moment. Thanks baby..." Tangan Hilman digenggam kuat dengan senyuman yang cukup manis.

Seketika Hilman lupa akan Sarah Melisa. Dia tidak pasti akan perasaannya terhadap Sarah Melisa. Pada awalnya memang Hilman sukakan Sarah Melisa tapi hanya kerana nafsu. Namun begitu, hampir sebulan bersama gadis itu, perasaannya bercambah jadi lain. Dia keliru.

Perlukah dia meninggalkan Sarah Melisa setelah dia memberi harapan pada gadis itu ? Ah tidak !

Kenapa harus ada dua pilihan yang sukar untuk disisihkan salah satu daripadanya?

***

Jam sudah menunjukkan pukul 3. Wajah Hilman masih tidak kelihatan apatah lagi panggilan atau masej darinya. Dia langsung tidak menghubungiku untuk memberitahu dia tidak dapat datang. Aku sedikit terasa hati.

Tiba-tiba airmataku menitis apabila aku terasa perut sebelah kiriku seakan dicucuk-cucuk. Mata dipejamkan seketika cuba melawan kesakitan itu tapi makin ku tahan makin ia mengganas.

"Sarah okay tak?" Tegur Husna apabila dia melihat wajahku berkerut.

Dalam menahan sakit, aku mengukir senyuman pahit untuk menyedapkan hati Husna. Kepala dianggukkan sedikit sementara tanganku masih diperut. Sakitnya hanya Allah je yang tahu.

"Sarah gastrik ke?" Husna sudah bangun dari tempat duduknya cuba mendekatiku.

"Muka Sarah pucat ni. Kejap saya panggil Nana." Tanpa sempat aku berkata apa-apa, Husna membuka langkah besar berjalan menuju ke bilik Nana.

Aku nampak Nana berjalan laju mendekatiku tapi belum sempat Nana berkata apa-apa perutku seakan menjerit ingin mengeluarkan sesuatu. Dengan pantas aku berlari menuju ke tandas.

"Uwerk !" Aku mengeluarkan isi perutku.

"Sarah!!!!!" Nana berlari mendekatiku. Belakang badanku diurut berkali-kali.

"Sarah kenapa ni?" Soal Nana.

Soalannya tidak mampu ku jawab. Sebaliknya sisa didalam perut terus dimuntahkan sehingga ianya terasa tegang dan sakit.

Selepas beberapa minit aku muntah. Tubuhku terasa sedikit lega. Aku melangkah mendekati singki lalu wajahku dibasuh.

Nana masih mengurut belakang badanku. Walaupun lega, namun tubuhku lemah dan tidak bermaya. Tiada sumber tenaga yang tersimpan didalam tubuhku lagi.

"Sarah.. kau tak makan ke tadi?" Soal Nana setelah aku sedikit reda.

Didada Nana, ku lepaskan segala rasa. Aku menyebamkan wajah disitu, tangisan dilepaskan dan kepala digelengkan perlahan. Esakanku makin kuat kedengaran kerana sebak apabila diperlakukan begini oleh Hilman.

"Sarah,kan aku dah pesan.. kau kenapa tak makan?"

"Dia.. Dia tak datang , Nana" Aku mengadu pada Nana wanita yang begitu rapat denganku.

"Dah tahu dia tak datang kenapa tak turun pergi makan. Ataupun kau boleh call pesan dekat aku" Balas Nana.

Aku diam.

"Dah jom aku bawa kau pergi klinik ambil MC lepas tu kau rehat okay. Sakit lagi tak?" Belakang badanku diurut lagi.

Aku mengangguk perlahan. Lantas tubuhku dipapah Nana. Dia meminta kerja separuh hari untuknya dan diriku sebelum kami keluar dari bangunan itu.

KEKASIH GELAP ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang