Part 29

3.6K 58 3
                                        

KEKASIH GELAP

MESKIPUN bosan namun dunia ini sudah jelas menyatakan takdirku tertulis begini. Hendak mencintai kekasih orang , perlukan pengorbanan. Tiada niat untukku menjadi perampas. Cuma, berilah aku secebis cinta yang terbazir didunia ini. Aku dahagakan belaian dan perhatian ku kehilangan sejak kecil lagi.

"Hai Sarah, nak ke mana?" Tegur Dani yang baru hendak keluar dari rumahnya.

"Tak kemana. Saya baru balik ni." Senyuman terukir buatnya.

"Aduhhh!" Tiba-tiba Dani memegang dadanya.

"Kenapa Dani?" Soalku kalut. Aku datang mendekati Dani. Riak cemas tergambar jelas diwajahku apatah lagi dahi Dani berkerut seribu. Seperti benar-benar berada dalam keadaan yang membimbangkan.

"Kena panahan senyuman you." Ujar Dani.

Aku menarik wajah. Geram dengan perangan Dani yang bergurau tidak bertempat. Nasib baik jantung aku tak terkeluar dengan usikannya. Benda macam ni pun boleh buat main. Kalau betul-betul sakit jantung, padan muka.

"Jeling pun comel. You ni memang sejak lahir comel macam ni ya?" Soal Dani sambil menyengih.

"Eii mengarut je lah awak ni. Saya nak masuk dulu lah. Malas nak layan awak!"

"Alaaa mengusik sikit pun tak boleh" Muncungnya dipanjangkan sedepa.

"Tak ada lah. Saya penat so nak masuk dalam. Awak nak pergi mana ni?" Soalku sekadar berbasi.

"Saya nak keluar dengan kawan"

"Kawan ke girlfriend?" Kening dijongket, sekadar ingin bergurau dengannya.

"Cemburu ke ?"

Aku mencebik. Entah apa-apa lah perangai Dani ni. Tak kuasa aku nak cemburukan dia. Ingat aku tak ada kerja lain ke apa?

"Tak lah.. I gurau je. Sarah.. Esok you free tak? I nak ajak tengok wayang"

"Wayang? Tak kot. Saya malaslah" Tolakku lembut.

"Hmm tak apa lah kalau macam tu. Kecewa I tau! Baru ingat nak belanja you. Lain kali boleh? "

Hanya senyuman kelat membalas bicara Dani. Bukan apa, lelaki sepertinya tidak boleh terlalu dilayankan. Takut menjadi-jadi, nanti lain jadinya.

***

Pola nafasku tidak teratur. Entah kenapa aku rasa begitu berdebar dengan apa yang ingin ku lakukan. Sungguh aku tak bersedia namun aku juga belum bersedia kehilangan Hilman. Cadangan Firman bermain-main difikiranku. Aku tekad ! Aku harus menjatuhkan Hilman.

Tubuhku disapu dengan losen. Pakaian yang Hilman pernah hadiahkan disarung. Ubat perangsang yang diberikan Firman ditelan. Mata dipejamkan.

"Ubat ni akan bantu awak memiliki Hilman tanpa sedar. " Pesanan Firman mula bermain-main difikirkanku.

Tak lama kemudian, aku terdengar pintu dibuka dari luar. Tak sampai 30 saat wajah Hilman muncul dimuka pintu dengan senyuman. Dalam pada itu kepalaku terasa berpusing.

Saat Hilman mendekatiku, senyuman meleret dilemparkan dalam keadaan mata yang kuyu. Fikiranku sudah merewang yang bukan-bukan.

"Awak.. Saya nak awak..." Pintaku seakan merayu.

"Boleh sayang. Tapi bagi saya mandi dulu" Balas Hilman.

Segera aku menggeleng. Mata dipejamkan sedikit. Ubat tersebut seakan mula bertindak ke tubuhku. Wajah Hilman yang kusut itu tetap membuatkan aku bernafsu.

"Tak nak ! Saya nak sekarang!!" Tahanku. Kepala Hilman terus ku pegang dan bibirnya ku kucup dengan rakus.

"Sayang.. Kenapa ganas sangat ni?" Kepalaku ditolak. Wajahku dipandang dengan hairan.

Badanku terhuyung hayang tetapi nasib baik pinggangku dipegang oleh Hilman. Keadaanku benar-benar diluar tahap kewarasan normal. Fikiranku bercelaru dan rengekanku seperti bayi yang kehausan.

"Awak..."

"Sayanggg... Kenapa awak agresif sangat ni?" Soal Hilman pelik.

"Saya nak awak.." Nafsu mula menguasai. Aku tak kira! Nafsuku perlu dilunaskan malam ini juga. Tubuh Hilman ditolak terlentang diatas katil.

"Ye sayang... Myself already yours" Bisik Hilman.

Malam ni aku bersumpah yang diri kau akan tetap menjadi hak aku selamanya. Kau bukan kepunyaan Intan apatah lagi perempuan lain. Aku tidak akan benarkan perkara itu berlaku! Jerit batinku.

"Sayang.. awak kenapa ni? Awak okay tak?"

"Saya nak awak Hilman ! Saya nak awak!! Awak faham tak?" Jeritku tiba-tiba dengan linangan airmata. Pipi yang basah dikesat dengan kasar menggunakan belakang tapak tangan. Aku merangkak dan menindih tubuh Hilman.

"Sayang.. Saya memang awak punya. Tapi jangan lah macam ni..." Pujuk Hilman.

"Saya cintakan awak, Hilman. Saya akan buktikan pada awak betapa saya perlukan awak"

"No! Stopit!"

"Awak memang tak sayang saya! Awak kejam, Hilman!"

"Sayang.. Jangan lah macam ni. Saya sayangkan awak tapi awak tahu kan saya tak akan ambil hak awak selagi awak tak jadi isteri saya." Pujuk Hilman lembut.

"Habis apa yang awak buat selama ni apa? Badan saya ni awak dah tengok! Tak sama ke dengan apa yang saya minta sekarang ni?" Bentakku.

"Sayang, tapi saya tak pernah buat lebih daripada tu. Saya tak nak ragut hak awak sampai awak jadi isteri saya. Sabar Sarah.."

"Awak tipu! Awak tak nak jadikan saya isteri awak pun! Awak tipu Hilman!"

"Kenapa dengan awak tiba-tiba ni?"

"Kalau awak sayang saya kenapa awak lukakan hati saya?"

"Tidur sayang.. you will be fine.." Telingaku disapa dengan bisikan halus dari suara Hilman.

"Hilman.. Jangan tinggalkan saya. Saya cintakan awak. Saya takut." Suaraku tenggelam timbul. Bimbang jika aku membuka mata, dia tiada lagi disisiku. Tangannya ku genggam erat.

"Tak.. Siapa kata saya akan tinggalkan awak?"

"Awak tunang dengan Intan. Saya sedih.. Saya kecewa Hilman" Tanpa sedar, kekecewaanku diluahkan pada orang yang sepatutnya. Airmataku berlinang lagi.

Jadi Hilman sudah dapat punca gadis ini jadi begini. Rupanya Sarah Melisa sudah tahu yang dia sudah bertunang dengan Intan? Patutlah emosi gadis kesayangannya terganggu. Rupanya dia memendam perasaan.

Tidak tahukah Sarah kasihnya lebih mendalam terhadap dirinya berbanding Intan?

"Don't worry. I will take you as my wife. I promise!"

"Terima kasih Hilman...

 

KEKASIH GELAP ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang