KEKASIH GELAP
BEG galas ku letakkan diatas meja kecil berhadapan dengan sofa lama yang hampir lebih 15 tahun. Sejak aku dilahirkan lagi sofa kayu itu wujud. Tubuhku direhatnya disitu. Mata dipejamkan selepas mataku ralit memandang kipas yang berpusing.
Dalam pada aku sedang khayal, tidak semena wajah lelaki kacak yang ku temui di lift datang menerjah di kotak fikiran. Cepat-cepat aku bangun, menghalau bayangan itu pergi.
"Kak.." Satu suara menegurku. Suara yang selalu membuat aku kuat untuk teruskan kehidupan ini.
Aku bangun dan duduk bersandar pada sofa kayu. Wajah Syafiq dipandang.
"Ye, kenapa dik?"
Syafiq melabuhkan punggungnya disebelahku. Berderak sedikit bunyi kerusi apabila Syafiq duduk disitu. Almaklumlah kerusi lama.
"Kak..Adik dah dapat kerja"
"Oh, Alhamdulillah.. Kerja kat mana, dik?" Keterujaanku tergambar dengan senyuman.
"Kerja kat supermarket je kak. Tapi okay lah gaji dia. 1000 tak termasuk OT" Beritahu Syafiq.
"Okay lah.. mula-mula memang lah. Nanti lama-lama naik lah gaji tu"
Kata-katanya menerima anggukan daripada Syafiq. Tanganku ditarik dan digenggam. Anak mataku dipandang dengan penuh kasih.
"Akak berhenti ya kerja jadi kerani tu. Adik kesian lah tengok kakak dah lama bekerja untuk adik. Akak rehat lah pula" Kata Syafiq.
Wajahku berubah.. Secara refleks tanganku ditarik dari genggaman Syafiq. Wajahnya ku pandang dengan dahi berkerut, tanda tidak bersetuju.
"Ish, mana boleh! Kita kerja sama-sama"
"Kalau dua-dua kerja siapa nak jaga adik?"
"Kakak boleh jaga adik"
"Tak.. Kalau adik kerja, kakak ada masa nak masak untuk adik, jaga adik dan jaga kesihatan kakak. Tak payah kerja la kak" Pujuk Syafiq.
"Jangan mengada. Keputusan akak muktamad. Dah diam!" Tanpa mendengar lebih lanjut, aku terus mengangkat punggung meninggalkan Syafiq yang masih terpinga-pinga disitu.
Tak sanggup rasanya beban yang ku pikul selama ini ini hendak dipindahkan kepada Syafiq. Lagipun umurku sudah menginjak 25 tahun, kesusahan ini sudah lali dalam darahku.
25 tahun? Aku tergelak kecil. Tua dah aku ni ya rupanya. Kawan-kawan sebayaku semua sudah berumah tangga. Aku? Kawan lelaki pun tak ada. Tapi tak apa, aku bahagia bersama 2 insan yang begitu sayangkan aku.
Syafiq dan Nana.
***
Hari ini adalah hari yang paling malas. Aku menggeliat kecil untuk menghabiskan sisa mengantukku yang terpaksa bangun seawal 8 pagi. Kasutku disarung dan aku berdiri tegak. Mataku masih layu walaupun sudah berkali-kali tubuh ini sudah diregangkan.
"Adik ! Kunci pintu.." Jeritku dari luar sebelum kakiku melangkah meninggalkan rumah flat tinggalan mak dan ayah. Waktu Syafiq bekerja jam 10 pagi nanti.
Disebabkan lift rosak, maka aku terpaksa menuruni tangga. Sudah hampir 3 hari lift itu tidak dibaiki. Hampir setiap hari tubuhku bermandi dengan peluh. Mujur aku hanya ditingkap 4. Kalau tingkat 9, kau rasa?
Jangan tangan di kulit dikerling sekilas. Memang ternyata aku sudah lewat untuk ke tempat kerja. Lantas, aku bergerak laju menuruni tangga namun tak semena kakiku terpelecok pada tangga kedua sehingga aku jatuh terduduk dan mengerang kesakitan
ANDA SEDANG MEMBACA
KEKASIH GELAP ✔
RomanceStart : 19 october 2016 End : 23 octocer 2016 Sarah tak pernah sangka hidupnya akan jatuh cinta terhadap kekasih orang lain, Puas dia mengikis perasaan itu kerana tak sanggup lukakan hati Intan saudara tirinya, Namun kehadiran Hilman sering membuat...
