KEKASIH GELAP
MAKANAN kegemaran Hilman, masak lemah putih ayam disediakan sebelum dia pulang ke rumah orang tuanya. Beria dia ingin keinginannya dipenuhi hari ini.
"Hilman!" Jeritku memanggilnya yang sedang menonton televisyen.
"Apa?" Sahut Hilman dari ruang tamu.
"Tolong saya kejap"
Dengan bingkas, Hilman Amir mengangkat punggung dan datang menemui aku yang sedang berdiri memotong sayur dari arah belakang.
"Tolong apa sayang?" Soalnya lembut dan pinggangku dirangkul. Bahuku yang berlapik dengan fakrik dikucup.
"Hilman ! Saya nak masak ni kan?"
"Masak je lah siapa kacau!" Ujarnya masih membekukan diri dibelakang.
"Tolong ikatkan rambut saya. Rimas panas lah nak buat kerja" Omelku.
Hilman menjarakkan tubuhnya dariku. "Getah dekat mana?"
"Pakai je getah air batu tu. Ikat kan cepat!" Arahku lagi sambil memuncungkan mulut menunjuk kearah getah oren yang ada didalam bekas sebelah bekas milo.
"Muncung-muncung pula, kiss kang"
"Cepat lah!"
Hilman memuncungkan mulut sebelum menapak mendapatkan getah oren yang aku katakan. Kemudian dia memegang rambutku lalu dihidu sehingga menegak segala bulu romaku.
"Hilman ! Jangan lah! Mari sini lah getah tu. Minta tolong pun susah"Marahku.
"Sayang ni.. nak bermanja pun marah. Rambut dah la wangi memang lah orang tak tahan" Suaranya berubah seperti budak kecil.
Dia merenggangkan getah oren lalu mengikat rambutku secara simpul. Selepas diikat tengkukku terasa berangin sedikit. Tiba-tiba leherku dikucup lembut oleh Hilman.
"Hilman jangan lah ! Tak jadi masak nanti" Perutnya ku siku. Tidak selesa apabila bahagian berahiku diusik.
"Sayang ni cantik lah ! Muka lembut je tapi kalau merajuk hmm.."
Wajahku berubah kemerahan. Malu apabila perkara itu disebut pada waktu begini. Sedangkan perbuatan itu diluar kehendak dan kudratku.
"Tapi saya suka..." Tambahnya lagi.
"Hmm kenapa tiba-tiba bodek saya ni?"
"Sayang kalau merajuk pun comel. Kalau cemburu saya dengan Intan je terus lari dari saya. Tak nak cakap dengan saya. Kalau saya marah sikit je menangis. Saya yang cemburu dia yang menangis. Cengeng lah sayang ni!" Telingaku digigit.
"Bosan tak?"
"Tak, rasa seronok kalau sayang merajuk. Bila sayang merajuk je, sentuh sikit je terus cair. Kalau dah cair mula la dia nakal" Pelukannya dikemaskan.
"Eii ni kenapa tiba-tiba ni? Mesti ada apa-apa?"
Dia tergelak. Tubuhku diketatkan dalam dakapannya. Leherku dihidu dengan lembut. Dia seakan ingin bermanja denganku. Tubuhnya yang hangat membuatkan aku selalu rindu.
"Sayang..."
"Hmm?" Aku meneruskan memotong sayur. Tiba-tiba rasa selesa dipeluk begitu sambil membuat kerja.
"Sabtu ni saya tak boleh balik. Tapi... tapi saya janji malam tu saya balik jumpa awak" Kata Hilman lembut.
Cis ! Patut lah baik-baik dengan aku. Rupanya ada udang disebalik batu. Dasar!
"Patut la tiba-tiba puji saya" Aku tersenyum kecil. Ish ! Susahlah nak marah nak merajuk kalau kena peluk macam ni. Rasa dilindungi sangat.
"Sayang tak marah kan?" Dia membalikkan tubuhku menghadap wajahnya. Bibirku dikucup lembut.
Aku menghela nafas. "Nak marah macam mana kalau cium sana cium sini. Orang tergoda tahu tak!" Marahku.
"Sebab tu saya sayang awak. Sebab awak selalu senangkan hati saya"
"Iyelah tu. Awak suka tinggal saya tau. Nasib baik saya dah ada kawan baru tau!" Alamak! Terlepas cakap!
"Kawan baru ? Siapa?"Hilman mengerutkan dahinya memandang wajahku.
"Jiran. Awak kenapa tak balik sabtu ni?" Aku terus menukar topik.
"Saya ada hal sikit"
"Dengan Intan lah tu" Aku mencebik.
"Tengok tu cemburu lagi" Hidungku dicuit.
"Yelahh Hilman saya ni perempuan tak ada perasaan. Tak ada rasa nak cemburu marah sedih kecil hati tu semua" Aku menjarakkan sedikit tubuhku darinya berkecil hati.
"Sayang ni.. Jangan lah macam ni. Awak tahu kan saya sayang awak sangat. Saya serba salah lah" Redup sahaja wajah Hilman.
Aku pula jadi serba salah. Pipinya ku pegang. "Tak apa lah Hilman, saya faham keadaan awak. Jangan risau okay" Aku melemparkan senyuman buatnya.
Dia turut menguntum senyuman. Ah cair lagi!
***
Aku menghantar Hilman didepan pintu. Dia memberikan aku beberapa helai wang untuk dijadikan duit belanja. Kenapa lah Hilman tak jadikan je aku isteri dia kalau macam ni lah hubungan kami?
"Hilman.. apa khabar bro? Lama tak nampak" Tegur Dani yang berpakaian agak santai tapi kemas seperti hendak keluar.
"Sihat. Sibuk sikit kebelakangan ni" Jawab Hilman acuh tak acuh. Dari riak wajah Hilman dia seakan tidak sukakan Dani. Aku memandang wajah Dani kemudian melemparkan senyuman buatnya.
"Hai Sarah! Thanks teman I pagi tadi" Kata Dani apabila memandang wajahku. Aku menelan airliur. Wajah Hilman sudah berubah mendengar ayat Dani.
"Teman? Teman pergi mana?" Wajah Dani dipandang.
"Pagi tadi dia teman aku joging. Kau tak bagitahu aku pun ada adik cantik macam ni. Simpan je dalam rumah eh" Kata Dani.
Gurlp ! Entah kenapa aku terasa nafasku seakan berhenti dikerongkong. Wajah Hilman sudah keruh. Jantungku berdegup kencang menantikan tindakan Hilman.
"Adik?" Hilman mengangkat kening dengan wajah sinis sambil memandangku.
Aku menundukkan wajah takut dengan tikaman pandangan mata Hilman.
"Kalau aku tahu kau ada adik lawa macam ni, dari dulu aku akan selalu hantar makanan dekat kau" Seloroh Dani. Aku sudah kekok untuk senyum apatah lagi ketawa.
Hilman pura-pura ketawa dengan ayat Dani. Wajahku dipandang seakan beri amaran. Aku menggigit bibir. Hilman pasti mengamuk sakan denganku.
"Oh ya Sarah! Botol air saya tu awak simpan jelah. Nanti esok lusa kalau kita joging lagi awak bawak lah. Boleh kan abang ipar?" Dani masih dengan mood guraunya lagi sedangkan ada letusan gunung berapi akan meletus.
"Abang ipar? Kau ada niat nak joging lagi degan ADIK aku eh? Kau tahu kan aku tak suka kau?" Kata Hilman jujur dan perkataan Adik sengaja ditekankan.
"Tak apa, adik ipar akan mengambil hati abang ipar lepas ni" Kata Dani
"Tak apa lah bro aku nak keluar ni. Kau jangan nak mengorat ADIK aku tu. Aku tak redha kau jadi adik ipar aku" Kata Hilman sinis. Dia ingin melangkah pergi namun dengan segera tangannya ku capai.
"Masuk rumah kunci pintu dan jangan keluar mana-mana!" Pesannya dengan nada suara keras. Tangannya direntap dari peganganku.
Bergegar gegendang telingaku dengan intonasi suara yang begitu tinggi. Airliur diteguk berkali-kali. Wajahnya berubah kemerahan dan urat-urat biru mula timbul dilehernya menandakan keadaan tubuhnya tegang.
Apabila urat-uratnya tegang, ini bermakna tiada senyuman yang akan menghiasi wajah Hilman lagi. Dia benar-benar marahakn perbuatanku. Selepas itu, dia berlalu meninggalkanku sendirian dengan rasa serba salah yang menebal didalam jiwa.
Aku tidak suka Hilman meninggalkanku dengan keadaanku begini. Hatiku berkecamuk dan kecewa. Empangan airmataku pecah saat itu juga.
ANDA SEDANG MEMBACA
KEKASIH GELAP ✔
RomanceStart : 19 october 2016 End : 23 octocer 2016 Sarah tak pernah sangka hidupnya akan jatuh cinta terhadap kekasih orang lain, Puas dia mengikis perasaan itu kerana tak sanggup lukakan hati Intan saudara tirinya, Namun kehadiran Hilman sering membuat...
