Part 9

8.2K 209 18
                                    

KEKASIH GELAP

PAGI itu aku memaksa Syafiq untuk mengambil cuti dan meminta sedikit ruang dari majikanku untuk masuk kerja lewat sedikit.

Aku menyediakan sarapan pagi untukku dan Syafiq. Dalam pada aku sedang meletakkan pinggan dan cawan, Syafiq keluar menghampiriku.

"Akak tak kerja?" Soalnya.

"Kerja, akak minta masuk lambat sikit. Jom makan lepas tu akak nak sabu ubat tu. Bengkak dah muka tu." Kataku sambil menuangkan air tea ke dalam cawan.

"Akak.. tak payah la susahkan diri. Adik boleh buat sendiri. Akak pergi je kerja okay?"

Aku diam dan duduk berhadapan dengan Syafiq. "Sakit lagi tak?" Soalku.

Syafiq menggeleng. "Kurang dah. Malam tadi je pedih sikit."

Aku mengangangguk dan menyuap mulutku dengan bihun goreng yang ku masak tadi. Fikiranku sedikit merewang memikirkan Hilman. Ah ! Aku sudah rindukan lelaki itu.

"Akak..."

Diam.

"Akak..." Suara Syafiq dikeraskan sedikit sehingga membuatkan aku sedikit tersentak.

"Ha ? Apa?"

"Akak ni mengelamun je." Syafiq tergelak kecil.

"Kenapa? Ada apa?" Suaraku perlahan, kepala ditunduk memandang lantai.

"Malam tadi tu siapa ? Boyfriend akak ya?" Soalan Syafiq membuatkan aku mendongakkan wajah memandang mukanya.

"Mana ada!" Nafiku.

"Kak.. jangan lah marah lama-lama. Adik tak rasa pun dia sengaja nak kasari adik. Akak rindu dia kan? Jangan lah merajuk lama-lama."

"Eish ! Mana ada dia pakwe akak." Sedaya upaya aku cuba menipu.

Syafiq tergelak mendengar penipuanku. Tanganku dicapai dan dia menggeleng sebelum mulutnya dibuka.

"Akak dah umur 25 tahun dan dah tiba masanya akak cari orang yang boleh jaga akak, sayang akak, lindungi akak. Adik dapat rasakan lelaki malam tadi betul-betul sayangkan akak. Kalau tak, mustahil dengan adik pun dia boleh cemburu." Ujar Syafiq.

"Tak payah cerita pasal dia la. Dia dah lukakan adik akak ni. Benci akak dengan orang macam tu." Kataku pula.

Syafiq menghela nafas lembut. Wajahku ditatap penuh kasih sayang.

"Kan dia salah faham. Kalau dia tahu adik ni darah daging akak, rasanya nak jentik adik pun dia tak berani. Akak pun tak payah la seksa hati akak sendiri."

"Malas lah!"

"Nanti menangis lagi macam malam tadi." Perli Syafiq.

Aku menjengilkan mata terhadapnya. Rupanya Syafiq dengar aku menangis malam tadi. Cis ! Buat malu je baru nak tunjuk sado.

"Sibuk lah," marahku.

***

Cepat-cepat aku melajukan langkahku ketika dua pasang mata ini ternampak kelibat Hilman cuba mendekatiku. Tidak mahu ku lihat wajahnya nan menyakitkan hati.

"Sarah!" Teriaknya sambil mengejar langkahku.

Walaupun aku benci untuk melihatnya, namun dalam diam ada terbit rasa rindu.

"Sarah!" Hilman mencapai tanganku sekaligus mematikan langkahku.

"Lepaslah !" Tangan ditarik lalu melingkari tubuhku sendiri.

KEKASIH GELAP ✔Where stories live. Discover now