Part 20

3.4K 48 1
                                        


KEKASIH GELAP

"ABANG Apis tunggu sini tau. Saya naik kejap je sebab nak ambil pakaian saya yang lain" kataku kepada Abang Apis.

"Tak nak saya teman ke?"Soal Apis.

"Eh tak apa. Kalau ada apa-apa saya call je awak."

"Baik cik"

"Oh ya! saya tingkat 2 nombor rumah 211"

Apis mengangguk faham. Aku keluar dari kereta dan melangkah masuk ke kawasan rumah flatku. Rasa dah lama tak datang sini. Lift ditekan dan aku tiba ditingkat dua.

Pintu rumah dibuka dengan perlahan. Keadaan rumahku sedikit berhabuk. Aku terbatuk. Hidung ditutup dan aku melangkah masuk ke dalam bilik. Dibilik ini lah Hilman membuatkan aku ketagih dengan sentuhannya.

Pakaian dimasukkan ke dalam beg. Beberapa barang yang lain juga diambil. Setelah selesai mengemas aku melangkah keluar dari bilik.

"Nak kemana Sarah?" Ada satu suara kasar mematikan langkahku.

Aku mendongak memandang wajahnya. Aku seakan kenal tapi masih samar-samar. Sesaat kemudian dia melebarkan senyumannya dan aku terus mengingatinya.

"Ayah?" Dahiku berkerut. 15 tahun berpisah dengannya, sudah pasti ingatanku samar-samar. Tiba-tiba perasaan rindu marah benci dan sayang datang sekali gus.

"Ayah nak kau tolong ayah!" Seperti arahan.

"Tolong apa?" Soalku kasar. Aku teringatkan kembali disebabkan dia, Syafiq dipukul dan aku hampir dirogol.

"Bagi ayah 50 ribu dan ayah tak kan ganggu kau dengan Syafiq lagi" Katanya.

Aku mencebik menyampah. Kata-kata dusta sahaja. Belum tentu kalau aku bagi dia akan berubah. Lagi pula dimana aku nak cari 50 ribu? Seribu pun susah nak dapat.

"Sarah mana ada 50 ribu. Kalau nak 50 ringgit Sarah ada lah" Balasku.

"Hey Sarah ! Kalau kau tak nak ayah mati kau kena bagi 50 ribu tu!" Katanya mula mendekatkan diri padaku. Aku berganjak ke belakang. Airliur ditelan.

"Sarah tak kisah ayah nak mati ke apa kalau sikap ayah tak pernah nak berubah" Balasku dengan nada sedikit tinggi. Aku takut.

"Kau memang cari nahas kan? Aku minta 50 ribu je. Kau kan ada pakwe yang kaya. Kau bagi je lah aku 50 ribu tu!" Tengking Azmi. Tiada lagi ganti diri ayah.

"Sesen pun Sarah tak kan bagi!" Jantungku berdegup kencang. Airmataku sudah bergenang.

"Kau tak nak bagi? Ha? Kau tak nak bagi kan?" Azmi tersenyum sinis.

"Ayah nak buat apa dekat Sarah? Sarah betul-betul tak ada duit. Sarah bukan sengaja tak nak kasi! Sarah tak kerja lah!" Ujarku dengan tangisan yang mula keluar.

"Kau jangan nangis! Aku nak kau bagi aku duit. Kau tahu tak gangster tu tengah kejar aku. Kalau aku tak bayar kau akan jadi mangsa. Kau nak ke adik kesayangan kau tu mampus?"Azmi melepaskan amarahnya.

Dia datang mendekati tubuhku dan ditolak dengan kasar sehingga aku terjatuh diatas lantai. Tanganku mula menggigil. Airmataku kembali keluar dengan laju.

Azmi mula mendekati tubuhku. Tali pinggang dibuka dan dia terus ketawa dengan sekuat hati. Aku menutup mata tidak tegar untuk melihat apa yang akan dia lakukan. Aku benci dia ! Aku doakan dia mati!

Syafiq ! Aku menjerit dalam hati.

Azmi menekan pehaku dengan lututnya. Aku mengerang sakit. Airmataku deras mengalir. Esakanku makin kuat. Rambutku ditarik kasar oleh Azmi. Tangisanku langsung tidak dihiraukan. Nafsu sudah merajai Azmi.

Kolar bajuku direntap dengan kuat sehingga ternampak pangkal dadaku. Aku cuba menolak-nolak tubuhnya namun kudratnya terlalu kuat.

"Tolong! Tolong saya !" Jeritku dengan deraian airmata.

Prang !!!

***

Prangg!!!

"Aduh!!"

Kedengaran bunyi kaca berderai. Tubuh Azmi tiba-tiba kaku dari menyerangku. Wajahnya sedikir berkerut dan perlahan-lahan tangan yang menarik rambutku dan dibawa menyentuh kepalanya.

"Ayah !" Aku tergamam.

"Ah! Argh!!" Azmi melihat kepalanya yang sudah mengalirkan cecair berwarna merah.

"Cik.. Cik Sarah okay tak?" Apis datang meluru kepadaku dengan tangannya memegang serpihan kaca yang dihentak pada kepala Azmi.

Aku bangun dan menyorok dibelakang Apis. Saat ini aku benar-benar dalam ketakutan. Hujung baju Apis dipegang dengan kuat.

"Tolong saya Apis ! Dia durjana ! Dia ayah saya tapi dia sanggup nak rogol saya. Tolong saya.." Rayuku dengan airmata.

"Nasib baik saya naik tau kalau tak.. apa jadi dengan cik" Kata Apis.

"Kau ! Kurang ajar!" Azmi memegang belakang kepalanya yang sudah berdarah. Dia cuba untuk bangun walaupun tubuhnya sudah lemah akibat hentakan kaca pada kepalanya.

"Keluar !" Apis memegang sebuah pasu lain lalu dihalakan kepada Azmi.

"Kau siapa ha? Dia anak aku! Sukahati aku lah nak buat apa!!" Tengking Azmi.

"Tolong saya Abang Apis!"

"Kau keluar sebelum aku hentak kepala kau sampai mati" Kata Apis.

Azmi mengerutkan dahinya wajahnya sudah berlumuran dengan darah. Wajahku dipandang dengan api kemarahan. Aku mengeratkan lagi pegangan tanganku pada baju Apis.

"Mati kau kalau aku jumpa lagi!" Azmi memandang wajahku seakan memberi amaran.

Azmi cuba untuk bangun. Lantai rumahku sudah penuh dengan darah. Tubuhnya sedikit menggigil tapi dia gagahi juga untuk bangun keluar dari rumah ini sebelum Apis mencederakan lagi. 30 saat kemudian Azmi hilang dari pandangan.

Aku merungkaikan pelukan. Wajah Apis dipandang dengan keadaan yang masih takut. Rambutku sudah serabai. Airmataku masih mengalir. Pucat.

"Cik okay tak ni?" Soal Apis cemas. .

"Saya okay.. Er.. Abang Apis okay tak?" Aku memandang wajahnya.

"Saya okay je cik. Ada kecederaan mana-mana tak? Saya ambil kain tutup badan cik ya?".

Aku mengangguk. Apis mencari kain selendang dan dia menutup tubuhku yany sedikit terdedah itu.

"Kita report polis ya?"

Aku pantas menggeleng. "Jangan.. Saya tak nak Hilman tahu"

"Tapi cik ni untuk keselamatan cik. Kalau dia cari cik lagi macam mana?" Ujar Apis.

"Tapi saya..."

"Cik kalau apa-apa jadi dekat cik lagi,Tuan Hilman akan marahkan saya. Silap-silap saya kena pecat. Lagipun bahaya kalau tak buat report" Kata Abang Apis lagi.

Aku terdiam. Dalam masa yang sama aku akui kata-kata Apis. Lambat-lambat kepala dianggukkan.

"Tapi janji dengan saya awak tak bagitahu Hilman"

"Tak boleh ! Nanti Tuan Hilman marah saya" Apis tidak mahu bersubahat. Aku geram.

"Kalau macam tu tak payah report polis" Protesku.

"Okay! Saya tak bagitahu Tuan Hilman. Tapi cik buat report polis ya" Pujuk Apis.

Aku mengangguk perlahan. Aku tidak mahu Hilman menghalang aku keluar jika dia tahu perkara ini menimpaku. Dia pasti akan marah dan menyekat sedikit kebebasanku.


KEKASIH GELAP ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang