KEKASIH GELAP
SEJAK dari pagi tadi Hilman cuba menghubungi Sarah Melisa namun telefon gadis itu mati. Dia sedikit risau. Adakah Sarah Melisa nampak dia bertemu dengan Intan semalam dan gadis itu merajuk dengan dirinya?
Argh! Hilman mempercepatkan langkahnya untuk masuk ke bangunan tempat kerja Sarah Melisa. Dia berdiri memandang meja Sarah tetapi kelihat gadis itu tiada disitu.
"Ya encik. Boleh saya bantu?" Tegur Husna , ditangannya terdapat beberapa fail.
"Err, Saya nak jumpa Sarah Melisa. Dia mana ya?" Kepala yang tidak gatal digaru.
"Sarah cuti, MC" Jawab Nana yang kebetulan baru pulang dari makan tengahari. Dia berhenti di hadapan Hilman dan memandang wajah Hilman dari atas hingga ke bawah.
"Saya Nana, kawan Sarah. Kenapa ya cari dia?" Nana berasa pelik apabila ada lelaki yang mencari Sarah. Setahunya, Syafiq hanya satu-satunya lelaki yang wujud dalam kamus hidup Sarah Melisa.
"Ouh ! I see.. Saya kawan Sarah.. I did call her from last night tapi tak dapat." Beritahu Hilman jujur.
Figura Hilman ditatap lama. Nana jeda seketika sambil ralit berfikir adakah lelaki yang berdiri dihadapannya yang diceritakan oleh Sarah Melisa semalam?
"Sarah sakit"
"Sakit?" Melongo mulut Hilman terkejut. Dahinya berkerut dan dia mula berasa risau.
Nana mengangguk. "Dia MC hari ni"
"Kenapa ? Kaki dia sakit balik ke? Dia sakit apa?" Wajah Hilman berubah cemas.
Nana memandang wajah Hilman dari atas hingga bawah. Kacak ! Desis hati Nana. Tapi sayang, menjengkelkan ! Adakah lelaki ini hadir untuk mempermainkan Sarah? Tak ! Nana tak akan izinkan.
"Dia gastrik dan dapat MC sehari. Semalam ada orang janji nak keluar makan dengan dia tapi sampai kesudah tak muncul dan dia tak makan apa-apa. Sarah tu gastrik teruk. Tak boleh tinggal makan. Kalau tak.. hmm.. macam semalam lah dia sampai muntah-muntah" Nana sengaja menceritakan apa yang terjadi agar lelaki itu sedar atas kesilapannya.
"Gastrik ? Saya tak tahu pun Sarah ada gastrik"
"Sebab tak tahu tu la awak tak hairan pun dengan janji awak semalam kan?" Sindir Nana. Geram pula dengan lelaki yang ada dihadapannya.
Dup ! Mengena tepat wajah Hilman. Dia mengangguk faham.
"Er.. saya pergi tengok dia dekat rumah lah. Terima kasih" Hilman menudukkan sedikit wajahnya dah terus melangkah pergi meninggalkan Nana yang masih geram memandangnya.
***
Pintu rumah diketuk. Dengan rasa malas aku mengheret kakiku ke arah pintu. Tombol pintu ku pulas. Terjegul wajah yang telah membuat hatiku sedikit terhiris. Senyuman tawar terhias diwajahku.
"Hilman.." Namanya meniti lemah dibibirku.
Mata Hilman menatap wajahku tanpa berkerdip. Biji halkumnya yang bergerak tatkala dia menelan airliur kelihatan begitu mempesonakan.
"Sayang..." Nada suara Hilman berubah meleret.
Aku menguntum senyuman lemah lalu memusingkan badan dan bergerak ke arah sofa kayu. Punggung dilabuhkan disitu. Wajah Hilman langsung tidak ku pandang.
"Sayang.. saya minta maaf sebab semalam saya tak datang. Saya.. er.. saya lupa" Dia duduk disebelahku dan tanganku digenggam erat.
"Tak apa lah Hilman. Saya tahu awak sibuk" Ada terselit nada kecewa.
"Kenapa awak tak pergi makan bila saya tak datang?"
"Kalau saya tahu awak tak...."
"Sorry Sarah.. I'm very sorry. Saya menyebabkan awak sakit." Cantas Hilman segera.
Tanganku ditarik dari genggamannya. "It's okay. Saya faham awak sibuk dengan klinik." Sempat aku menyindir.
Naik rimas aku apabila antenna mata Hilman masih menatap kulit wajahku. Meneroka tanpa memberi peluang padaku untuk bernafas dengan baik.
"Sarah.. Awak tak marah saya kan?" Hilman meletakkan tangannya ke pipiku dan diusap lembut.
"Hilman..." Aku cuba menolak tangannya.
"Pretty..I'm sorry.. I promise that it's wouldn't happen again !"
"Saya tak marah Hilman. Saya tak kisah dan saya langsung tak ambil hati dengan awak. Lagipun saya cuma kawan awak je. Jadi saya tak ambil hati"
"Shhh.. Kawan?" Dahinya berkerut mencantumkan pangkal keningnya.
"Hilman.. saya..."Aku cuba menjarakkan sedikit tubuhku darinya. Tapi tangan Hilman cepat-merangkul pinggangku dari tepi dan pergerakanku terbatas.
"Awak tak sayangkan saya ke,Sarah? Awak anggap saya ni sebagai teman je ? Tak lebih ?" Duganya.
"Hilman..Saya.."
"I love you..." Belum sempat aku menghabiskan ayat, dia terlebih dahulu mengucup bibirku hingga lidahku terkelu.
"Hilman.." Tubuhnya ku tolak dengan kasar. "Saya sayang awak Hilman, tapi apa yang saya dapat dengan menyayangi awak?" Kolam mataku bergenang.
"Saya tahu saya salah, Sarah. Saya terganggu dengan emosi teringat kali terakhir kita jumpa. Tapi saya rindukan awak." Jariku diusap dan bibirnya dibawa ke telingaku.
Helaan nafas Hilman membuatkan perutku senak. Jantungku berdegup kencang merentakkan irama Malaysia. Airliur diteguk.
"Saya janji tak akan biarkan awak macam tu lagi, Sarah. Selepas ni setiap detik waktu saya untuk untuk menabur cinta pada awak. Maafkan saya."Lemah tubuhku mendengar rayuan Hilman yang penuh dengan gula.
"Awak janji tak akan mungkiri saya macam tu lagi?" Anak matanya ku renung.
Dia mengangkat tangan sebelum kanan. "Saya janji demi sebuah cinta untuk Sarah Melisa."
Kata-kata Hilman membuatkan aku berbunga riang. Hatiku indah seperti taman bunga. Riang dihati cukup aku yang mengerti apabila ada satu jiwa yang sudi menghulur janji.
ANDA SEDANG MEMBACA
KEKASIH GELAP ✔
RomanceStart : 19 october 2016 End : 23 octocer 2016 Sarah tak pernah sangka hidupnya akan jatuh cinta terhadap kekasih orang lain, Puas dia mengikis perasaan itu kerana tak sanggup lukakan hati Intan saudara tirinya, Namun kehadiran Hilman sering membuat...
