KEKASIH GELAP
SUDAH tiga hari aku keluar dari hospital. Tapi sampai sekarang Hilman langsung tak datang menemuiku. Pujuk ? Jauh sekali lah. Call masej whatsapp semua tak ada. Sekarang ni siapa yang merajuk?
Satu keluhan dilepaskan. Pandangan dihalakan ke luar jendela. Angin yang bertiup menampar pipiku yang sudah surut dari bengkak. Sejak kebelakangan ini banyak betul dugaan datang dalam hidupku. Adakah Allah sedang memberi peringatan dalam hidupku?
Wajah terus ku raup. Aku tidak mahu berterusan melakukan dosa ini tapi aku selalu kalah bila berhadapan dengan lelaki itu.
"Sarah.. Jom makan." Nana menyentuh bahuku sekaligus menyentak aku dari lamunan.
Aku menoleh ke belakang memandang wajah Nana. Sahabat yang sentiasa ada disisiku tak kira aku jatuh mahupun bangun. Berkenalan dengan Nana adalah anugerah terindah buatku.
"Jom makan.. nanti gastrik pula. Aku dah masak lauk kegemaran kau. Ayam masak kicap blackpepper." Tambah Nana lagi dengan senyuman manis.
Aku mengangguk perlahan. Pandanganku dihalakan di langit yang gelap pekat meminta sedikit pelancaran hidup untuk beberapa hari ini. Aku sudah lelah dengan dugaan ini.
"Jom.." Aku terus mengangkat punggung menuju ke meja makan. Aku melabuhkan punggung disebelah Nana.
"Nah.. penat aku masak khas untuk kau.." Nana menceduk kuah kicap ayam ke dalam pingganku.
Aku memberi senyuman padanya. "Thanks."
Satu suapan disua. Suapan kedua tiba-tiba seleraku jadi mati. Aku sedikit mengelamun. Aku rindukan Hilman! Kenapa lelaki itu langsung tidak memujukku? Adakah benar kewujudan aku disisinya hanya kerana nafsu?
Tak semena airmataku mengalir dari pipi. Sudah lah keadaan aku begini dan Hilman langsung tidak pedulikan aku.
"Sarah.. Kau okay tak? Laaa kenapa nangis ni? Pedas sangat ke?" Nana cuba berjenaka.
Aku menggeleng seraya dengan itu ku kesat airmata yang mengalir lagi. Nasi yang bercampur kuah kicap itu ku sua ke mulut dalam keadaan paksa. Airmataku masih bercucuran jatuh.
"Sarah.. Hei.. Kenapa ni?" Nana terus bangun dan duduk disebelahku. Bahuku disentuh dan tanpa berkata apa aku terus menyembam wajahku ke bahu Nana. Tangisan dilepaskan disitu
"Nana.. dia tak sayang aku lagi Nana. Dia tak perlukan aku. Aku rindu dia Nana. Tapi dia tak sayang aku."
"Hey siapa ni? Hilman ke?"
Perlahan-lahan aku mengangguk. Sedangkan wajahku masih dibahu Nana, mencuri sedikit kekuatan. Aku selesa begitu. Hatiku benar-benar sakit dan hampir setiap malam aku rindukan lelaki itu. Aku rindukan suaranya. Aku rindukan segalanya tentang dia!
Tapi kenapa Hilman menganggapku seperti boneka? Dia yang aku cinta, yang ku serahkan hati ini namun dia juga yang memusnahkan angan indahku.
"Kenapa Na ? Kenapa dia tak datang tengok aku? Dia tak rindukan aku ke Na? Baru hari itu dia janji nak jaga aku. Baru aku merajuk sikit dia tinggalkan aku" Segala rasa yang bersarang didalam hati, dilepaskan saat itu.
"Sarah.. mungkin dia sibuk."
Kepala digelengkan, menafikan kenyataan ringkas Nana "Tak.. sebelum ni sibuk macam mana pun dia tetap luangkan masa untuk aku. Tapi sekarang ? Dia malah tak contact aku langsung. Aku rindu dia Nana"
"Sabar Sarah.. Sabar sikit. Kau tu sakit. Jangan lah macam ni. Aku tak suka tengok kau lemah macam ni"
"Aku sakit hati. Hati aku ni macam kena cucuk. Sakit tahu tak?"
"Aku tahu.. Ye aku tahu. Tapi kau sabar. Kau gaduh ke dengan dia?"Nana menolak kepalaku dari bahunya.
Bahu dijongket tidak bersedia untuk memberi jawapan. Cukup lah Nana tahu yang Hilman sudah berada dihati aku. Hilman adalah punca aku jadi begini dan aku sedang rindukan Hilman.
"Tak apa lah. Kau makan ya. Jaga kesihatan kau dulu. Nanti kesian adik kau. Kau sayang dia kan?"
Aku angguk.
"Kalau macam tu makan dulu. Jangan fikir sangat lah" Belakang badanku diusap.
Mungkin benar mimpiku yang Hilman hanya datang seketika. Dia dah pergi jauh.. jauh dari hidupku dan mungkin tak akan kembali lagi.
***
Hilman memandang wajah Intan. Gadis kesayangannya itu nampak cantik dengan gaun berwarna merah hati. Tergugat nafsunya melihat kecantikan milik Intan Sufia. Jantungnya berdegup dengan kencang.
Gadis tinggi lampai itu berhenti dihadapan pagar rumahnya. Wajah Hilman dipandang dengan senyuman yang cukup menggoda. Rambut didandan kemas menampakkan keseksian Intan.
"B.. Am I looking good?" Intan memusingkan badannya bagi tatapan Hilman. Bagai puteri kayangan.
"Of course you are. So, where are we going?"
"Ada lah. Surprise untuk birthday gentleman kita ni." Hidung Hilman dicuit dengan manja. Menguntum senyumannya apabila disentuh begitu.
"Sayang.. Thanks ya sebab beberapa hari ini B banyak luangkan masa dengan Intan. Intan rasa bahagia sangat." Lengan Hilman dipaut. Kepala Intan diusap oleh Hilman.
"Me too. We are too busy with our stuffs and everything. We should find time for each other." Kata Hilman pula.
"Betul tu ! Jangan nakal okay!"
"Sayang cepat lah ! B dah lapar ni." Rengek Hilman sambil mengusap perutnya.
"Okay-okay. Intan drive sebab Intan nak buat surprise dekat B." Kunci diambil dan sehelai kain yang berwarna hitam diikat pada mata Hilman.
"I'm so excited!"
Intan memandu kereta Hilman membelah jalan raya. Dia tidak sabar hendak meluangkan masa yang lama dengan Hilman malam ni.
Kereta yang dipandu Intan berhenti di satu kawasan yang sedikit berbukit dan menampakkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang tersergam indah dengan cahaya.
Dia keluar sambil memimpin tangan Hilman. Tubuh Hilman didudukkan diatas kerusi.
"Okay. Intan buka untuk B" Kain yang menutupi mata Hilman ditarik keluar.
Alangkah terkejutnya Hilman melihat memandangan yang terhias dilayar matanya. Intan menyediakan candle light dinner bukan ditempat mewah tetapi ditepi jalan raya yang berbukit dan berhadapan dengan pemandangan Kuala Lumpur. Meja itu dihiasi dengan begitu indah dan mewah. Penuh dengan bunga-bungaa dan lilin yang berwarna romantik. Lampu fairy berselirat dipokok-pokok membuatkan suasana bangkit. Paling indah sekali adalah ciptaan dihadapannya. Intan Sufia!
"Terkejut tak ? Terkejut tak?" Lebar senyuman Intan.
"OMG ! Really sayang?"Hilman tidak dapat mengawal riak bahagianya.
"Iya lah baby. Anything for you. Penat tau Intan set up dengan kawan-kawan Intan"
"Ni gila kalau tak sayang" Ucap Hilman.
"Lagi gila kalau curang" Bersahaja ayat Intan seakan memerli namun tidak membawa maksud apa-apa.
Pak ! Hilman terhenyak dengan kata-kata Intan walaupun dia tahu gadis itu hanya bergurau dan tidak tahu perkara sebenar. Ah ! Sarah Melisa.
Cepat-cepat Hilman mengikis perasaan rindunya terhadap Sarah Melisa. Dia tidak boleh terhanyut lagi dengan cinta Sarah Melisa. Intan lebih memerlukannya dan dia lebih mencintai Intan.
Ya ! Hilman pasti ! Ah ! Kalau pasti kenapa bersama Intan pun boleh fikirkan Sarah Melisa sedangkan bila bersama gadis polos itu fikirannya tidak pernah dijentik dengan bayangan Intan Sufia.
"Sayang.. "Suara Intan menyedarkan Hilman. Segera wajah manja Sarah Melisa terbang bersama udara yang dihela. Wajah ceria Intan dipandang.
Dia adalah masa depanku. Bisik Hilman.
YOU ARE READING
KEKASIH GELAP ✔
RomanceStart : 19 october 2016 End : 23 octocer 2016 Sarah tak pernah sangka hidupnya akan jatuh cinta terhadap kekasih orang lain, Puas dia mengikis perasaan itu kerana tak sanggup lukakan hati Intan saudara tirinya, Namun kehadiran Hilman sering membuat...