KEKASIH GELAP
"AKAK tak nak eh ! Kalau akak tahu adik menggatal dengan perempuan tu, akak cubit macam ni" Kataku dengan tawa sambil jariku mula mencubit lengan Syafiq.
Dia mengerang sakit. Aku ketawa, Syafiq juga ketawa. Kunci dari beg tangan dikeluarkan. Bahagia malamku apabila Syafiq membelanjaku sehelai baju baru. Lama rasanya tak membeli.
"Akak menggatal tak apa?"
Dup ! Jantungku terasa bagai nak tercabut mendengar ayat Syafiq. Segera aku menoleh memandang wajahnya yang masih menyengih. Adakah hubunganku dengan Hilman telah diketahui Syafiq?
"Adik cakap apa ni?"
"Cakap apa? Tu.. Akak suka menggatal dengan mamat tu kan. Ingat adik tak tahu ke". Katanya lagi sambil menyandarkan tubuhnya ke dinding sementara tanganku lambat-lambat membuka pintu.
Sekali lagi jantungku bagai direntap. Macam mana Syafiq tahu? Wajahnya ku pandang.
"Siapa? Mana ada" Nafiku dengan beria.
"Eleh ! Tu adik selalu nampak kalau akak nak pergi kerja mesti akak akan singgah gerai nasi lemak Mak Cik Leha. Saja nak mengorat anak teruna dia la tu. Tahu la anak dia belajar tinggi. Tak beragak eh akak!" Dia memeluk tubuh. Masih ligat mengusik.
Fuhh ! Nafas digela lega. Terasa kurang getaran didadaku. Risau kalau Syafiq mengenali Hilman.
"Sarah Melisa !" Jerit satu suara sehingga membuatkan aku dan Syafiq menoleh.
Hilman? Nama itu meniti di hatiku.
Aku pandang wajah Syafiq yang kebingungan. Dia memandang wajahku dan Hilman bersilih ganti ketika lelaki yang sudah berada tempat dihatiku mara kearah kami.
Dush ! Satu tumbukan mengena pipi Syafiq secara tiba-tiba.
"Hilman !" Jeritanku berkumandang kuat.
"Kenapa ? Kau terkejut aku dah dapat tangkap hubungan sulit kau dengan jantan lain? Kau memang tak guna Sarah! Kau memang murahan! Jantan ni pun kau boleh bawak balik! Oh taste kau jantan muda lah" Wajahnya merah kerana terlalu marah.
"Awak cakap apa merapu ni? Awak jangan buat kecoh dekat sini. Dah malam tahu tak jangan nak mengganggu orang lain"Lengan bajunya ku tarik.
"Ohh kenapa ? Kau takut orang tahu kerja kau malam-malam buta?" Dia masih menuduhku.
Perlu Hilman hendak membongkarkan rahsia gelap kami berdua jika Syafiq tiada dirumah pada waktu malam? Perlu kah aib kami berdua sampai ke pendengaran Syafiq? Melampau Hilman.
"Baik awak balik Hilman. Saya tak faham awak cakap apa" Aku malas hendak mengetahui apa yang cuba dimaksudkan oleh Hilman.
Aku cuba mendekati syafiq namun belum sempat kulitnya ku sentuh, Hilman terlebih dahulu mendahuluiku dan menarik kolar baju Syafiq. Sekali lagi wajah Syafiq ditumbuk dengan sepenuh hati sehingga tubuh adikku terdorong sedikit ke belakang.
"Argh !" Syafiq mengerang kesakitan. Tangan kanannya memegang bibirnya yang sudah mengalirkan darah.
"Hilman ! Berambus kau dari sini! Aku benci tengok muka kau! Berambus aku kata! Kau jangan berani nak lukakan dia! Pergi!" Aku mula menjadi gila. Tubuh Hilman ku tolak dengan sekuat hati.
Airmataku mengalir lebat. Sakit hati kerana lelaki yang aku cintai telah menyakiti tubuh adikku, nyawaku dan kehidupanku. Aku tak akan sesekali biarkan Syafiq disakiti oleh siapa-siapa pun.
Dengan tenaga wanita, aku membesarkan dia bagai ditatang minyak yang penuh. Dan sekarang lelaki ini dengan beraninya memukul jasad yang ku jaga dengan rapi.
ANDA SEDANG MEMBACA
KEKASIH GELAP ✔
RomanceStart : 19 october 2016 End : 23 octocer 2016 Sarah tak pernah sangka hidupnya akan jatuh cinta terhadap kekasih orang lain, Puas dia mengikis perasaan itu kerana tak sanggup lukakan hati Intan saudara tirinya, Namun kehadiran Hilman sering membuat...
