Part 23

3.1K 52 0
                                        

KEKASIH GELAP

SEPERTI yang diperkatakan. Sabtu itu Hilman tidak datang ke rumah. Selepas beredar malam tu, dia langsung tak call atau sms aku. Kalau aku call? Langsung tak jawab.

Akhirnya, aku membuat keputusan untuk menghantar masej memberitahunya bahawa aku keluar dengan adikku, Syafiq. Lagipun, aku bosan tinggal sendirian dirumah.

"Akak, nak tengok cerita apa?" Syafiq memandangku.

"Adik nak tengok cerita apa? Hantu nak tak?" Aku memandang wajahnya.

"Boleh jer. Lights out?" Keningnya diangkat.

"Boleh je"

Syafiq yang membeli tiket sementara aku duduk di tempat duduk yang disediakan. Sesekali aku memandang telefon bimbit kalau-kalau Hilman ada masejku. Tapi bagai menanti bulan jatuh ke riba.

"Kak, sejam setengah lagi. Kita makan dulu nak tak?" Suara Syafiq mengusir segala bayangan Hilman. Aku memandang wajahnya.

"Laaa kenapa monyok je muka? Akak ada masalah ke?" Soalnya lembut. Dia menjatuhkan punggungnya disisiku.

"Adik rasa akak ni lurus sangat ke?" Soalku.

"Lurus? Emm. Kalau adik kata akak lurus macam mana?" Keningnya diangkat.

"Teruk sangat ke?"

Syafiq memegang tanganku lalu digenggam. Wajahku dipandang penuh kasih.

"Tak teruk pun. Akak ni baik sangat, polos sangat. Orang mudah ambil kesempatan tau! Tapi dengan adik tak apa lah. Boleh adik buli akak" Selorohnya.

"Eii ! Adik ni!" Terus lengannya ku cuit.

Trit..trit.. tiba-tiba telefon bimbit Syafiq berbunyi. Dia terus mengangkat panggilan tersebut dan wajahnya berubah sedikit serius.

"Ye encik.. Ya saya faham" Katanya.

Aku hanya memerati.

"Rumah saya pun boleh. Nanti saya text alamat" Kata Syafiq dengan suara sedikit kendur.

Beberapa saat kemudian Syafiq bercakap dengan si pemanggil dan dia meminta izin untuk berundur diri. Wajahku dipandang dengan riak sedikit keruh.

"Kenapa?" Keningku diangkat.

"Polis call"

"Polis? Kenapa? Apa jadi?" Soalku cemas.

"Ayah dah meninggal. Mereka jumpa dekat hutan kelapa sawit. Dia dibunuh dan dibakar" Beritahu Syafiq.

Aku tergamam. Mulutku melongo terkejut. Pelbagai perasaan bercampur baur dalam hatiku. Sedih? Gembira? Dan segalanya menjadi satu. Aku keliru.

"Kak okay tak?" Syafiq memegang bahuku.

Aku mengangguk. "Akak..er..akak terkejut"

"Tu la.. adik pun sama. Polis bawa mayat dia ke rumah kita sebab tak ada waris yang menuntut dan kita antara satu waris yang dapat dicari"

"Bila mayat nak sampai?"

"Tadi tuan tu kata dalam jam 5 petang macam tu. Kita pergi balik dulu lah kemas apa yang patut" Kata Syafiq.

Aku bangun mengikuti langkah Syafiq menuju ke parking kereta untuk berjumpa dengan Apis. Aku harus meminta lelaki itu membawaku ke rumah.

"Akak okay tak ni? Muka pucat je" Tegur Syafiq apabila dia melihat langkahku tidak seimbang.

"Akak pening sikit. Terkejut kot dengan berita tu" Jawabku.

Entah lah. Semuanya terlalu pantas. Jauh disudut hati aku sangat sedih. Walaubagaimanapun dia tetap ayah kandungku yang pernah bekerja keras untuk besarkan aku dan Syafiq. Tapi perbuatannya tempoh hari membuatkan aku hilang rasa hormat padanya.

Syafiq memapahku sehingga ke kereta. Kami berdua masuk ke dalam kereta dan meminta Apis untuk menghantar ke rumah lamaku.

"Abang Apis tolong bagitahu Hilman ya yang saya dekat rumah lama. Minta dia datang sebab ayah saya meninggal. Tapi kalau dia sibuk tak apa." Pintaku.

"Baik cik"

"Kenapa akak tak cakap sendiri?" Syafiq memandangku.

"Kredit habis." Tipuku.

***

Alhamdulillah, majlis pengebumian Arwah telah selamat dijalankan. Walaupun aku marah dengan tindakannya tetapi dia tetap ayah kandungku dan kami bertanggungjawab keatasnya.

Hilman langsung tidak muncul. Aku berasa sangat kecewa dengan sikapnya. Sekali pun dia marahkan aku tentang Dani tapi tak kan lah sampai ayahku meninggal pun dia taknak ambil tahu.

"Assalamualaikum.." Sapa satu suara lembut dari luar rumah.

Aku menjengah tetapi tidak nampak empunya suara. Langkah diatur menuju ke pintu. Jantungku berdegup kencang saat melihat satu wajah yang aku kenali dan satu lagi wajah seakan aku kenali.

"Intan? Awak buat apa dekat sini?" Soalku pelik. Aku memandangnya dengan dahi berkerut. Entah kenapa kewujudan wanita tua disebelahnya membuatkan aku tidak senang hati.

"Eh,Sarah? Awak tinggal sini ke? Awak buat apa kat sini?" Intan pun seakan terkejut dengan keberadaanku.

"Ni rumah saya. Yang meninggal ni ayah saya. Awak?"

"Oh really? So awak ni.... Er.. Saya teman mama saya" Jawab Intan.

Aku memandang wajah wanita disebelahnya. Mama? Tapi aku kenal wajah ini. Tidak silap aku ini lah wajah yang meninggalkan aku 15 tahun yang lalu.

"Sarah...." Datin Rosnah memegang bahuku. Aku menepis.

"Awak siapa? Saya kenal ke?" Soalku dingin.

"Sarah.. kalau ayah awak yang meninggal, maknanya ni mak awak. Mama Rosnah ni mak awak?" Soal Intan seakan tidak percaya.

"Tak ! Mama saya dah lama mati. 15 tahun yang lalu.." Kataku sebak.

"Sarah.. ni mak sayang. Mak minta maaf sebab tinggalkan Sarah. Mak buntu sangat masa tu" Datin Rosnah cuba untuk memelukku tapi aku menepis kuat.

"Syafiq !!!" Aku menjerit memanggil adikku.

"Kenapa kak?" Soal Syafiq kalut apabila melihat aku sudah menangis mengalirkan airmata.

"Halau perempuan tua ni keluar!" Arahku sambil memeluk tubuh.

"Sarah.. ni mak awak. Mak awak selalu rindukan awak tapi dia takut nak jumpa awak." Intan cuba memujukku.

Aku langsung tidak memandang wajah mereka berdua. Aku benci kehadiran mereka dan aku tidak mahu tahu apa-apa. Aku hanya mahu mereka pergi dari sini.

"Syafiq... adik... anak mak." Wajah Datin Rosnah bersinar saat melihat wajah Syafiq. Dia datang mendekati Syafiq lalu pipinya dielus lembut. Syafiq tergamam. Dia tidak faham situasi yang berlaku.

"Lepaskan dia ! Kau tak layak jadi mak dia! Kau pergi dari sini!!!" Aku menarik kasar tangannya yang menyentuh pipi Syafiq.

"Kakak...kenapa ni? Siapa ni?" Soal Syafiq

"Kalau adik nak tahu ni la perempuan yang buang kita. Ni la perempuan yang tak nak hidup susah. Wahh sekarang kau dah hidup senang ah. Mesti bahagia hidup kau kan? So kau boleh sila berhambus !!!!" Halauku kasar. Airmataku mengalir.

Lepas satu... satu benda yang datang.

"Sarah.. jangan halau mak macam tu. Mak tahu mak salah. Mak minta maaf." Rayu Datin Rosnah sambil memegang tanganku. Aku menepis kasar.

"Aku jijik lah ! Kalau kau datang sini nak jumpa arwah ayah. Tuuu pergi dekat kubur tu. Kalau kau datang sini nak jumpa kami... anak-anak kau dah mati. Atau lebih tepat kau yang dah mati!" Balasku.

"Sarah...." Datin Rosnah masih merayu.

"Keluar !!! Keluar !!! Intan bawa dia keluar!!!" Jeritku bagaikan orang gila. Tubuh mak ditolak dengan kasar dan pintu ditutup dengan kuat. Tubuh Syafiq ku dakap dan aku melepaskan tangisan dibahunya.

"Akak benci dia...." Luahku pedih.

"Iya adik tahu.. sabar kak." Bahuku diusap lembut.


KEKASIH GELAP ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang