Part 7

8.2K 206 9
                                    

KEKASIH GELAP

"CIK, boleh saya nak jumpa dengan Cik Raihana?" Soal satu pemuda yang sedikit gelap. Dia melemparkan senyuman buatku.

"Encik siapa ya?" Soalku semula.

"Razi dari Maybank. Puan Farah bahagian pinjaman Maybank minta saya jumpa Cik Raihanah " Jawab Razi.

"So encik ada temujanji lah dengan dia?"

"Ya saya"

"Okay boleh tak kalau encik duduk situ dulu sebab sekarang Cik Raihanah ada dengan klien. Bagi lebih kurang 15 minit. Boleh tak encik?"

Razi mengangguk perlahan seraya dengan itu dia melemparkan senyuman buatku.

Dia menuju ke sofa yang disediakan syarikat. Sementara itu, aku terus menyambung kerjaku menaip surat pada papan komputer. Dalam aku menyiapkan kerjaku, tiba-tiba ada satu pesanan ringkas masuk.

Akak, kita lunch sama-sama ya. Adik ambil akak nanti

Aku menguntum senyuman. Syafiq nak lunch dengan aku ? Hmm gaji baru masuk la tu. Gumamku.

Aku balas

Okay honeydew

Lantas satu lagi pesanan ringkas ditaip dan dihantarkan kepada Hilman.

Hilman, hari ini tak payah ambil saya. Saya lunch dengan orang lain. Take care!

Selepas itu aku terus meletakkan telefon bimbitku di dalam beg tangan. Sesekali aku memandang Razi yang begitu khusyuk membaca surat khabar yang disediakan disitu.

"Cik, toilet kat mana ?" Tegur Razi tiba-tiba

Terkejut aku. Dada diurut.

"Sana.." Lurus jari telunjukku menunjuk ke arah lorong menuju ke tandas.

"Thanks" Dia melemparkan senyuman.

***

Punggung dilabuhkan dikerusi. Restoran NY steak Shark dipandang. Entah berapa harga steak disini. Gumamku.

"Adik, tak mahal ke?" Aku mencuit lengan Syafiq.

"Ish! Tak apa. Sekali sekala je. Adik nak belanja kakak sempena gaji pertama adik ni"

Aku mengangguk perlahan.

"Sedap ke?" Soalku lagi.

"Kakak.. mana lah adik tahu. Adik pon first time makan sini. Tak apa lah sekali sekala adik nak belanja akak. Bukannya setiap bulan" Balasnya lagi.

Syafiq terus memandang buku menu yang diberikan kepada kami. Aku sampai tidak tahu hendak memilih yang mana sehingga kesudahnya aku hanya mengikut pilihan Syafiq.

"Adik.."

"Hmm.."

"Adik tahu tak hari tu ada orang cari ayah?" Soalku masih setia memandang wajah syafiq..

"Ayah? Akak jumpa ayah ke?" Wajahku dipandang.

Aku geleng. "Tak.. tapi hari tu.. dah lama dah.. Ada orang cari ayah"

"Siapa?"

Aku geleng lagi. "Tak tahu, tapi macam gangster kot. Pasal dadah" Bagitahuku perlahan.

"Dadah?" Suaranya sedikit tinggi namun intonasi berbisik.

"Eish ! Ayah kan dah lama tak balik. 15 tahun kak! 15 tahun ! Entah hidup ke tidak ayah tu lagi" Balas Syafiq sedikit berbisik.

KEKASIH GELAP ✔Where stories live. Discover now