KEKASIH GELAP
PINTU bilik Syafiq dikuak. Dia sedang berbual dengan pesakit disebelahnya. Aku melemparkan senyuman buat adikku. Pagi tadi aku sudah menziarahi Syafiq sendiri. Petang ni selepas Hilman habis kerja dia pula menemaniku menziarahi Syafiq.
"Dah makan?" Soalku.
"Makanan hospital dah sampai tapi adik nak masakan akak. Masak apa?" Dia menghentikan perbualannya dengan pesakit disebelah katilnya.
"Cer teka."
"Asam pedas." Jawab Syafiq.
Aku menepuk tangan. Satu persatu bekas dikeluarkan. Sudu diambil dan diletakkan diatas penutup bekas.
"Akak masak ke?" Dia tersenyum sinis.
"Hallo! Mestilah akak masak. Kan awak?" Aku menoleh kearah Hilman yang sedang duduk memerhatikan kami.
"Beli je tadi dekat kedai Mak Milah." Hilman turut sama mengenakanku.
"Awak ni!" Aku menjeling kearahnya. Geram pula.
"Merajuk kakak ni nanti. Sekarang dah pandai merajuk.." Ejek Syafiq.
"Sibuk lah ! Iya lah lepas ni kakak tak merajuk dah." Kataku pula.
"Merajuk apa salahnya. Kakak merajuk comel. Kan Syafiq?" Hilman mencuit pinggangku.
Aku mencekak pinggang memandang kearah Hilman yang sedang mengekek ketawa bersama Syafiq. Suka betul dapat kenakan aku!
"Sejak bila saya jadi kakak awak?" Soalku dengan wajah sengaja digarangkan.
"Sejak muka awak garang macam tu" Hilman ketawa lagi. Ei ! Geram betul.
"Abang Hilman bila nak kahwin dengan kakak?" Soalan Syafiq sangat random. Aku terbatuk.
"Eish ! Kitorang baru kenal tak kan dah nak kahwin kot" Terus aku menjawab. Aku tahu Hilman tiada jawapan. Iyalah kekasih nyata dia adalah Intan jadi satu-satu manusia yang dia boleh nikah adalah Intan. Bukan aku! Memikirkan kenyataan itu, hatiku sedikit terluka.
"Why not? Akak bukan muda lagi tau. Umur akak dah 25 tahun. Sekurangnya nanti bila akak sakit ada orang jagakan akak tengok-tengok kan akak." Kata Syafiq.
"Tak apa lah kalau akak tak kahwin, adik kan ada." Kataku dengan perlahan. Sebab aku tahu perkahwinan antara aku dan Hilman tak akan pernah terjadi.
Ianya umpama menanti bulan jatuh ke riba.
"Adik pun akan kahwin juga nanti." Balasnya perlahan.
"Iya lah nanti akak carilah bakal suami. Sabar ya, belum jumpa lagi." Kataku dengan nada sedikit kecewa.
"Abang Hilman bukan ke?" Syafiq memandang wajah Hilman.
Dia nampak bersahaja. Wajah Syafiq dipandang dan dihadiahkan senyuman. "Insyallah, ada jodoh ada lah tu." Itu sahaja yang dia jawab.
Hatiku sedikit kecewa. Lain yang aku harap, lain yang aku dengar. Keluhan berat dilepaskan. Memang Hilman betul-betul anggap aku kekasih gelapnya dan dia tiada perancangan hendak bernikah denganku.
Berhenti berangan, Sarah Melisa !
"Makan lah dik. Cerita pasal kahwin akak pula. Nanti dah tua akak boleh jaga diri sendiri" Aku cuba menyembunyikan perasaan sedihku.
"Abang Hilman jangan lama-lama. Abang Nash tu memang dah lama berkenan dengan kakak. Tunggu masa je nak meminang tu" Syafiq mengusikku dengan nama Nash. Anak jiran flatku yang selalu sangat cuba mendapatkan aku. Tapi aku tak layan..
Wajah Hilman ku kerling dengan ekor mata. Riak wajahnya berubah saat mendengar ayat Syafiq. Airliur diteguk. Wajah Syafiq dipandang dan aku menjegilkan mata kearahnya tanda Hilman tidak suka aku dikaitkan dengan mana-mana lelaki.
"Abang Nash tu siapa?" Dingin soalan Hilman. Serius.
Aku merenung tajam wajah Syafiq meminta dia menutup mulut. "Er.. tak ada siapa-siapa" Jawab Syafiq takut-takut.
"Mari makan..." Peha Syafiq dikutil dan aku menyuakan makanan itu ke dalam mulutnya dengan kasar.
***
Hilman membuka pintu rumahnya. Aku hanya memerhati sahaja dari belakang. Sejak balik dari hospital Hilman hanya diam langsung tidak berbual denganku. Semasa dalam kereta beria aku berbual itu dan ini demi memancing moodnya semula tapi Hilman tetap dingin. Sepatah-sepatah sahaja dia menjawab.
Setelah kami berdua masuk ke dalam rumah dia terus menuju ke bilik. Tangannya ku capai dan aku memandang anak matanya. Hilman melarikan pandangan.
"Awak marah dekat saya ke?" Soalku sambil mengusap tangannya.
"Saya penat lah. Saya nak tidur. Esok nak kerja" Balasnya dingin.
Alasan ! Selama ni kerja juga tapi boleh je layan aku. Tiba-tiba pula malam ni nak tidur awal.
"Sayang.. awak marah saya ke?"
Dia menggeleng. Dari belakang, tubuh Hilman ku dakap. Dadanya ku usap dengan lembut.
"Saya nak tidur lah. Penat !" Tubuhku ditolak sedikit.
"Habis siapa nak layan saya malam ni?" Aku mendepakan tanganku.
"Cari lah Abang Nash awak tu"
Aku tersenyum. Tahu lah aku Hilman cemburukan Nash yang disebut Syafiq tadi. Aku mendekatkan semula tubuhku ke badan Hilman. Badannya ku dakap. Harumannya yang semerbak ditubuhnya membangkitkan keinginanku.
"Buat apa cari Nash kalau Hilman mampu layan saya." Bisikku perlahan seakan menggoda.
"Lepaslah!"
"Nash tu je yang nak dekat saya. Tapi sumpah saya tak nak langsung dekat dia. Saya cuma nak dekat awak je." Bisikku romatis. Tanganku menjalar pada lehernya.
"Sarah !"
"Tengok.. Merajuk lah tu!"
"Kenapa tak pernah bagitahu saya pasal Nash?"
"Sebab dia tak penting pun dalam hidup saya. Jadi buat apa saya nak cerita?"
Tubuhku ditarik menghadapnya. Dalam satu minit mata kami bertentangan sebelum Hilman mengangkat jisim badanku dan diletakkan diatas katil. Dia merebahkan dirinya disebelahku.
"Sayang..Saya betul-betul penat. Let me sleep."Matanya kuyu dan merah.
"Hmm, sejuk" Tiba-tiba dapat mood mengadaku ingin dipeluk dengan erat.
"Don't worry, I will keep you warm, sayang" Lantas permintaan hatiku ditunaikan.
ANDA SEDANG MEMBACA
KEKASIH GELAP ✔
Storie d'AmoreStart : 19 october 2016 End : 23 octocer 2016 Sarah tak pernah sangka hidupnya akan jatuh cinta terhadap kekasih orang lain, Puas dia mengikis perasaan itu kerana tak sanggup lukakan hati Intan saudara tirinya, Namun kehadiran Hilman sering membuat...
