Part 3

10.4K 248 11
                                        

KEKASIH GELAP

AKU menghantar langkah Syafiq hanya di muka pintu. Selepas kelibat Syafiq menghilang, pintu ditutup perlahan dan aku bergerak ke dapur untuk mengemas pinggan mangkuk yang ditinggalkan tadi.

Tuk..tuk..

Tiba-tiba kedengaran pintuku diketuk dari luar. Serta merta jantungku kembali berdegup. Hilman ? Nama itu terhembus dari nafasku. Aku menelan airliur.

Dengan malas, aku melangkah merapati pintu. Tombol pintu dipegang. Aku jeda seketika memikir perlukah aku membuka atau membiarkan sahaja.

Buk ! Ketukan yang kuat terus mematikan lamunan aku. Dengan berhati-hati aku membuka pintu tersebut dah terpampang dihadapanku wajah dua orang lelaki yang tidak aku kenali. Bukan Hilman.

"Ye encik.. cari siapa ?" Soalku takut-takut. Wajah mereka berdua dipandang bersilih ganti.

"Ni rumah Azmi ke ?" Soalnya serius.

Azmi. Sudah 15 tahun tiada orang datang mencari ayahku disini. Setelah ayah pergi selepas ditangkap polis, aku tidak pernah lagi berjumpa dengan ayah. Malah, aku sendiri tidak tahu samada dia sudah dilepaskan atau belum. Tak kuasa aku hendak ambil tahu.

"Er.. dia dah tak tinggal sini, encik"

"Lu jangan nak tipu lah. Aku selalu nampak Azmi datang sini" Balasnya dengan suara nada suara tinggi. Wajahnya berubah berang.

Datang sini ? Dahiku berkerut pelik. Ayah tak pernah datang sini walaupun sekali. Malah beritanya juga aku tak pernah tahu. Mana mungkin...

"Encik salah orang kot" Aku tergelak kecil menutupi kerisauan dihati.

Salah seorang dari mereka mengeluarkan sesuatu dari poket. Aku sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Risau juga kalau tiba-tiba dia mengeluarkan pisau ke pistol ke. Ish ! Minta simpang..

"Ini Azmi kan?" Dia meletakkan sekeping gambar seorang lelaki betul-betul didepan wajahku.

Nafasku digela lega "Er.." Kepalaku diangguk perlahan.

"Mana dia ?" Soalnya sekali lagi.

"Tapi betul encik, dia memang tak pernah datang sini. Dah 15 tahun dia tak kesini lepas dia kena tangkap polis dulu" Terangku.

Kata-kataku mengundang tawa yang besar daripada mereka berdua. Saling berpandangan dan wajahku ditatap semula.

"Lu tak tahu ke bapak lu dah keluar penjara 5 tahun yang lalu ? Lu anak dia pun tak tahu ke?"

Ayah dah keluar penjara ? Aku tak tahu ? Ah ! Memang aku tak nak dan tak ingin tahu. Biarlah sekalipun dia mati aku tak pernah ingin peduli.

"Er.. tapi dia memang tak tinggal sini"

"Okay tak apa lah. Aku kasi peluang pada kau dan dia. Lu kasi tahu dia, aku bagi tempoh 2 bulan untuk bayar balik RM50 ribu aku atau....." Tangan kanannya diletak pada leherku dan dia mengaca-aca seakan mahu memenggal leherku.

Aku tersentak sedikit ke belakang. Takut dan kecut perut.

Kemudian dua orang lelaki tadi angkat kaki dan melangkah meninggalkan aku yang masih terkejut dengan kedatangan mereka. Daun pintu ku tutup perlahan. Aku melangkah ke sofa kayu burukku. Tubuhnya dihempas disitu.

"Ayah ada datang sini ke ?" Aku bertanya sendiri.

***

Elok sahaja aku habis mengemas rumah, pintu rumah diketup sekali lagi. Tetapi kali ini tidak kasar dan berirama. Dengan kaki yang berjengket, aku merapati pintu dan tombol dipulas berhati-hati.

KEKASIH GELAP ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang