Pre-Order Novel Kekasih Gelap

2.8K 25 13
                                        

Bismillah,  Assalamualaikum..

🌹OFFICIAL COVER KEKASIH GELAP🌹

HARGA RM40 (include postage flexi)  
Insyallah berbaloi ketebalan buku berbaloi dengan harga.  Saya print untuk yang mahu sahaja. 

🍁BLURB🍁

Aku Sarah Melisa,
Selama aku hidup, tidak terfikir yang aku akan jatuh cinta terhadap kekasih orang lain. Sudah puas aku mengikis perasaan itu kerana tak sanggup lukakan hati Intan. Namun kehadiran Hilman sering membuatkan aku jadi gila bayang. Sentuhannya, bicaranya, dan kemewahan yang ditaburkan membuatkan aku tidak mahu berganjak walau seinci pun daripadanya.

Sedangkan Hilman langsung tidak menyangka yang dia boleh jatuh ke dalam lembah kecurangan. Mengenali gadis naif sepert aku, membuatkan hatinya terhibur. Apatah lagi dengan kesibukan buah hatinya, Intan dengan kerjaya membuatkan Hilman rasa sangat sunyi dan cuba mencari hiburan lain dengan melayani segala manja, rajuk dan permintaanku.

Hidup tanpa berlandaskan agama,  sejak kecil ditinggalkan kedua-dua orang tua membuatkan aku mudah terjunam ke dalam lembah maksiat. Mengenali Hilman membuatkan aku jadi separuh gila ingin memilikinya. Sanggup tidak mengendahkan perasaan wanita lain hanya kerana merasakan aku lebih layak mendampinginya.

"Awak sayang saya dengan ikhlas atau semata-mata kerana nafsu?" soalku dengan deraian airmata.

"Kita baru kenal, tak kan awak nak kahwin dengan saya?" - Hilman

Firman pulang..
"Kau rampas Intan daripada aku, dan sekarang kau tinggalkan dia demi perempuan lain?" - Firman

Dan aku rela terus disakiti sehingga sanggup merampas Hilman daripada Intan sehingga satu kejadian yang telah mengubah perasaanku terhadap Hilman buat selamanya.

Link untuk pembelian ada bio atau message board,  hew. Boleh order di Shopee juga. 

 

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
KEKASIH GELAP ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang