Part 4

10K 237 11
                                        

KEKASIG GELAP

HARI ini aku akan memulakan kerja setelah seminggu diberi cuti oleh doktor. Pen yang ada didalam bekas cawan ku ambil dan menakan belakang pen tersebut. Sesuatu ayat ku catit di atas kertas nota yang berwarna kuning itu.

Dalam pada aku sedang leka menulis sesuatu pada kertas, telefon bimbitku menjerit minta diangkat. Pada awalnya aku hanya biarkan sahaja. Akan tetapi, telefon itu makin kuat menjerit sehingga telingaku terasa bingit. Lantas aku terus mengambilnya.

"Hallo.."

"Melisa.. How's your day ?"

"Baik"

"Awak kerja ya?"

"Ya, lepas dapat cuti seminggu dari doktor" Aku tersenyum.

"Lunch sama boleh tak ?" Gemersik suaranya membuatkan aku terbuai. Aduhai, beginikan penangan jatuh cinta?

"Er.. Saya biasa makan kat kedai makan bawah ni je, Hilman" Jawabku jujur.

Aku bukan apa, aku ni pergi kerja pon naik bas. Nak pergi mana-mana pon guna bas ataupun Syafiq hantar guna motornya. Memang jarang keluar makan tempat jauh kecuali rakan sekerjaku yang menawarkan.

"Tu dulu.. Sekarang awak ada saya. So.. saya ambil awak jam 1 ni ya?"

Aku diam. Aku ada dia? Gosh !

"Sayang...." Mendengarkan aku diam, Hilman cuba meraih perhatianku dengan memanggilku sebegitu. Namun tidak kah dia sedar bahawa panggilan itu memecahkan jantungku kepada serpihan.

Gurlp! Aku menelan airliur.

"Okay Hilman.." Aku terus mengalah. Tidak mahu bicaranya bakal menggegarkan jantungku. Cukup lah panggilan sayang itu sudah membuatkan jantungku hampir berhenti.

"Good girl. Okay lah sayang.. saya letak dulu ya. Bye.. See you then.." Hilman mematikan panggilannya.

Telefon bimbitku masih melekap di telinga. Apakah aku tidak silap dengar? Hilman memanggil aku sayang ? Dua kali pula tu. Tapi aku yakin memang dia memanggil aku sayang.. Ish !

Namun secara jujurnya, walaupu baru mengenali lelaki itu, aku terasa bahagia denganya. Cuma aku takut jika kehadirannya hanya untuk mempermainkan perasaanku.

"Oi ! Mengelamun je dia. Tersengih-sengih. Tu... Tangan melekap je kat telinga. Angau..." Sergah Nana yang baru keluar dari biliknya. Seorang akauntant yang tidak pernah sesekali meninggalkan aku sendirian.

"Ish sibuk je" Aku mencebik.

"Aku dah agak dah kau ni tengah angau kan. Siapa huh?" Nana cuba cungkil rahsia.

"Ada lah!" Aku tidak menjawab soalan Nana sebaliknya pura-pura sibuk dengan menyusun kertas-kertas yang tersedia kemas.

"Berlagak!" Gumam Nana kemudian berlalu pergi ke tempat yang ingin ditujunya.

***

Selapas makan tengahari, tubuhku tersandar kekenyangan di tempat duduk penumpang sebelah Hilman. Makanan yang ditempat Hilman benar-benar membuatkan aku kenal erti kemewahan.

"Kenyang?" Dia memandangku dengan ekor matanya.

Aku hanya mengangguk perlahan. Perut dan penuh, badan pun mula terasa malas untuk melakukan kerja. Kalau boleh nak terus ke katil dan membesarkan badan sebesar-besarnya.

"So, Mana kita pergi?" Soalnya.

"Office lah, saya masih kerja" Dahiku berkerut.

"Tak payah kerja lah hari ini. Saya rindu lah nak tengok muka awak, Sarah" Dia memandangku sekilas sebelum kembali menumpukan perhatian pada pemanduannya.

KEKASIH GELAP ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang