KEKASIH GELAP
AKU bergegas ke hospital apabila jam 6 pagi lagi aku sudah menerima panggilan dari hospital. T-shirt dan jeans hitam terus disarung ke tubuh dan aku berlalu keluar dari rumah Hilman. Lagipun sudah dua hari Hilman tidak pulang kerana dia mendiami rumah orang taunya. Hari sabtu baru dia akan datang kesini.
Jantungku berdegup laju. Keadaan Syafiq yang sebenar masih belum diketahui. Yang aku tahu nurse yang menelefonku mengatakan Syafiq berada di hospital. Dalam hati aku berdoa agar Syafiq tiada apa-apa.
"Nurse. Muhammad Syafiq. Baru masuk pagi tadi" Jururawat yang memakai uniform putih dipandang.
"Bilik 3 katil 10 ya cik"
Kepala diangguk sebelum mempercepatkan langkahku mendekati bilik 3 seperti yang dikatakan jururawat tadi. Pintu ditolak. Wajah syafiq terbaring lesu di pandang.
"Adik..." Aku terus menerjah kearahnya. Tubuh Syafiq dipeluk dan aku melepaskan tangisan disisinya.
Dengan perlahan aku mengangkat wajah. Pipiku sudah basah dengan airmata. Tak tegar aku melihat keadaan Syafiq begini.
Tangan Syafiq sebelah kiri patah dan pipinya bengkak. Kepala Syafiq juga berbalut. Dia nampak lesu di atas katil itu. Namun wajahku masih dipandang dan dalam payah dia cuba mengukir senyuman.
"Adik kenapa ni ? Siapa buat? Adik kena pukul ke?" Soalku bertalu-talu.
"Sikit je kakak"
"Kita report polis ya? Kenapa macam ni? Akak rasa orang yang sama serang akak hari tu" ujarku.
Stafiq mengangguk. "Yang penting keselamatan akak. Dah berapa hari akak tak balik, adik risau. Tapi mujur juga akak tak balik, sebab orang tu memang nak akak" Bagitahu Syafiq.
Berderau darahku mendengar ayat Syafiq. Tapi kenapa aku yang diburu? Aku tidak bersalah pun. Wajah adik dipandang.
"Akak tidur rumah kawan" Tipuku. Gila aku nak bagitahu Syafiq yang beberapa hari ini aku berada di rumah Hilman. "Kenapa dia cari akak?"
Syafiq menggeleng. "Adik ada benda nak beritahu akak" Wajahku direnung.
Saat itu, perasaanku tidak selesa. Syafiq kelihatan sangat serius dengan apa yang hendak dikatakan. Tanganku digenggam.
"Sebenarnya selama akak pergi kerja, ayah selalu datang rumah dan adik yang benarkan" Beritahu Syafiq takut-takut.
Bagai nak luruh jantungku mendengar kata-kata Syafiq. Bulat mataku memandangnya dan mulutku sedikit melongo. Jadi selama ni ayah memang ada pulang ke rumah? Aku tidak sangka rupanya selama ini Syafiq yang melindunginya.
"Adik serius ke ni?" Kepastian cuba diraih.
Dia mengangguk perlahan. Ya Allah ! Kenapa lah Syafiq merahsiakan hal ini daripadaku. Dia tidak sedar ke ini soal keselamatan aku dan dia. Patut lah aku pelik orang tu kata ayah ada pulang ke rumah sedangkan aku tak pernah jumpa. Sampai dia dah kena pukul baru dia nak bagitahu aku semua ni. Syafiq !
"Adik minta maaf kak. Adik tak tahu nak bagitahu akak macam mana. Adik tolong ayah sebab adik fikir dia akan berubah. Rupanya makin teruk"
Aku menghela nafas. Tak guna juga aku nak marah Syafiq. Waktu ayah tinggalkan kami dia masih kecil dan tak faham apa erti kesusahan. Aku tak boleh menyalahinya.
Tangannya ku usap. "Tak apa lah. Nanti kita buat laporan polis ya"
Syafiq mengangguk. "Akak.. buat masa ni akak tak payah la duduk rumah tu. Adik risaukan akak"
![](https://img.wattpad.com/cover/84048320-288-k209204.jpg)
YOU ARE READING
KEKASIH GELAP ✔
Roman d'amourStart : 19 october 2016 End : 23 octocer 2016 Sarah tak pernah sangka hidupnya akan jatuh cinta terhadap kekasih orang lain, Puas dia mengikis perasaan itu kerana tak sanggup lukakan hati Intan saudara tirinya, Namun kehadiran Hilman sering membuat...