Part 14

3K 54 3
                                    

KEKASIH GELAP

SELEPAS berpisah dengan Nana, aku mendekati tempat menunggu bas. Telefon bimbit dikeluarkan untuk menghantar pesanan kepada Syafiq bahawa aku tidak masak dan memintanya untuk beli bungkus sahaja

Telefon bimbit dimasukkan ke dalam beg tangan sebelum aku melangkah menuju ke tempat menunggu bas.

Dalam pada aku sedang leka tiba-tiba ada sebuah kereta hitam berhenti dihadapanku sekaligus mematikan langkahku. Pintu dibuka dan terjegul wajah bengis Hilman merapatiku. Lenganku dicengkam dan dia terus menarik aku masuk ke dalam keretanya.

"Hilman.. sakit Hilman.. awak buat apa ni? Lepas kan saya. Sakit Hilman."

"Jalan..." Arahnya kasar sehingga membuatkan aku kecut perut. Hilang terbang Hilman yang lembut memujukku malam tadi.

"Sakit Hilman.." Tubuhku ditolak ke dalam kereta. Hilman berlari ke tempat pemandu dan terus memecut kereta membelah jalanraya.

"Awak nak bawa saya pergi mana Hilman? Tolong jangan buat saya macam ni. Saya takut Hilman..." Lengannya ku pegang, merayu agar dikasihankan.

"Diam Sarah. Duduk elok-elok boleh tak?" Suaranya sedikit kendur.

"Hilman... Tolong lepaskan saya Hilman. Saya tak nak kecewa lagi Hilman. Cukup lah dengan apa yang awak buat pada saya. Tolong lepaskan saya..." Aku masih merayu.

Akhirnya tayar Hilman berhenti disatu kawasan yang agak hutan. Perutku terasa kecut. Aku menarik tanganku dari terus memegang Hilman. Sepasang mataku melilau memandang keadaan sekeliling. Tiada satu rumah pun.

Pap ! Pintu dikunci.

"Hil..Hilman.. awak nak buat apa dekat saya ni?" Soalku tergagap-gagap.

Hilman mendekatkan wajahnya ke wajahku. Tempat dudukku dijatuhkan. Kini wajahku hanya dipisahkan dengan nafas sahaja. Jantungku berdegup kencang. Airliur ditelan. Tangan Hilman mula mengusap pipiku dengan lembut.

"Hilman..awak nak..." Belum habis aku bertanya bibirku dibaham oleh Hilman. Entah apa yang merasuk fikiranku, kucupannya ku balas. Seketika, aku lupa dengan persengketaan kami.

"Awak jangan risau saya tak kan paksa awak. Saya nak awak rela layan saya. Sarah, demi tuhan cinta saya pada awak makin kuat. Memang saya akui saya dan Intan dan lama berhubungan tapi bila bersama dengan awak, perasaan tu lain. Sehari tak nampak awak, hidup saya tak sempurna. Setiap detik saya rindukan mata awak.. hidung awak.. bibir awak .. dan segalanya tentang awak. Macam mana saya nak buang awak dari hidup saya kalau semakin saya jauh, bayangan awak semakin dekat ?" Bisik Hilman ke gegendang telingaku.

Tubuhku kaku dan lidahku kelu. Ungkapan cinta Hilman bagaikan melodi indah. Aku hanyut ditelan kemarahanku sendiri. Bicaranya membuaikan perasaanku sendiri. Saat ini cintaku lagi besar dari ego dan kemarahan.

"Tapi awak mainkan perasaan saya Hilman.."

"Saya minta maaf sayang. Saya dah seksa hati awak. Saya minta maaf. Saya merayu agar awak beri saya satu kali je peluang." Pinta Hilman sungguh-sungguh.

"Tapi awak ada Intan.."

"Shhh.. Boleh tak kalau kita berdua, kita hanya fikirkan kita je. Saya tak nak awak fikirkan Intan. Saya cuma nak awak tahu dan ingat sampai bila-bila yang saya sayang dan cintakan awak. Saya perlukan awak. Kita lupakan pasal saya dan Intan yang penting saya bahagia disamping awak begitu juga dengan awak." Terang Hilman.

Senangnya dia kata. Aku ni tamak! Aku kurang kasih sayang sejak kecil lagi. Jadi bila Hilman hulurkan kasihnya aku merasa hidupku terlalu indah. Tapi bila dia rampas balik, hatiku hancur.

"Saya cemburu Hilman.. Saya perempuan.. saya nak perhatian awak hanya pada saya." Pandangan dijatuhkan ke kaki.

"Awak dah miliki saya sepenuhnya, sayang."

"Saya tak ubah macam kekasih gelap awak, Hilman." Mata dipejamkan. Terlalu pedih perumpamaan itu. Dimana kedudukan ku sebagai seorang wanita?

"Yes. You are..."

Hilman mengakuinya. Aku kekasih gelap Hilman. Jadi statusku kekal begitu. Tiada orang akan tahu hubungan aku dan Hilman. Wajahku mula tercebik.

"Shhh.. Sayang don't cry. I feel bad for your tears .Biarlah apa perumpamaan untuk diri awak. Dihati saya , awak tetap yang utama." Mataku dihadiahkan satu kucupan.

Bibir bawah digigit. Hakikatnya, semakin aku cuba menjarakkan diri daripada Hilman, dia bagaikan baying yang salalu ada dekat denganku.

"Don't bite you lips..That's my work."

"Saya cintakan awak, Hilman. Saya.. Saya..."

Belum habis aku menuturkan ayat, pinggangku dicucuk oleh Hilman sehingga mengeluarkan ketawa yang semakin pudar sejak kebelakangan ini. Bibirku menguntum senyuman cuba menolak usikan Hilman pada pinggangku.

"Awak...Geli lah.." Rengekku.

"Suara tu suka buat orang geram tau!" Ujarnya lalu tubuhku ditarik dekat.

Adakah ini tanda aku bersetuju dengan permintaan Hilman? Aku kembali ke dalam hidupnya sebagai seorang kekasih yang tidak ketahui umum? Tegar kah aku?

***

Pagi itu mataku terasa begitu berat. Mungkin kerana melayani Hilman malam tadi sehingga lewat malam namun ku gagahi juga membuka mata. Tangan Hilman masih melingkari pinggangku dan mukaku masih elok terbaring mengiring menghadap dada Hilman.

Dengan perlahan aku mengalihkan tangan Hilman dari pinggangku. Tetapi Hilman mengetatkan lagi pelukannya sehingga kulit kami bergesel.

"Hilman.. awak dah bangun?" Kepala didongak memandangnya.

Hilman mengucup dahiku lalu dia memelukku dengan sepenuh hati. Kakinya diangkat melingkari pinggangku.

"Lagi awal dari awak sayang tapi saya tak boleh nak bangun sebab awak macam magnet pula buat saya nak melekat je dengan awak." Jawab Hilman.

Senyuman terukir meskipun aku terasa lemas kerana dipeluk dengan seerat itu. Jam di dinding bilik Hilman ku kerling. 8.10 pagi. Ni kalau aku melayan entah bila aku nak siap pergi kerja. Dada Hilman ku tolak sedikit.

"Saya kena kerja. Dah pukul 8.10 pagi."

"Tak payah kerja." Dia menarik semula tubuhku.

"Hilman.. awak lain lah kerja sendiri. Saya ni kerja dengan orang."

"Tak payah kerja. Berhenti je kerja."

"Lepaslah sayang.." Rengekku.

Hilman menggeleng. "No ! Mulai hari ini awak duduk rumah ni je. Jangan keluar mana-mana kecuali dengan saya. Berhenti kerja dan kerja dengan saya je."

"Kerja dengan awak? Saya mana pandai pasal ubat-ubat ni" Dahiku berkerut.

"So kalau tak pandai pasal ubat , awak pandai pasal apa?"

Aku geleng. Aku ni belajar pun takat SPM tu pun tak bersekolah. Hanya datang semasa peperiksaan sahaja untuk melayakkan aku mudah mendapat kerja. Keputusan? Kelaut.

"Kalau tak tahu buat apa, kerja awak hanya layan saya je dekat rumah ni. Setiap kali saya ada kat rumah ni awak kena layan saya. Kerja awak cintai saya.. rindukan saya.. dan selalu bersama saya. Lagi satu.. kalau saya tak balik jumpa awak kat rumah ni.. awak kena hantar gambar awak dekat saya setiap hari. Bangun pagi.. tengah makan.. nak tidur.. Kalau nak bagi masa mandi pun boleh.." Kedengaran Hilman tergelak dengan ayat yang terakhir.

"Eii !" Dada Hilman ku cubit.

"Geram lah dengan sayang ni. Eish !" Jariku digigit.

"Awak ni kenapa? Sakit lah!"

Hilman hanya ketawa melihat wajahku berubah cemerut. Bahuku ditarik dan dikucup lembut. Debaran Hilman membuatkan aku rasa terlena. Dia yang aku cinta, tapi kenapa aku tak berdaya menggapai tahap kedudukan yang stabil?

"Saya pergi kerja nanti, awak duduk elok-elok tau dekat rumah." Pesan Hilam lalu hidungku dicuit. 


KEKASIH GELAP ✔Where stories live. Discover now