Part 27

3.1K 56 0
                                        

KEKASIH GELAP

KAKIKU menapak keluar dari kedai watsons. Kemudian meluru masuk ke food court pula. Perutku mula berkeroncong. Rambut yang terjuntai di dahi ditolak ke belakang telinga.

"Sarah?" Tegur satu suara.

Aku menoleh melihat empunya suara. Senyuman diukir dan dia membalas.

"Eh Firman"

"Ya, seorang je ke?" Mata Firman melilau melihat kelilingku.

Aku mengangguk perlahan. "Sorang je"

"Hilman tak ikut ke?"

"Tak, dia sibuk katanya" Jawabku.

"Emm, kebetulan jumpa awak apakata kita pergi makan sama-sama?" Firman memandang wajahku dengan penuh pengharapan. Aku menggaru kepala jadi serba salah. Tidak tahu samada penolakanku ini berasas ataupun tidak.

"Er tak apa lah" Tolakku lembut.

"Laaa kenapa? Takut dengan Hilman ke? Dia tak marah lah. Tak kan dia tak percayakan saya pula" kata-kata Firman membuatkan aku mengiakan.

"Er betul juga eh"

"So.. Shall we?" Firman mengukir senyuman. Ah! Persis Hilman.

"Makan dekat mana?"

"Food court lah. Eh, Hilman ada bagitahu awak tak yang minggu depan dia bertunang dengan Intan? Saya rasa mesti awak dah tahu kan?" Soal Firman tiba-tiba.

Langkahku terhenti. Wajah Firman yang berlagak seperti biasa ku tatap. Mencari maksud dan kebenaran pada kata-katanya. Jantungku berhhenti rentak apabila memikirkan bahawa Hilman langsung tidak menceritakan hal ini kepadaku.

Dengan rasa kecewa, kepala digelengkan.

Tidak pasti samada berpura-pura atau benar tetapi Firman mempamerkan riak sedikit terkejut. Senyuman tipis diukir kerana ketika ini moodku sudah tiada.

"Awak tak tahu? Oh shit! So saya dah terlepas cakap lah ni?" Firman menampar mulutnya.

Aku memghela nafas perlahan. Memang patut Firman memberitahuku. Dari aku asyik memikirkan yang aku selalu mendahului Intan sedangkan aku selalu kalah dengannya.

"It's okay Firman. At least saya tahu. Belum tentu Hilman akan cerita dekat saya. Entah-entah masa dorang dah kahwin pun saya still tak tahu" Luahku kecewa.

Semangatku sudah hilang. Selera makanku juga tidak seghairah tadi tapi aku harus makan mengelak dari sakit. Langkah terasa lemah sahaja.

Kami berdua duduk dimeja yang berdekatan dengan dinding. Firman tidak terus memesan makanan sebaliknya dia masih berminat untuk terus berbual denganku.

"Sampai bila awak nak terus hidup macam ni? Awak tahu kan...."

"Ya saya tahu. Saya tahu yang tak lama lagi Hilman akan nikah dengan Intan. Saya? Saya pun tak tahu apa hala tuju saya selepas ni" Perlahan sahaja ayatku.

Firman menghela nafas perlahan. Anak mataku yang sendu itu dipandang dengan riak kasihan. Memang hidup aku terlalu kasihan. Dibuang mak dan ayah kemudian hidup menumpang kasih lelaki lain.

"Kenapa tak tinggal kan Hilmam?"

"Kalau saya boleh dah lama saya lakukan. Saya tak boleh hidup tanpa dia. Saya perlukan dia. Hilman beri saya kasih sayang dan perlindungan sampai saya takut untuk pergi dari dia" Luahku jujur. Memang itu yang ku rasa selama ini.

"Awak berhak dapat kehidupan yang sepatutnya. Awak berhak dapat kekasih yang mengiktiraf awak, yang boleh jadikan awak isteri. Bukan simpan awak macam perempuan simpanan" Kata-kata Hilman ada benarnya juga.

Berat mata memandang berat lagi badan yang memikul. Kecewa itu memang ada tapi aku tak mampu menepis perasaan cinta yang hadir. Setiap kali akal menafikan, hati menggamit untuk setia disisinya.

"Saya tahu tapi tak apa lah biarlah saya begini"

"It's your choice. Minggu depan dia tunang dan tak beberapa bulan dia akan nikah. So fikir-fikirkan lah" Pesan Firman sebelum dia mengangkat punggung untuk memesan makanan.

Aku mengeluh kecil.

***

Selepas berpisah dengan Firman, aku menapak ke kereta yang dipandu Apis. Pertemuanku dengan Firman sedikit banyak membuatkan aku sedar masa depanku.

Langkah diatur dan tiba-tiba ada satu wajah wanita tua muncul dihadapan mataku dengan senyuman. Cepat-cepat aku alihkan langkah dan mengubah laluan. Tapi dia pantas menarik lenganku.

"Lepaslah!" Tolakku kasar.

"Sarah.. mak minta maaf dengan Sarah. Mak rindukan anak-anak mak. Maafkan mak Sarah" Rayu Datin Rosnah.

"Sarah tak suka lah tengok muka mak lagi. Bagi Sarah mak dah lama tak wujud dekat dunia ni!" Kataku kasar.

"Sarah jangan cakap macam tu sayang. Mak tahu mak kejam sebab tinggalkan Sarah. Tapi jauh disudut hati, mak selalu rindukan Sarah dan Syafiq. Tapi... tapi mak takut nak jumpa kamu, nak" Airmata Datin Rosnah sudah mengalir.

"Mak tahu Sarah hidup susah selama ni. Kenapa mak sampai hati tinggalkan Sarah? Kenapa mak tak nak susah sama-sama dengan Sarah?" Luahku tapi airmata cuba ditahan dari mengalir.

"Mak tahu mak salah. Lepas tinggalkan Sarah mak tak pernah balik sini lagi. Mak...mak cari kerja untuk senangkan sedikit hidup kita "

Aku mencebik. Menyampah dengan ayat yang dituturkan mak. Rasa penuh kepuraan.

"Kita ? 15 tahun mak hidup satu kali pun mak tak pernah hulurkan duit untuk Sarah dan adik. Mak berani kata nak senangkan hidup kita ? Mak tinggalkan Sarah tanpa satu sen pun duit. Mak berani lagi cakap pasal kita? 5 tahun mak hidup senang kahwin dengan lelaki kaya. Tak cukup senang lagi ke mak bila dah ada pangkat datin ni?" Sinis aku berkata.

Datin terdiam. Dia akur benar belaka kata-kata Sarah Melisa. Selama ni dia terlalu kejar untuk hidup senang. Sekarang dia harus menebus silap yang lalu.

"Kenapa mak diam? Betul kan apa Sarah cakap?" Tengkingku. Kolam mata sudah bergenang. Dadaku berombak menahan amarah.

"Mak tahu mak salah. Tolong bagi sekali je peluang dekat mak sayang" Datin Rosnah cuba memegang tanganku tapi cepat-cepat aku tepis.

"Jangan sentuh!!! Sarah benci ! Bukan tangan tu yang susah payah besarkan Sarah !" Kataku sinis.

"Mak janji akan tebus semua salah mak. Ampunkan mak sayang" Esakan Datin Rosnah makin kuat kedengaran.

Jauh disudut hati aku ingin sahaja memeluk tubuh tua itu. Ingin ku kucup pipinya dan hapuskan airmatanya. Tapi bila terkenangkan perbuatannya, hatiku jadi sakit.

"Terlambat! Sarah tak ada hati dengan semua ni" kembang kempis dadaku.

"Sarah...." Datin Rosnah tidak mampu berkata apa lagi kerana ketegasanku membuatkan dia kalah.

"Pergi lah.. Berilah masa pada Sarah untuk maafkan mak. Sarah terluka mak.. terluka sangat. Assalamualaikum" Seusai memberi salam aku mengangkat kaki dan meninggalkan mak menangis disitu.

Saat kaki diangkat , airmata yang ku tahan sejak dari tadi gugur jua. Keegoanku menyekat segalanya. Tangan dikepal mengumpul semangat, mengharap langkahku tidak rapuh dihadapan mak. 


KEKASIH GELAP ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang