Part 25

3K 55 0
                                    

KEKASIH GELAP

PAGI-pagi lagi Hilman dah keluar ke klinik. Esok dia tidak akan ada bersamaku. Teman Intan lah tu.

Aku mengeluarkan keropok mister potato yang ada dikabinet. Kemudian aku melangkah ke sofa dan membuka televisyen. Rancangan di TV3 ku tonton.

Ting tong!

Aku menoleh apabila mendengar ada bunyi loceng dirumah ini. Pantas aku bangun untuk melihat gerangannya. Tapi rasaku mungkin Apis.

Pintu dibuka dan bukan wajah Apis yang kelihatan tapi wajah lelaki muda yang mempunyai sepasang mata sama seperti Hilman. Aku melemparkan senyuman buatnya.

"Er.. Who are you?" Dia kelihatan terkejut dengan keberadaan aku disitu. Berkerut dahinya memandangku.

"Emm awak siapa?" Aku tanya dia semula. Berdebar tiba-tiba.

"Saya Firman"

"Firman? Awak cari siapa ya?" Soalku tidak selesa. Alamak ! Siapa pula mamat ni. Aku dah la tak kenal Hilman pun tak pernah cerita.

"Er, Is it Hilman's hourse, right?"

Kepala yang tidak gatal digaru. Airliur ditelan. Pahit. Kini aku terperangkap, tidak tahu samada aku perlu berterus-terang ataupun menipu.

"Em tak. Ni bukan rumah Hilman" Tipuku.

"Really? Rasanya saya tak salah rumah. Memang ini lah rumah Hilman. And... ya... I'm very sure" Firman memegang dagunya. Matanya liar memandang perhiasan didalam rumah.

"Tak kot. Maybe awak salah orang" Masih mencuba walaupun sudah tertangkap.

"No! I don't think I mistaken him for someone else and I'm pretty sure that this is the right house. Hilman Amar kan? Saya kembar dia so amat mustahil saya salah orang. Saya pernah datang rumah dia" Tekan lelaki yang bernama Firman.

Pap! Aku terperangkap.

"Erm, Er.. Saya tak tahu lah. Maybe awak salah orang kot" Seusai itu, pintu rumah cuba ditutup, menghentikan perbuaan antara kami berdua. Tidak mahu berterusan diasak dengan soalan yang tidak ku temui jawapannya.

"Saya just nak jumpa dia. Apa yang saya nampak sekarang ni saya anggap just tak wujud" Tangannya menghalang pintu dari tertutup.

"Erm.."

"Saya janji akan tutup mulut pasal keberadaan awak dekat rumah ni. Hey! I'm his twin and we are very close. Hence, we share everthing. Don't worry!" Sedaya upaya, Firman cuba meyakinkanku.

"Er, Hilman tak ada dekat rumah ni. Dia kerja" Akhirnya, aku mengalah.

"Boleh saya masuk?" Dia memandang tepat anak mataku.

Pada fikiranku mereka adalah kembar jadi tidak salah kalau aku membiarkan Firman masuk ke dalam rumah. Lagipun dia bukan nak buat apa. Dan aku harap Firman simpan rahsia ini. Pintu dibuka luas. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya melilau memandang keadaan keliling dan pandangannya terhenti pada sekeping gambar aku mengucup pipi Hilman.

Dia merapati meja yang menempatkan gambar tersebut dan frame gambar diangkat. Dia memandang lama gambar itu sebelum kembali memandang wajahku.

"Apa hubungan awak dengan dia eh?" Soal Firman mendatar.

"Kawan" Jawabku pendek.

"Kawan? Sampai bagi duduk rumah ni? No wonder lah Hilman selalu menghilang rupanya ada bidadari lain dekat sini" Katanya kedengaran sinis.

KEKASIH GELAP ✔Where stories live. Discover now