Part 28

3.1K 45 0
                                        

KEKASIH GELAP

KACA televisyen menjadi perhatian dua bola mataku. Memang ini lah rutin harianku selalu. Makan tonton tv dan tidur. Kalau bosan, aku akan keluar jalan-jalan.

Malam ini Hilman ada bersamaku. Malam terakhir sebelum dia bergelar kepada tunangan Intan. Beberapa hari ini aku cuba cekalkan hati tidak mahu menangis lagi kerana Hilman. Aku harus tabah menghadapi semua ini. Hilman memang tertulis hanya datang seketika sahaja dalam hidupku.

"Sayang..." Hilman melabuhkan punggungnya disebelahku.

Haruman tubuh Hilman yang baru lepas mandi menaikkan keghairahanku untuk terus bersamanya. Airliur diteguk tatkala bola hitam mataku terpandangkan tubuh Hilman yang hanya berbalut dengan tuala paras pinggang. Tapi cepat-cepat aku singkirkan perasaan itu.

"I miss you sayang..." Hilman menolak rambutku ke belakang telinga lalu leherku dikucup lembut.

"Rimas lah!"

"Sayang ni... Kenapa ni?" Pipiku dibelai, pelik dengan perubahanku.

Terus tangannya ku tepis. Mataku masih menghadap televisyen yang intipatinya langsung tidak masuk ke dalam otakku. Yang aku tahu fikiranku bercelaru. Esok Hilman akan tunang dengan Intan tapi sehingga kini dia tidak berterus terang denganku.

"Kenapa ni Melisa? Awak bad mood je dari pagi tadi. Penat-penat saya balik nak bersama awak. Awak layan saya macam ni?" Suaranya kedengaran berkecil hati denganku.

"Saya tak ada apa-apa. Saya letih je."

"Hey ! Look at me ! What's wrong with you baby?" Pipiku ditarik menghadap wajahnya. Mukaku yang mencuka itu dipandang. Dia mengukir senyuman dan urutan wajah itu membuatkan hatiku bagai dipanah.

"Saya tak ada apa-apa Hilman. Saya letih.. saya pening kepala je." Dalihku lagi.

"Sayang sakit kepala? Dah makan ubat belum?" Cemas wajah Hilman.

Aku mengangguk. "Saya dah makan tadi"

Aku kembali menghadap televisyen dan memeluk tubuh. Aku sedar Hilman masih memandangku. Tapi sengaja aku pura-pura tidak kisah. Yang aku kisah adalah kejujuran dia.

"Saya sayang awak. Awak tahu tak?" Bisiknya, cuping telingaku dikucup.

"Hmm"

"Saya akan selalu rindukan awak walaupun selangkah saya pergi dari awak" Kucupannya melarat ke pipiku pula. Kehangatan kucupan Hilman memaksa aku memujuk hati agar tidak kecundang dengan dirinya.

"Hilman..."Tanganku cuba menolak wajah Hilman.

"Noo.. Biar saya nak belai cutie pie saya ni"Katanya lagi dengan nada separuh berbisik. Meremang bulu romaku.

"Esok saya nak keluar."

Tidak mungkin aku sendirian dirumah ini melayan kesedihan dikala Hilman akan bertunang dengan Intan. Mujur Firman sudi menemaniku keluar.

"Keluar? Sayang nak pergi mana ni?" Wajahku direnung.

"Saya nak keluar lah! Tak kan nak duduk dekat rumah ni sorang-sorang macam orang bodoh! Awak pun bukannya ada!" Bentakku. Argh! Hatiku terlalu sakit saat ini.

Helaan nafas Hilman dilepaskan perlahan. Wajahku direnung dengan semacam pandangan. Sukar ditafsirkan namun tangannya mula memainkan peranan.

"Sayang.. Awak marah ya saya tak boleh teman awak esok? Saya ada hal lah sayang. Kan saya dah terangkan pada awak" Hilman masih cuba untuk berahsia denganku.

KEKASIH GELAP ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang