Part 26

3K 49 0
                                        

KEKASIH GELAP

"ALONG!"

Hilman menoleh dan langkahnya mati disitu. Wajah Firman dipandang. Dadanya sedikit tersentak dengan panggilan ALONG. Rasanya sudah lama Firman tidak memanggilnya begitu sejak peristiwa lalu.

"Kau nak apa?" Soal Hilman dingin.

"Jangan lah dingin sangat. Agaknya kau dengan Sarah pun macam ni eh?" Sengaja nama Sarah ditekankan.

Soalan Firman membuatkan Hilman rasa hendak tercekik. Dia mengangkat wajah merenung tajam kearah adik kembarnya. Jantungnya berlari laju namun bibirnya terkunci. Macam mana Firman boleh tahu kewujudan Sarah?

"Kenapa diam je?" Firman cuba mencucuk.

"Kau mengarut apa ni? Aku tak faham" Hilman masih cuba menafikan.

Firman datang dekat merapati Hilman dengan senyuman sinis. Dia berjalan mengilingi abang kembarnya itu dengan agendanya tersendiri.

"Aku tak sangka kau ni tamak kan? Lepas kau dah rampas Intan dari aku, kau boleh ada hubungan dengan perempuan lain"

Tubuh Hilman menggeletar. Tangannya dikepal dan lehernya menjadi tegang. Kalau ikutkan hati memang dia nak tumbuk muka Firman sekarang juga. Mulut memang menyakitkan hati selalu. Namun sedaya-upaya dia cuba mengawal baran.

"Kau cari pasal apa dengan aku ha?" Bibir Hilman menggigil. Matanya mencerlung tajam seperti helang.

"Along jangan lah marah. Angah ni sekadar nak ingatkan along yang tak lama lagi along akan jadi tunangan orang. Tak kan along nak teruskan perangai macam ni walaupun dah ada Intan?"Sengaja perkataan ALONG dan ANGAH ditekankan walaupun Firman tak ingin menyebutnya.

"It's up to me! This shows that I'm greater than you. Huh! Dari kau loser all time" Ejek Hilman sakit hati.

Berdesing telingan Firman dengan ayat yang dituturkan abang kembarnya. Dia berada bengang dengan ayat Hilman. Namun dia cuba mengawal riak wajahnya. Tidak mahu kalah dengan kembarnya yang selalu maju setapak.

"Loser? Apa kata aku bagi cadangan dekat kau. Yelaaa. Kau pun dah nak kahwin dengan Intan kan? So apa kata Sarah tu kau bagi dekat aku. Muka dia pun not bad la walaupun tak secantik Intan. Tapi aku suka perempuan macam tu. Lagipun perempuan murah macam tu senang nak dapat kan? Macam kau... tabur duit dekat dia terus dia taat pada kau walaupun dia tahu kau dah ada Intan" Bicara Firman umpama paku yang ditekan ke dalam jantung Hilman.

"Kau !!! Mind you words!!!!" Dia mencengkam kolar baju Firman dengan pola nafas yang tidak sekata. Telinga Hilman merah menahan amarah. Matanya mula berair kerana terlalu menahan gegaran gelodak api kemarahan.

"Relax dude!"

"Listen up! She's not a slut. Don't you dare get near her. I'm warning you. She doesn't care about your fortune. You got that?" Hilman benar-benar marah.

Kecut juga perut Firman melihat amarah abang kembarnya itu. Dia memang tahu dengan sikap panas baran Hilman tapi kali ini lelaki itu benar-benar marah apabila dia menghina Sarah.

"Along !!! Angah !!!!" Jerit Puan Nafisah dikaki tangga.

Hilman tersentak. Terus cengkamannya pada Firman dilepaskan. Wajahnya masih bengis dan marah sedangkan Firman hanya tersenyum bersahaja seakan berjaya menyakitkan hati Hilman.

"Kenapa tak habis-habis lagi bergaduh ni? Tolong lah jangan buat mama susah hati" Tambah Puan nafisah dengan nada sedikit sebak.

Mereka berdua tidak menghiraukan amarah Puan Nafisah. Sebaliknya Firman mendekati telinga Hilman lalu dibisikkan sesuatu.

KEKASIH GELAP ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang