KEKASIH GELAP
PUNGGUNG dilabuhkan diatas tilam empuk yang dibaluti dengan cadar berwarna merah jambu. Selepas 5 hari Azmi meninggal dunia aku pulang ke kondo Hilman dan sehingga detik ini Hilman langsung tidak mengunjungiku. Ternyata, dia benar-benar marah dengan sikapku.
Rumah flat tersebut sudah dipulangkan kepada tuan rumah. Lagipun tiada orang yang tinggal disitu. Syafiq telah membuat keputusan untuk tinggal bersama dengan kawan-kawannya.
Tubuhku mengiring menghadap dinding. Perasaanku diselubungi dengan rasa sunyi sejak kebelakangan ini. Aku perlukan teman untuk berbicara. Hilman langsung tidak menghiraukanku. Adakah hatinya sudah berubah?
Tiba-tiba hatiku jadi sebak. Kepergian ayah yang secara mengejut, kedatangan mak secara tiba-tiba dan Intan? Intan anak mak? Apa hubungan Intan dan mak? Hilman? Membawa diri. Langsung tidak menghubungiku.
Saat itu empangan yang ditahan pecah berderai juga. Terhinjut-hinjut tubuhku menahan esakan. Adakah aku akan bersendirian? Hilman telah meninggalkan aku. Aku memegang dadaku dan ditekan dengan kuat.
"Sakit..." Luahku sendiri dengan linangan airmata.
Tiba-tiba aku rasa katilku seakan bergerak dan terhinjut sedikit. Tak sampai beberapa saat belum sempat aku menoleh, pinggangku dirangkul dari belakang.
"Maafkan saya..." Ucap Hilman lembut dan bibirnya ditekan pada rambutku.
Aku mengemam mulut menahan tangisan. Mata dipejamkan sementara tanganku pula menekan kuat dadaku. Badanku kejung tidak bergerak, membiarkan kehangatan tubuh Hilman menjalar disetiap urat sarafku.
"Sayang.. Saya minta maaf.." Ucapnya lagi apabila tidak menerima tindak balas daripadaku.
Tubuhku beku, reaksiku juga begitu. Pandang wajahnya juga pun aku tidak ingin. Perasaan sakit hati lagi besar dari rinduku padanya. Airmata yang mengalir melalui ekor mata dibiarkan sahaja.
"Sayang.. Saya tahu awak marah dekat saya. Saya minta maaf sebab saya tak ada disisi awak saat ayah awak pergi. Saya..." Kata-kata Hilman terhenti apabila aku memusingkan badan dan tubuh sasanya ku dakap erat.
Disitu, tangisan dilepaskan semahunya. Tubuhku terhinjut-hinjut menahan sedu sedan yang menjadi penemanku beberapa hari ini. Belakang badanku diusap oleh tangan Hilman, demi mengurangkan kesedihan yang sedang bertapak dihati.
"Kenapa Hilman awak tinggalkan saya? Apa salah saya? Kenapa ? Awak tak sayang saya lagi?" Luahku lirih. Baju Hilman basah dengan cecair jernih yang mengalir daripada mataku.
"Shhh sayang.. Maafkan saya sebab tinggalkan awak. Saya minta maaf sayang"
"Awak marah sangat ke saya cakap saya ni adik awak sampai awak langsung tak call saya?" Tujahku dengan pelbagai soalan.
"Tak.. Saya tak marah. Saya cuma cemburu. Saya tak marah awak kata awak adik saya. Saya cemburu awak keluar joging dengan Dani. Please sayang, Dani tu bukan lelaki baik. Saya tak nak awak jadi mangsa dia" Pipiku diusap lagi.
"Saya rindu awak Hilman. Saya sedih awak tak jawab call saya.. Kenapa awak suka sakitkan hati saya Hilman? Saya selalu cuba jaga hati awak. Saya takut awak tinggalkan saya.."
"Sayang.. Saya sayangkan awak. Saya rindukan awak juga, Sarah. Tak sayang.. Tak.. Saya tak nak sakitkan hati awak lagi. Saya janji cuma saya tak boleh nak kawal rasa cemburu saya. Saya memang pantang kalau ada lelaki lain dekat dengan awak. Saya minta maaf tak jawab call. Beberapa hari ni saya tak ada di Malaysia" Dia cuba menerangkan keadaan sebenar.
Bicaranya memberi tanda-tanya. Kepala didongakkan memandang wajahnya, mencari sinar kepastian. Anak mata kami bertemu dan mengalirkan elektrik disetiap jalur tubuhku. Airliur ditelan.
YOU ARE READING
KEKASIH GELAP ✔
Roman d'amourStart : 19 october 2016 End : 23 octocer 2016 Sarah tak pernah sangka hidupnya akan jatuh cinta terhadap kekasih orang lain, Puas dia mengikis perasaan itu kerana tak sanggup lukakan hati Intan saudara tirinya, Namun kehadiran Hilman sering membuat...