KEKASIH GELAP
MUJUR ada Nana, wanita yang selalu menjadi penemanku untuk ke mana sahaja. Beg tangan disangkut dibahu dan hujung baju dibetulkan. Waktu cuti begini, memang kami akan berdua untuk meluangkan masa bersama.
Ketika aku hendak menolak pintu rumah, tiba-tiba ianya ditolak dengan kasar dari luar. Tubuhku terjelepok jatuh dilantai. Dahiku berkerut dan sikuku yang terkena meja diusap.
"Aduh !"
Alangkah terkejutnya diri ini apabila mata ini menangkat dua susuk tubuh lelaki yang agak tegap dan ditangannya terdapat sebatang kayu. Saat itu, perutku kecut. Takut menantikan apa yang bakal dilakukan oleh mereka.
"Encik cari siapa?" Suaraku terketar-ketar.
Saat itu, bibir ini terkumat-kamit memohon bantuan daripada Sang Pencipta. Namun layakkan hamba yang penuh dengan dosa ini mengharapakan sebuah jaminan keselamatan?
"Keluar dari rumah saya ! Awak cari siapa?" Ku cuba beranikan diri meskipun lututku sudah menggigil.
"Kau jangan risau, aku tak akan apa-apa kan kau walaupun kau ni cantik " Katanya sambil melutut sebelah kaki dihadapanku. Pipiku disentuh namun tanganku menepis kasar perbuatannya.
"Aku datang sini sebab aku nak jumpa Azmi! Mana Azmi?" Tengkingnya tepat ke wajahku. Berang.
Lelaki itu terus menarik rambutku kuat sehingga aku sedikit mendongak memandang kipas. Airmataku pantas mengalir kerana berasa takut dan sakit dengan perlakuan lelaki itu.
"Tolong lepaskan saya!" Rayuku dengan linangan airmata.
Pang ! Pipiku terus ditampar sehingga bibirku pecah dan mengalirkan cecair yang berwarna merah. Bibirku terasa perit dan pedih.
"Aku tanya kau ni mana Azmi?" Rambutku ditarik kuat dan pipiku ditampar-tampar.
"Saya tak tahu.. sumpah saya tak tahu encik.." Esakanku mula kedengaran. Otakku terbayang-bayangkan wajah 3 manusia yang rapat dengan hidupku. Entah apa nasib yang bakal ku terima jika tiada siapa datang menyelamatkanku.
"Engkau jangan nak tipu aku! Aku selalu nampak dia masuk rumah ni. Mana dia? Mana kau nyorokkan dia?" Pipiku dicengkam kuat dengan tangan sasanya.
"Zali, kau selongkar kat dalam!" Arah lelaki yang sedang menyeksaku.
"Kau nak bagitahu aku atau aku rogol kau sekarang!" Dia semakin berang apabila aku mengatakan yang aku tidak tahu dimana ayahku berada.
"Jangan... jangan encik. Sumpah saya tak tipu. Saya tak pernah jumpa ayah saya sejak dia masuk penjara. Saya tak tahu encik... sumpah" Airmataku makin deras mengalir.
Bagaimana aku hendak berterus terang jika sesungguhnya aku memang tidak tahu dimana keberadaan ayahku?
"Kau ni memang degil kan? Yang kau nak sorokkan bapak kau tu kenapa? Kau tahu tak dia main dadah? Mana bapak kau? Mana?" Lelaki itu menggoncang tubuhku dengan kuat. Lenganku mula terasa sakit.
"Betul.. saya tak tahu. Saya tak tipu encik. Tengok lah rumah ni tak ada orang encik. Saya dengan adik saya je encik"
"Dia tak ada, Mat" Bagitahu lelaki yang dipanggil Zali itu tadi.
"Macam mana boleh tak ada?" Mat seakan berang dengan laporan Zali. Wajahnya berubah merah.
"Kau ! Kau tak nak tunjuk dia kat mana kan! Aku bagi kau pelajaran supaya kau tahu hukuman untuk perempuan bodoh macam kau sebab sembunyikan bapak kau!"
Dush ! Dia terus menumbuk pipiku sehingga aku tertunduk. Aku tidak lagi mengangkat wajahku kerana aku semakin takut dengan tindakan yang bakal dia lakukan.
ANDA SEDANG MEMBACA
KEKASIH GELAP ✔
RomanceStart : 19 october 2016 End : 23 octocer 2016 Sarah tak pernah sangka hidupnya akan jatuh cinta terhadap kekasih orang lain, Puas dia mengikis perasaan itu kerana tak sanggup lukakan hati Intan saudara tirinya, Namun kehadiran Hilman sering membuat...
