(KEKASIH GELAP)
HILMAN telah meninggalkanku sejam yang lalu. Hidupku terasa bahagia apabila berada disisinya. Sudah 5 hari aku tidak akan bertemu dengannya kecuali kalau Hilman muncul tiba-tiba.
Plastik sampah yang ada didapur diambil untuk dibuang. Aku membuka pintu dan melangkah kearah tempat pembuangan sampah. Setelah itu aku ingin masuk semula ke dalam rumah.
"Hai.. you tinggal sini ke?" Tegur satu suara garau. Aku terus menoleh.
Senyuman diukir. Seorang lelaki yang berketinggian 175cm memiliki kulit yang cerah sedang memandang kearahku. "Aah saya tinggal sini"
"Ouh ! Saya ingatkan Hilman stay sini lagi. Rupanya I dah dapat jiran perempuan. Cantik pula tu" Katanya lagi.
"Er Hilman stay je sini tapi dia jarang balik"
"You siapa? Isteri dia ke? Hilman dah kahwin?" Soalnya sedikit pelik.
Aku tertangkap ! Cis ! Apa aku nak jawab ni? Kalau aku kata aku girlfriend, mana lah tahu mamat ni kenal Intan kang lagi banyak dia tanya. Kalau aku cakap isteri, nanti Hilmam akan marah aku. So?
"Saya adik Hilman" Kepala digaru. Adik? Shit!
"Ouhh I see.. I tak sangka Hilman ada adik secantik you. So mind to introduce yourself?" Dia melemparkan senyuman sehingga matanya mengecil.
"Er, Sarah. Sarah Melisa" Aku membalas senyumannya.
"Cantik nama sama macam tuannya" Ujarnya lagi. Ei ! Dia mengayat aku ke ni?
Aku hanya mengangguk dengan rasa sedikit malu.
"So, I Dani" Tangannya dihulur dan aku menyambut dengan baik.
"Ouh Dani memang tinggal sini ya?" Meskipun tidak selesa, namun aku cuba untuk beramah mesra dengannya.
"Ya, I dah lama stay sini lebih lama dari Hilman. Dia baru duduk setahun macam tu. Selama ni tak pernah nampak pun muka you" Dani masih merenung wajahku.
"Er, saya jarang keluar rumah sebab Hilman tak kasi. Kalau ada hal penting je saya keluar" Jawabku.
"Apa lah Hilman ni.. Ada adik secantik ni pun boleh sembunyikan dari orang" Ujar Dani lagi.
Kepala yang tidak gatal digaru. Pipiku merona kemerahan. Segan bila dipuji begitu.
"You dah tinggal sini berapa lama?" Dani masih cuba untuk berbual denganku. Ni kalau Hilman tiba-tiba pulang memang habis lah aku.
"Baru je lebih kurang 3 bulan. Em saya masuk dulu ya sebab saya ada masak tu takut hangus pula" Tipuku.
"Ouh ! Sure ! Kalau ada masa kita keluar sama-sama nak tak? Makan ke.. wayang ke.. kayak ke.. apa-apa jelah"
"Insyallah" Balasku pendek tidak tahu apa yang harus aku katakan. Baru kenal nak wayang bagai. Jangan harap lah Hilman nak bagi. Keluar kedai depan pun Abang Apis kena laporkan dekat dia.
Dengan bingkas, aku lari masuk ke dalam rumah. Tidak selesa dengan renungan Dani. Lagipun dia tidak kenal Dani tu siapa. Lagi baik jangan bagitahu Hilman nanti mengamuk pula lelaki tu.
***
Firman menghela nafas memandang gambar yang ada didalam telefon bimbitnya. Dari zaman universiti lagi dia dan Intan sudah bercinta. Tempohnya lagi lama dari tempoh Intan dan Hilman bercinta.
Kenapa Intan tergamak mengkhianati cinta mereka?Dan kenapa Hilman tergamak menyakiti darah dagingnya sendiri?
"Termenung tengok apa tu?" Satu suara lembut menegur.
Firman mengangkat wajah melihat empunya suara. Kemudian dia memandang keadaan keliling restoran KFC itu namun tiada wajah yang dicari.
"Intan.. Alone?" Firman mengangkat kening.
"Ya, kebetulan I nak makan KFC ternampak you kat sini. May I join?" Soal intan sambil tangannya masih memegang dulang yang berisi makanan KFC.
"Ya sure.. Have a sit". Firman tersenyum. Telefon bimbitnya terus ditutup dan diletakkan diatas meja. Dia kembali memandang wajah Intan, gadis yang dirindui hampir 2 tahun dan sehingga detik ini. Nafas ditarik dan dihela perlahan.
"Thanks. Tengok apa khusyuk sangat tu?" Intan memasukkan kentang ke dalam mulutnya.
"Kerja sikit." Tipu Firman.
"Yelah arkitek dan peniaga yang berjaya.. Apa lagi kerja you dekat Aussie tu? Serba-boleh..I'm so proud of you"
"No! You don't!"
"Kenapa pula?" Kening sebelah kanan diangkat.
"Nothing! Just er.. Hilman mana?" Firman cuba menukar topik perbualan.
Intan tersenyum. Bukan kah Firman lagi suka kalau Hilman tak ada? Kalau ada asyik nak main perli je masing-masing. Ni tiba-tiba mencari.
"Dia kerja lah! I baru balik dari court so tu yang I singgah makan dekat sini" Jawab Intan.
"I see.. Ni you jumpa I Hilman tahu tak? Nanti cemburu pula dia kalau tahu"
"Mesti la dia cemburu. Kalau tak cemburu tak sayang maksudnya. But it's okay, he shouldn't know. Lagipun I malas lah nak bergaduh. Lately ni kitorang asyik bergaduh je. Tak pasal you pasal kesibukan masing-masing. You pun tahu kan Hilman sejek kebelakangan ni asyik sibuk dengan klinik. Kadang-kadang nak angkat call pun susah" Cerita Intan sekadar berkongsi. Dia mengeluh perlahan.
"Oh really? Tu la..mama pun kata dia kadang-kadang malam je menghilang. I ingat korang dating" Firman mula mencucuk jarum.
"Yes but not really. Weekend?Jangan harap ! I ingatkan weekend je la kitorang boleh jumpa. Weekday memang masing-masing sibuk. Malam je lah nak luang masa. But.. er.. I still love him" Intan mengeluh sedikit.
Firman memandang wajah Intan. Itu pilihan Intan dan dia harus akur. Dapat melihat wajah lembut ini pun sudah cukup membuatkan dia bahagia. Setiap hari dia masih berharap agar Intan kembali ke pangkuannya.
"Maybe dia memang sibuk kot. On call maybe," bahu Firman diangkat sedikit.
"I hope so. I'm afraid if he's cheating me"
"No lah ! Dia bukan pandai mengorat perempuan pun. Dia hanya tahu merampas je. So you don't have to worry okay" Perli Firman.
"Stop it ! Come on jangan ungkit lagi kalau tak I akan rasa bersalah sangat dengan you" Wajah Intan sedikit kendur.
"It's been 2 years. Makan.." Kata Firman. Dia menyuakan air kedalam mulutnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
KEKASIH GELAP ✔
RomanceStart : 19 october 2016 End : 23 octocer 2016 Sarah tak pernah sangka hidupnya akan jatuh cinta terhadap kekasih orang lain, Puas dia mengikis perasaan itu kerana tak sanggup lukakan hati Intan saudara tirinya, Namun kehadiran Hilman sering membuat...
