Part 13

3.1K 65 10
                                    


KEKASIH GELAP

"THANKS for helped me just now. It's really such a bleesed for me. Thank you so much. By the way, I Intan and you?" Gadis yang ku bantu tadi menghulurkan salam perkenalan.

Disambut baik olehku "Saya Sarah. Tak apa kecil je tu. Kebetulan saya lalu dekat situ" Aku hanya mengambil ayat terakhir sebagai memperkenalkan diri. Yang dia merapu lain-lain tu aku anggap dia sedang berterima kasih je.

Kami berdua berjalan keluar dari balai polis. Aku menemani Intan membuat aduan polis sementara aku juga dijadikan saksi untuk Intan kerana tadi dia telah dirompak dan kebetulan aku ada berdekatan lalu aku telah menyadung kaki pencuri itu sehingga dia berjaya ditangkap.

"Sarah. Saya belanja awak makan tanda terima kasih. Sudi eh?" Intan memandang wajahku.

Rasa serba salah menghimpit hatiku. Kepala digaru. Kalau ikutkan memang la boleh , tambah-tambah aku sudah habis waktu bekerja. Tetapi aku segan pula nak keluar makan dengan orang yang baru satu jam aku kenal.

"Sayang.. Are you okay?" Perbualan kami terhenti apabila ada satu satu yang menegur.

Entah kenapa suara itu membuatkan jantungku berdegup kencang. Kakiku terasa bagai tidak jejak ditanah. Fikiranku terewang mengingatkan kejadian aku ditinggalkan sendirian di hospital dengan linangan airmata.

Suara itu amat ku kenali. Suara yang selalu menganggu lena dimalam hari. Suara yang selalu membisikkan hati cinta dan berjanji tidak akan meninggalkanku. Dengan rasa debar, kepala diangkat.

Gurlp ! Aku menelan airliur. Terasa pahit sekali. Aku memang tidak silap dan aku tidak bermimpi. Lelaki yang ada dihadapanku ini adalah Hilman. Saat itu, degupan jantungku seakan terhenti.

Hilman ? Dia lagi berjuta kali terkejut. Wajahku dan Intan dipandang bersilih ganti. Dia kaku disitu dan matanya menatap tajam ke wajahku. Tidak selesa dengan renungan yang menggegarkan perasaanku, aku menundukkan wajah.

"Baby.. Intan okay je. Cepatnya B sampai" Intan terus memeluk Hilman didepan mataku sendiri.

Mataku tidak menipu, dengan jelas aku nampak Hilman membalas pelukan Intan. Tetapi matanya masih merenung aku yang hanya menjadi penonton adegan mereka. Hatiku hancur berkecai lumat berdarah terhiris tergilis segala macam lah. Sampai hati Hilman!

Sedaya upaya aku cuba mengawal riak wajah tidak mahu dikesan oleh Intan. Nafas ditarik dalam-dalam walaupun airmataku hampir gugur saat dan ketika ini.

"B dapat call terus datang sini. B risau tau." Mata Hilman masih memberi tumpuan yang sama.

B? Baby? Sayang ? Apa ni? Slut ! Hilman menipu aku !

Huh ! Rupanya Hilman hanya bermanis kata. Dengan semua perempuan dia kata begitu termasuk juga aku. Jadi selama ni aku hanya termakan dengan penipuan Hilman? Ya Allah !

"Kenalkan ni Sarah. Dia lah yang tolong Intan tadi masa Intan kena rompak" Intan memperkenalkan aku kepada Hilman yang sudah semestinya tidak perlu diperkenalkan lagi.

"Sarah.. Boyfriend saya.. Hilman." Intan memperkenalkan Hilman padaku.

Tangan selalu membelaiku dihulurkan kepadaku. Tapi reaksi aku? Mati hidup semula pun aku tak akan termakan dengan kepuraan ini. Aku tak akan menyentuh tangannya. Aku jijik dengan penipu seperti Hilman.

Boyfriend ? Habis aku ni apa ? Tangan digenggam mengumpul kekuatan. Kalau tak ada kesabaran memang dah lama aku sental muka Hilman di jalanraya.

KEKASIH GELAP ✔Where stories live. Discover now