Part 18

3K 56 1
                                    

KEKASIH GELAP

ATAS desakan Puan Nafisah, pertemuan dengan keluarga Intan dipercepatkan pada minggu itu juga iaitu hari sabtu. Hilman bengang kerana sabtu adalah hari yang dia nanti-nanti untuk bertemu dengan Sarah Melisa.

Nak atau pun tidak keputusan di tangan Puan Nafisah dan Encik Minhad. Hilman perlu hadir sama dalam majlis merisik untuk bincangkan tarikh pertunangan.

Kedatangan Hilman sekeluarga disambut baik oleh kelurga Intan. Walaupun keluarga Intan sangat kaya tapi mereka tidak pernah sombong atau memperlekehkan orang lain.

"Masuk kak.." Lawa Datin Rosnah.

"Terima kasih datin" Puan Nafisah menyalami tangan Datin Rosnah.

"Eii nak berbesan dah tak payah berdatin. Berapa kali saya kata panggil je Nah"

"Segan akak berbesan dengan orang besar-besar" Kata Puan Nafisah.

"Yang besar tu suami kita je. Kita ni tumpang nama je" Ujar Datin Rosnah separuh berbisik kemudian mereka berdua ketawa.

Hilman dan adik perempuannya duduk bersebelahan. Firman tidak hadir kerana dia masih di Indonesia menguruskan perniagaannya.

Orang tua Hilman dan orang tua Intan meneruskan perbincangan mereka. Sesekali mereka bertanya pendapat Hilman. Ah ! Baru duduk setengah jam Hilman dah panas punggung. Rasa macam nak duduk seharian.

"Along ni duduk diam-diam sikit-sikit. Cubit baru tahu" Marah Farah.

"Along tak sedap punggung lah" Tipu Hilman.

"Sofa punya sedap punya empuk punya lembut punya mahal pun along tak sedap nak duduk? Buang tabiat ke apa?" Balas Farah.

Ah ! Mahal la macam mana pun sofa. Dalam dakapan Sarah Melisa juga yang paling selesa. Tubuh Sarah Melisa yang paling empuk dan lembut. Belaian Sarah Melisa juga yang paling sedap. Kata Hilman dalam hati kemudian tersenyum sendiri.

"Eii ! Angau dah ke? Kak Intan depan mata pun boleh berangan. Apa lah along ni" Kata Farah lagi.

"Kau ni.. kau kenal burung kakak tua tak?"

Farah angguk.

"Mulut kau lagi bising dari burung kak tua. Diam lah ! Umur baru 27 tapi macam nenek. Patut lah tak kahwin-kahwin" Kutuk Hilman seraya dengan itu Farah mengutil peha Hilman.

"Sakit lah. Geram je along pandang kau ni!"

"Padan muka. Mulut tak ada insurans. Tak macam angah! Angah baik lagi dari along!" Gumam Farah.

"Ha pergi lah dekat angah Firman kau tu" Bisik Hilman.

Farah terus mencebik. Perbualan Hilman dan Farah terhenti apabila telefon bimbitnya menerima panggilan dari Sarah Melisa. Pasti gadis itu tertunggu-tunggu kehadirannya. Panggilan Sarah dimatikan.

Tak lama kemudian ada pesanan whatsapp masuk ke dalam telefon bimbit Hilman. Cepat-cepat dia buka kerana dia tahu pasti Sarah Melisa ialah penghantarnya.

Sarah Melisa
Awak bila nak balik?
Saya rindu..
awak janji nak balik pagi ni tapi ni dah pukul 2 petang dah

Hilman menghela nafas. Jam tangan dikerling memang sudah pukul 2.10 tengahari. Ah! Kenapa lama sangat ni.

"Abang ! Duduk diam-diam boleh tak?" Tegur Farah lagi.

"Kau boleh tolong diam tak? Aku sumbat mulut kau dalam pasu nanti. Sibuk je hal orang sebab tu kau tak ada pakwe lagi." Balas Hilman geram. Tak tahu agaknya aku dah tak tahan nak tengok muka Sarah Melisa. Bisik Hilman sendiri.

KEKASIH GELAP ✔Where stories live. Discover now