KEKASIH GELAP
KAKI Hilman kaku disitu apabila sepasang matanya melihat dua susuk tubuh sedang berbual di halaman rumah dengan gelak tawa yang menjengkelkan. Rasa nak baling je pasu yang ada disebelahnya itu.
"Hilman. Baru balik?" Tegur Puan Nafisah. Tangannya dihulurkan kepada Hilman.
"Baru balik, ma" Hilman menyambutnya dengan salam dan kucupan.
"Along tak balik rumah malam tadi? Sejak kebelakangan ni jarang ada kat rumah" Kata Puan Nafisah lembut.
"Along duduk rumah sendiri. Banyak kerja so malas nak balik" Dia mencipta alasan.
"Aik? Mama datang klinik pun along jarang ada. Selalu je doktor Ahmad yang gantikan. Budak-budak kata along cuti" Pelik benar Puan Nafisah dengan sikap anak sulongnya sejak kebelakangan ini.
Hilman menghela nafasnya, malas hendak mengerah otak mencipta alasan"Along sibuk sikit lah, ma. Siapa tu?" Muncung mulutnya diarah ke dua susuk tubuh yang membelakanginya. Walaupun dia boleh agak empunya diri tapi dia lebih memilih untuk bertanya.
"Angah dengan Intan"
Gurlp! Hilman menelan airliur. Firman dan Intan berbual berdua? Adakah itu tandanya mereka ingin bersama semula? Ah ! Mengarut lah Hilman.
"Along pergi sana dulu ya"
Puan Nafisah mengangguk dan Hilman mula melangkah ke arah Intan dan Firman. Dia berdehem sebelum kedua-dua mereka menoleh kearahnya.
"Baby.. Balik pun. Penat Intan tunggu" Intan mengangkat punggung dan datang mendekati Hilman. Lengan kekasihnya dipaut.
"Why are you coming here?" Soalnya dingin. Wajah Firman dipandang dengan rasa tidak puas hati. Api cemburu mula merebak didalam hatinya bila melihat Intan dan Firman mula berbaik.
"I come here to see you, baby. But you haven't arrive so I'm just having a short conversation with him. Why you didn't tell me that he has come back to Malaysia?" Dengan sengaja, Intan menarik muncung.
"Jealous maybe? Or he's scared that I'm going to snatch you from him." Sindir Firman dengan senyuman sinis.
Intan Sufia tergelak kecil. "Come on babyboo, benda dah berlalu almost 2 years and I stand to love you."
Hilman hanya membisu mendengar bicara Intan. Tiada apa yang hendak dikatakan lagi. Dia menapak ke sebelah Firman, dan punggungnya dihenyak disebelah kembarnya. Diikuti dengan Intan.
"I think... I don't have time to jealous. It's just that I'm worried if someone might be a third wheel in our relationship or happiness." Dia melancarkan serangan. Tidak mahu kalah.
Firman hanya membuang pandangannya pada kolam ikan yang terbentang dihadapannya. Mukanya mencebik menyampah.
"Ish ! Tak lah. Sekarang Intan ada B dan Firman pun dah lupakan kisah lama. You dah maafkan kitorang kan, Firman?"
"Yeah, of course." Jawab Firman pura-pura ketawa mesra.
"See? I told you! Dia balik ni maksudnya Firman tak berdendam lagi dengan kita." Riuh senyuman diwajah Intan.
Argh Intan ! Kau tak tahu ke Firman tu balik kerana dendam? Kenapa kau percayakan dia? Hilman menjerit dalam hati.
"Yeah, I gembira korang berdua nak nikah. Peristiwa tu dah 2 tahun tapi korang masih bercinta. Nasib baik korang dah nak nikah tahun ni." Firman berkata lagi.
"Kenapa nasib baik pula, Firman?" Intan mengerutkan dahinya.
"Nasib baik lah.. Kalau tak, kejadian lalu akan berulang kembali. Maybe turn I pula rampas semula hak dia? Who knows kan" Kening sebelah kiri Firman diangkat lantas tersenyum menyejek.
Intan tidak selesa dengan ayat yang dituturkan Firman. Dia dapat mengesan kedinginan antara Firman dan Hilman. Adakah mereka masih bersengketa? Wajah Hilman dipandang. Merah! Tangannya menggigil. Terus tangan itu digenggam risau kalau api kemarahannya memuncak.
"Pandai Firman bergurau. Haha. Ada pula nak rampas I dari Hilman. Mustahil lah! I sayang Hilman sangat kot" Intan pura-pura ketawa demi meleraikan suasana tegang saat ini.
"Ya, Just kidding. Relax dude"Firman terus ketawa besar melihat perubahan wajah Hilman. Puas hatinya dapat menyakitkan hati kembarnya itu.
"Ya.. ya.. Baby.. Firman gurau je. Forget the past. Am I right, Firman?" Wajah Firman dipandang selang-seli dengan Hilman.
"Of course. I pun dah tak ada hati dengan you. Come on, 2 tahun kot tak kan lah hati I tak boleh lupa you lagi. In fact, you are not my true love" Sindir Hilman tepat mengena wajah Intan.
Dup ! Sakit !
"B naik mandi dulu la. Nanti kita luar sama okay sayang" Hilman bangun dari tempat duduknya. Malas nak berhadapan dengan Firman lagi.
"Okay baby. Intan tunggu. Cepat ! Masham!" Intan mencuit lengan Hilman sebelum Hilman melepaskan tawanya dan kemudian dia bangun masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri.
Berbulu je mata Firman tengok kemesraan dua merpati sejoli ni.
***
Syafiq nembuka bekas makanan yang diberikan hospital. Sudu diambil dari laci lalu dia mengelapnya dengan tisu.
"Makan eh kak?"
Hanya anggukan yang menggantikan jawapanku. Sejak Hilman Amir meninggalkanku di hospital tempoh hari yang lalu, jiwaku dirundun rasa sayu.
"Meh adik suap" Kata Syafiq lagi.
Tidak mahu membuat adikku risau, senyuman dilemparkan buatnya. Mulut dinganga dan membiarkan suapan nasi bersama ikan goreng dan masak lemak putih masuk ke dalam mulutku.
"Bila akak boleh balik?"
"Insyallah doktor kata tadi kalau tak ada apa-apa , esok akak boleh balik" Jawabku.
Perasaan ini sudah tidak tahan untuk terus menghidu bau ubat-ubatan yang ada dihospital ini. Urat-urat tubuhku juga tidak betah asyik terbaring tanpa membuat sebarang kerja.
"Abang Hilman tak datang kak?"
Geleng. Terpamer reaksi kecewa diwajahku.
"Laaaa kenapa pula ni? Gaduh ke?"
Aku geleng. "Suap la akak cepat. Lapar ni" Marahku.
"Kita pula kena. Eii akak kalau badmood ni maknanya merajuk dengan buah hati la tu. Jangan lama-lama merajuk kak. Abang Hilman tu kacak,berduit pula tu. Perempuan mana tak suka" Kata Syafiq. Eii saja la tu nak sakitkan hati aku.
Ada aku kisah? Ramai perempuan suka? Bagus lah jadi tak payah ganggu hidup aku. Semak ! Aku marah sendiri.
"Eii berangan je" Syafiq mencuit lenganku.
"Sibuk lah !"
"Malam nak adik teman tak ?"
Aku geleng. "Tak payah, akak nak rehat"
"Eleh semalam pun kata nak rehat tak nak orang lain ganggu rupanya Abang Hilmam teman". Syafiq mencebik.
"Tu dia yang sibuk datang bukan akak yang suruh lah!"
"Iye lah tu. Dah mari makan.."
Santapan tengahari diteruskan demi memenuhi keinginan perut. Dari serabut ingatkan Hilman baik lepas ni aku tidur sampai Nana datang petang nanti. Buat sakit hati je fikir. Huh !
YOU ARE READING
KEKASIH GELAP ✔
RomanceStart : 19 october 2016 End : 23 octocer 2016 Sarah tak pernah sangka hidupnya akan jatuh cinta terhadap kekasih orang lain, Puas dia mengikis perasaan itu kerana tak sanggup lukakan hati Intan saudara tirinya, Namun kehadiran Hilman sering membuat...