KEKASIH GELAP
"INTAN dah cari baju untuk tunang?" Soal Dato Wadi. Dia menyuakan makanan ke dalam mulutnya. Wajah anaknya dipandang lagi.
"Belum lah pa. Hilman asyik sibuk je. Tengok lah macam mana hujung minggu ni ke" Balas Intan.
"Majlis tak lama lagi. Kalau Hilman sibuk, Intan uruskan lah sendiri. Intan tu yang kena beli baju. Hilman tu tak kisah sangat" Balas Dato Wadi lagi.
Intan melepaskan nafasnya secara perlahan. Dia membuang pandangan pada tingkap yang mempamerkan pekat malam. Bunyi guruh menandakan hujang lebar diluar sana.
"Laaa kenapa merungut pula tu?" Tegur Datin Rosnah.
"Entah lah ma. Sejak kebelakangan ni Intan kurang masej dengan Hilman" Intan tertunduk sedikit.
"Laaa itu maknanya hubungan korang makin matang. Lagipun Intan dengan Hilman bukan budak-budak lagi. Masing-masing ada tanggungjawab kerja. Dulu boleh lah nak masej selalu. Sekarang kena lebih serius, ye kan bang?" Datin Rosnah memandang suaminya.
Dato Wadi mengangguk setuju dengan kata-kata isterinya. Wajah Intan dipandang semula. Intan adalah satu-satunya anak perempuannya. Jadi dia akan beri yang terbaik untuk Intan.
"Papa setuju dengan mama. Intan pun dah jadi lawyer. Hilman doktor. Masing-masing ada tanggungjawab pada bangsa. Just go with the flow. Everything's gonna be okay.Tak kan 24 jam nak berkepit?" Balas Dato Wadi.
"Memang lah papa. Tapi sekarang kalau Intan masej jam 8 pagi Hilman balas pukul 2 nanti. Kalau Intan call, dia akan call Intan semula malam nanti. Itu pun dia cakap dah mengantuk. Kadang-kadang dia dah janji nak jumpa Intan tiba-tiba je batalkan" Luah Intan sedikit sedih.
Dia bukan tak perasan dengan sikap Hilman. Cuma dia malas hendak cari gaduh. Ingatkan bila dah tunang makin rapat tapi makin hari makin jauh.
"Intan sayang... waktu papa dengan arwah mama Intan dulu pun macam ni juga. We are adults. Cinta itu perkara kedua. Tanggungjawab itu penting" Nasihat Dato Wadi.
"Mama pun setuju dengan papa. Intan kena lah bertolak ansur. Jangan sebab benda remeh nanti hubungan jadi keruh" Nasihat Datin Rosnah sambil menceduk masak lemak ikan ke dalam pinggannya
Intan mengeluh perlahan. Dia akui sejak kebelakangan ni dia perlukan sangat perhatian Hilman. Lelaki itu seakan makin jauh darinya. Dia rindukan Hilman yang dulu. Intan menguis makanan yang ada didalam pinggannya.
"Tak elok buat makanan macam tu, makan.." Tegur Dato Wadi.
"Kalau Intan tak tinggalkan Firman dulu mesti Intan dah ada anak kan?" Tiba-tiba dia rasa rindu pada kenangan bersama Firman beberapa tahun yang lalu.
"Let bygones be bygones. You choose Hilman instead of Firman and please don't ever say that you are regretting your decision you had made. Tak baik!" Dato Wadi bersuara tegas.
"I know but I miss him, pa." Muka Intan berubah monyok.
"Call lah! Ajak jumpa! Esok try ajak lunch sama-sama" Datin Rosnah memberi cadangan.
"Samada Intan dengan Hilman ataupun Firman mahupun lelaki lain kat luar sana. Papa selalu doakan yang terbaik untuk Intan my darling sweetheart" Dato Wadi mengukir senyuman.
Intan turut tersenyum mendengar ayat papanya. Rasanya sudah lama Dato Wadi tidak memanggilnya dengan perkataan keramat itu.
"Thank you papa banana honey dew" Intan terus ketawa dengan ayatnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
KEKASIH GELAP ✔
RomanceStart : 19 october 2016 End : 23 octocer 2016 Sarah tak pernah sangka hidupnya akan jatuh cinta terhadap kekasih orang lain, Puas dia mengikis perasaan itu kerana tak sanggup lukakan hati Intan saudara tirinya, Namun kehadiran Hilman sering membuat...
