KEKASIH GELAP
MAK melepaskan satu keluhan berat. Susuk tubuh yang dicintainya makin lama makin jauh meninggalkan dirinya. Apabila kereta polis hilang dari pandangan, makin deras airmata mak mengalir.
"Mak.." Aku menarik tangan mak.
Kemudian mak membongkokkan sedikit tubuhnya memandang wajahku. Senyuman kelat diberikan padaku. " Ye sayang.. Sarah nak apa ?" Soal mak lembut.
"Dorang bawa ayah ke mana?" Soalku dengan suara serak. Kolam mataku bergenang.
Mak menjatuhkan tubuhnya melutut dihadapanku. Pipi diusap lembut kemudian dia mengucup pipiku dengan senyuman tawar. Sekali lagi pipiku diusap.
"Ayah pergi mana ?" Soalku lagi.
"Esok ayah balik ya sayang..."Mak memberi janji terhadapku.
Walaupun begitu, firasatku dapat merasakan mak bohong tapi hati kecilku tetap memegang janjinya.
Seterusnya mak melangkah masuk ke dalam bilik membiarkan aku disitu. Tanpa mak sedari aku mengekorinya dan memerhatikan mak dari sebalik pintu. Dapatku lihat tangan mak mengemas baju-bajunya lalu disusunkan ke dalam sebuah beg yang berwarna hitam
Jantungku berdegup kencang. Hatiku menjerit ingin mengetahui kenapa mak mengemas pakaiannya sedangkan pakaian aku dan adik langsung tidak disentuh.
Dia mengesat airmata dengan belakang tapak tangannya. Sesekali aku nampak mata mak melilau memandang keliling bilik.
Aku melangkah merapati mak. Hujung baju mak ditarik. Kepalanya ditundukkan memandang tubuh kecilku.
"Kenapa sayang?" Soal mak kepadaku.
"Mak tak tinggalkan Sarah dengan adik kan?" Soalanku membuatkan mata mak makin berkaca.
Tanpa menjawab mak terus merangkul tubuhku kuat dengan deraian airmata. Begitu juga dengan aku. Aku dapat rasa hangatnya tubuh mak saat memelukku. Lencun bahu mak dengan deraian airmataku.
"Mak kemas-kemas baju tadi kenapa?"
Mak terkejut. Dengan perlahan pelukannya dilonggarkan. Dia menjarakkan wajahnya dari wajahku. Anak mataku dipandang lama. Wajah mak nampak lesu.
"Mak tak pergi mana-mana sayang. Mak ada... ada dekat dengan Sarah dan adik.. Sini..." Jari telunjuk mak lekat pada dadaku. Mak melemparkan senyuman tipis.
"Sarah ?" Soalku semula.
Mak mengangguk perlahan. "Sarah dengan adik pun. Dekat.. dekat dengan sini.."Mak meletakkan jari telunjuk aku pada dadanya. "Dihati mak". Tambahnya lagi.
Aku mengangguk laju dengan juraian airmata. Aku tidak tahu kenapa aku takut. Aku takut sangat kalau mak tiba-tiba tinggalkan aku. Apa harus aku lakukan pada usiaku hanya 10 tahun ? Tubuh mak dipeluk sekali lagi.
Mak mengucup pipiku dengan penuh rasa kasih. Habis pipiku dijamah oleh bibir mak. Airmataku dikesat berkali-kali oleh mak.

ANDA SEDANG MEMBACA
KEKASIH GELAP ✔
RomanceStart : 19 october 2016 End : 23 octocer 2016 Sarah tak pernah sangka hidupnya akan jatuh cinta terhadap kekasih orang lain, Puas dia mengikis perasaan itu kerana tak sanggup lukakan hati Intan saudara tirinya, Namun kehadiran Hilman sering membuat...