Pintu bilik melinda ditolak cepat apabila jeritan Demi jeritan namanya langsung tak disahut dari dalam.Mengucap panjang dia bila melihat keadaan bilik melinda apa tak nya dia mengucap panjang dengan majalah bersepah atas lantai,baju Yang berterabur dekat depan almari besar bapa gajah dia tu dengan meja make up Yang berselerak dengan peralatan makeup nya haduhhhh macam ni nak disuruh jadi isteri orang? Alamatnya mati lah suami dia tu nanti tertimbun dalam baju Yang berselerak! Keadaan katil melinda tk usah nak dicakap lah bertepuk dahi puan amyra berulang-ulang kali nasib baik tak sampai lebam!Rahang puan amyra bergerak ke atas dan kebawah silih berganti tatkala melihat anak perempuannya Yang masih tidur dengan sangat nyenyak diatas katil berserta telekung elok terletak ditubuhnya tahu sangatlah tu Yang melinda ni tidur selepas solat berjemaah subuh tadi patutlah habis je doa cepat dia masuk bilik nak membuta balik rupanya yea budak ini!. Dasar Bertuah punya anak! Tidur selepas subuh ye kau! Sudah berapa kali dia berpesan kepada melinda supaya jangan tidur selepas subuh tetapi langsung tidak diendahkan sampai nak berbuih dah mulut ni membebelkan melinda tapi tak masuk-masuk juga dalam kepala dia tuh apa tah Yang dimakannya sampai susah sangat nak dengar kata orang tua!.tangannya laju sahaja menepuk peha anaknya itu bagi mengejutkannya untuk bangkit dari tidurnya. Jam dinding di kerling seketika, jarum jam menunjukkan tepat pukul 8;30.ini lah akibatnya andai tidur selepas subuh! Amaran pertamanya langsung tidak diendahkan anaknya sebaliknya melinda berpusing ke arah bertentangan dengannya. Dipanjat katil melinda lalu mengoncangkan badan melinda dengan kuat seperti hendak mengejutkan melinda kerana rumah mereka terbakar sahaja gayanya tapi memang pakai ilmu kebal si melinda ni sampai dia langsung tak terganggu dengan goncangan kuat puan amyra.
"Anak daraa! Owhhh anak Dara! Bangun berapa kali mama pesan jangan tidur lepas subuh! Ehh bangun lah melinda!wake up"Terpekik terlolong puan amyra ditelinga melinda namun mata gadis itu masih terpejam seakan tiada apa Yang berlaku disekelilingnya. Rasa-rasa kalau bergini lah punya lena tidur ikat bom dekat badan dia pun belum tentu sedar. Hampir sahaja puan amyra putus asa untuk membangunkan anak perempuannya itu.
"Emmm"
Hanya itu dibalas oleh melinda dalam keadaan mata masih tertutup rapat. Susah benar hendak membuka matanya itu seakan sudah dilekat dengan gam gajah sahaja kelopak matanya tu! Geram benar puan amyra dibuatnya tatkala melihat gelagat anaknya dipagi hari itu . Kalau satu hari tak buat dia naik angin memang tk sah lah budak bertuah ni lah ya Allah. Ni kalau suaminya lihat ni. Pasti melinda juga dimenangkan! Dikatanya cara mengejutkan melinda itu salahlah. Kalau liat hendak bangun seperti melinda itu sahaja ubatnya Yang paling mujarab! Ditepuk lagi belakang badan anaknya bagi mengejutkan melinda namun tiada langsung respon dari melinda. Bergerak tidak membalas dengan bicara juga tidak.
"Melinda! Kalau macam ni lah kamu punya perangai bawa sampai jadi isteri orang! Memang mati kebulur suami dengan anak kamu!"bebel puan amyra namun seperti biasa. Tidak diendahkan langsung oleh melinda.
Tangan melinda terhuyung hayang ke udara sambil jari telunjuknya bergerak kekiri dan kekanan silih berganti"Alah ma, mel belum kahwin kan? So mama tak perlu risau.. Dua nyawa masih selamat.. Suami dengan anak mel.. Don't worry okay?"Jawab melinda dengan suara tenggelam timbul kerana masih dalam keadaan mamai, telekungnya dilucutkan cepat bila mulai terasa panas, bebelan Demi bebelan puan amyra makin menghangat dia Yang masih lagi berdarah muda dan cepat naik angin, didalam hatinya
"Apa Yang awak bisingkan pagi-pagi hari ni amyra oii. Awak tahu tak Sakit telinga saya ni ha mendengar awak menjerit sampai ke tingkat bawah tahu tak!..Isyh apa masalahnya"Tengku firdaus menegur isterinya Yang sudah memarahi anak mereka awal pagi lagi dimuka pintu tergeleng melihat ke arah isteri dan anaknya. Dia Yang hendak membaca buku di ruang tamu sahaja tidak tenang kerana selang beberapa saat sudah kedengaran suara puan amyra menjerit memarahi melinda. Sudahnya dia naik juga ke bilik anaknya untuk melihat apa Yang sudah terjadi antara mereka berdua sampai puan amyra jerit seperti itu. Kakinya diatur masuk kedalam bilik anak perempuannya lalu hanya gelengan dan senyuman diberikan melihat anaknya masih bertelekung dan tertidur. Mengantuk sangat melinda ni.. Terus dia duduk disebelah anaknya lalu diusap kepala anaknya penuh kasih. Sifat dia dan isterinya agak berbeza dari segi layanan emosi setiap anak mereka. Puan amyra bersifat tegas dan berdisiplin manakala dia lebih bersifat lembut dan sangat memanjakan anaknya. Oleh kerana itu segala kehendak anaknya akan dituruti walhal kadangkala mendapat bantahan dari puan amyra kerana merasakan dia terlalu memanjakan anak mereka dengan kebendaan. Baginya apa salahnya kan.
YOU ARE READING
3 bulan untuk kita ✔
RomanceTengku aryan Mikael sangat bencikan seorang gadis gemuk Yang bernama Tengku melinda adriana namun seiringnya berganti tahun pertemuan pertama mereka berikan imbak besar kepada aryan yang entah dimana permulaanya boleh jatuh cinta pada melinda yang d...