3BUK-8

7.1K 192 6
                                    

"Melinda,jom sayang kita siramkan ke kubur yan nak.."Pujuk puan amyra kepada melinda yang duduk dipondok berdekatan kuburan arwah yan sejak dari tadi permulaan talkin dibacakan melinda masih mendiamkan diri disitu tanpa sepatah perkataan sekali pun walhal ditegur oleh orang sekelilingnya.Berlalu beberapa saat kemudian melinda masih membisu tanpa sebarang bicara,diangguk pun tidak geleng pun tidak. Semua ahli keluarga mereka tahu melinda masih dalam keadaan terkejut setelah kejadian tersebut menimpa dirinya, walhal aryan telah memeluk melinda dari terkena tembakan tersebut namun disaat itu juga yan berlari ke arah melinda dan terkena tembakan dari arah belakang oleh todi Yang sempat mencapai pistol anak buahnya Yang mati ditembak pihak polis. Diberikan isyarat kepada izz untuk menemani melinda, langsung dibawa langkahnya menuju ke kuburan yan dan menyiramkan air Yang telah dibacakan dengan bacaan yasin tadi.

Mata izz tertacap pada bibir merekah kering milik melinda, bahu adiknya dipaut perlahan hinggalah kepala adiknya dibawa bersandar ke dadanya. Ya Allah.. Begitu berat ujian kau timpakan kepada melinda, setelah pemergian yan barulah aku tahu bertapa dalamnya cinta lelaki itu kepada adiknya sehinggakan sanggup berkorban Demi melinda walhal perjuangannya tak sempat dilsaksikan melinda sendiri Yang terus jatuh pengsan akibat terkejut dan fobia melampau nya apabila melihat sendiri dihadapan matanya aryan memuntahkan darah yang sangat banyak akibat ditembak. Begitu juga dengan melinda perasaan cintanya terhadap yan turut bergitu dalam entahlah aku tak dapat pastikan apa hubungan mereka berdua kerana selama ini mereka terlihat seperti sahabat akrab bukanlah sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta, setelah bibik mengemaskan beg pakaian untuk dibawa ke hospital buat melinda disaat itu juga mereka menemui cincin pemberian arwah yan untuk adiknya. Tampaknya mereka berdua sudah berniat untuk bernikah lantas hidup bersama tetapi maut telah memisahkan dua insan. Dia faham perasaan adiknya kerana dia sendiri tak mampu nak berjauhan dengan luna andai gadis itu terpaksa keluar negeri.. Itu pun dia masih mampu melihat, menelefon gadis itu andai merasa rindu tetapi jikalau melinda dan arwah yan? Mereka sudah terpisah antara dua alam. Bukan sahaja arwah yan yang bertarung nyawa dalam wad ccu selama seminggu malahan aryan juga masih lagi tak sedarkan diri sehingga kini dikabarkan peluru Yang menusuk kedalam badannya terpesong sedikit mengenai tepi dada nya berbanding yan peluru tersebut berjaya tembus tepat ketengah dada,aryan juga masih bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan.Yan, koma selama seminggu akhirnya tewas juga apabila detak nadi tidak dapat ditemui lagi dan dirasai. Badannya seakan dipeluk oleh melinda langsung terasa baju melayu hitam nya agak kebasahan dibahagian dada.

Sembam mata melinda akibat terlampau banyak menangis beberapa hari yang lepas"Kenapa yan mati abang? Kenapa.. Ni semua salah adik.. Aryan koma sebab adik! Yang sepatutnya koma dan terus mati tu adik bukan yan dengan aryan! Diaorang tak bersalah abang.. Tak bersalah!"Jerit melinda dalam suara serak-serak basah kerana terlampau Lama tak mengeluarkan suara. Apabila matanya terbuka sahaja dia menerima khabar dari pihak polis mengatakan misi mereka berjaya,tetapi ada dua insan Yang menjadi korban. Siapa sangka setelah seminggu penantian aku berharap yan akan kembali sedar dan agar kami dapat menyatakan hasrat kepada tengku firdaus untuk melangsungkan majlis merisik akhirnya musnah dan terkubur begitu sahaja seperti pemergian arwah yan.Siapa yang mampu terima kenyataan orang Yang paling dicintai pergi kerana dirinya sendiri, aku terima jikalau ahli keluarga yan membenci aku kerana menyebabkan kematian anak mereka. Aku redha andai mereka hendak mendakwa aku dimahkamah tetapi aku sendiri tak nak benda macam ni berlaku kepada lelaki Yang paling aku sayang! Kitaorang sememangnya bukan hanya sebagai teman biasa tetapi pasangan kekasih Yang masih menyorokkan perasaan kami kepada orang ramai. Aku terpaksa membohongi ahli keluarga aku dan orang ramai dengan mengatakan yan adalah sahabat aku tetapi hampir 5 tahun kami sudah bercinta.

"Adik, adik jujur dengan abang.. Apa hubungan adik dengan yan?! Korang bukan cuma kawan biasa kan? Sebab abang jumpa cincin dalam beg tangan adik, itu pemberi-"

3 bulan untuk kita  ✔Where stories live. Discover now