"Kau jangan berani sakiti melinda! Walau setitik air mata dia tumpah sebab kan engkau tahulah pembalasan aku untuk kau macam mana!"
"Haha,kenapa?apa kau mampu buat kalau aku masih nak sakitkan hati dia?kau tak mampu buat apa-apa..chaw lu"
-----------------------------------------------
"Berapa lama lagi doktor anak saya akan pulih sepenuhnya? Tidak kiralah kaedah apa sekali pun berapa kos nya saya sanggup tanggung.. Jikalau perubatan diluar negara dapat mempercepatkan proses pemulihannya akan saya hantar kesana!"Doktor Emilda mengeluh perlahan sambil bebola matanya bergerak kekiri dan kekanan meneliti perkembangan file pesakitnya yang diterima beberapa hari yang lalu namun hasilnya persis dia baru sahaja tiba kesini langsung tidak ada perkembangan. Dia faham sebagai seorang ayah pasti tengku firdaus inginkan yang terbaik untuk anaknya mana tidaknya sebelum ini sudah elok sahaja boleh nak memulakan pekerjaannya tetapi bila terjadi begini emosi yang tak stabil tambahan memorinya mengenai seseorang juga tidak berapa kukuh, bapa mana yang tak sedih melihat keadaan anak mereka seperti itu.Jari jemarinya dimasukkan antara ruang pada arah yang bertentangan langsung direhatkab diatas meja.
"Tengku, ni bukan soal dimana dia diubati.. Apakah kaedah yang kami gunakan untuk merawat erm doktor melinda.. Tetapi ini berkaitan dirinya sendiri sebagaimana maklumat yang saya terima sebelum doktor melinda ni mengalami kecederaan dia juga mempunyai fobia, stress dan juga kehilangan seseorang jadinya semua itu menyebabkan peluang proses pemulihannya menjadi lebih cepat adalah sangat nipis. Apa pun kita kena berikan sokongan emosi kepada dia elakkan untuk terlalu memaksa dia mengingati memori yang lepas"Air mineral dicapai langsung diteguk sedikit baginya apa yang dialami oleh melinda memang special kes.Apa yang didengarinya sebelum ini juga melinda pernah pengsan dan apabila sedar menerima berita kehilangan kekasihnya beberapa hari kemudian dia alami kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan dia koma tetapi satu hal yang sangat istimewa disini..hati dia sangat cekal hadapi dugaan sampaikan melinda langsung tak menunjukkan tanda-tanda orang depresion dan Allah swt memang sayangkan dia lihatlah beberapa kali alami tragedi masih lagi dia ada bersama kami semua."Doktor melinda memang alami amnesia cumanya yang kami dapati dia cuma kehilangan separuh memorinya dan dia seperti berada dimasa silam dimana sebelum dia kemalangan.. Kerana itulah perasaan marah atau dendam terhadap seseorang memang sangat tinggi jadinya untuk keselamatan elakkan lah menjumpakan melinda dengan orang yang dia tidak suka kerana kami khuatir dia boleh bertindak diluar kawalan. Tengku dan puan jangan risau, insyaallah jikalau kita berserah dan berdua kepada Allah swt.. Doktor Melinda akan kembali pulih seperti sedia kala.. "
Terdiam tengku firdaus dan puan amyra mendengarkan penjelasan demi penjelasan yang keluar sendiri dari bibir doktor emilda, mereka kesal sekali kerana tak menghalang kepergian melinda sewaktu terjadinya perbalahan antara dia dan izz lihatlah apa akibat.. Melinda hilang memorinya sehinggakan hendak mengaku abang sendiri pun enggan kerana dirasakan mereka berdua tidak ada hubungan darah.
"Saya boleh bawa anak saya pulang? Yelah manalah tahu kan jikalau dia berada dirumah memorinya akan lebih cepat kembali?Saya terfikir boleh tak kalau dia memulakan kerjanya nanti?"
Tengku firdaus melihat ke arah doktok muda itu dengan harapan yang tinggi,terasa ada jemari lembut menggengamnya pasti isterinya yang melakukan itu tanda memberi kekuatan kepada nya.Tidak pernah dia menyangka keadaan melinda akan jadi sebegini teruk.Membawa melinda pulang merupakan ikthiar terakhir mereka yelah disana dia akan sering melihat sesuatu yang dekat dengan dirinya mungkin juga itu merupakan salah satu method yang akan mengembalikan memorinya yang hilang tambahan lagi perkahwinan anak sulung mereka semakin hampiri jadinya sebenci apa pun melinda terhadap abang nya sendiri dia masih inginkan anak gadis nya itu menyertai kegembiraan mereka menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga mereka.
YOU ARE READING
3 bulan untuk kita ✔
RomanceTengku aryan Mikael sangat bencikan seorang gadis gemuk Yang bernama Tengku melinda adriana namun seiringnya berganti tahun pertemuan pertama mereka berikan imbak besar kepada aryan yang entah dimana permulaanya boleh jatuh cinta pada melinda yang d...