3BUK-29

4.2K 110 4
                                    

"Kita ada buat majlis peringatan sesiapa ke? Asal meja aku penuh dengan bunga?! Urhhh!!"Melinda menderam asbab geram melihat mejanya penuh dengan bunga kalau macam ni hendak lakukan kerja bagaimana pula nanti. Mira yang berdiri dimuka pintu boleh pula mentertawakan dirinya yang asyik mengomel sendirian agaknya dia fikir rakannya itu sudah jadi gila lepas tengok meja kerjanya dengan jambangan bunga. Satu jambangan bunga dicampak ke arah mira oleh melinda geram gamaknya yelah dari tadi matanya serabut dengan 'pemandangan' bunga boleh pula mira asyik mentertawakan dirinya bukan dibantu fikirkan siapa yang bagi makin menambahkan keseraburan diotak sahaja.

"Eh kau ni, tah-tah secret admire kau kowt yang kasi ni! Huntonggg lerrrr!! Aku ni bunga pun tak de.. Jauh sekali lah ada orang nak suka!"Melinda geleng kepala dan henyakkan punggung kekerusi pejabatnya, dah mula dah minah ni nak berdrama TV3 dia petang yang indah ni! Hadohhhhh.. Muka bukan tak cantik yak elahhh kerjanya reject then buat ayat budak tadika'awak terlalu baik untuk saya'.. Emmm mungkin lah tak nak sakitkan hati orang tu buatnya dia jawab 'awak terlalu miskin untuk saya' tak ke meraung jantan tu dekat situ juga?! Hisyh selisih! Segala file dikemaskan ala kadar, iyelah dahlah meja serabut dengan bunga kalau file pun berterabur alamatnya dah macam tempat pembuangan sampahlah meja kerjanya ni! Mira ambil satu jambak bunga dan menciumnya, mak aihhh ni bau bunga ke bau perfume nak membunuh hidung orang?! Wangi sangat ni! Tanpa diberikan amaran bunga yang dihidunya tadi dihalakan ke melinda membuatkan gadis itu terus bersin beberapa kali bila tengok kawannya asyik bersin meledaklah ketawa mira. "Hoi, kau ni alah dengan bunga ke apa?"

Melinda cepat capai tisu, eyyy aku smack down minah ni sia-sia dia hidup kang! "Aku bukan alah dengan bunga cuma bau tu tajam sangat.. Sakit dok hidung aku ni!!"Rungutnya dan bersin beberapa kali. Kuanghasam punya member dia dah bau bunga tu sekali dia pulak nak menyeksa hidung aku! "Eyyy mat bangla manalah sembur perfume macam tu! Erhhhhh nak muntah aku! Dahlah nanti kau tolong panggilkan kak jie suruh dia bersihkan ni semua. Erhhh sesak mata akulah!"Bebel melinda lagi dah mula fokuskan pandangan mata ke laptop miliknya, yelah data pesakitnya perlu dicheck setiap hari untuk melihat perkembangan sebelum dibentangkan dilapangan.

Mira angukkan sahaja kepala dan berlalu pergi, iyelah nanti nampak dek ketua singa diaorang mahu nya lima hari berturut-turut dibebel! Tengah melinda menaip dilaptop miliknya tiba-tiba pintu biliknya diketok seseorang tanpa dipandang untuk pastikan siapa disuruh
sahaja figura itu masuk kedalam biliknya. Disangkakan kak jie terus dia arahkan ke longokkan jambangan bunga diatas mejanya"kak tolong buang semua ni.. Sesak lah mata saya ni tengok bunga tinggi mengunung!"matanya tak dialihkan dari pandang skrin laptop. 'Kak jie' tak menjawab apa-apa.. 'Hm' tk lagikan keluarkan suara.

"Tk suka bunga?"

Terangkat kening melinda,okay.. Ni tak lawak! First apahal suara kak jie boleh tukar garau.. Okay aku still husnuzon maybe dia sakit tekak. But yahhh!! Second Why suara kak jie sebiji suara aryan?!eh aku rindu dia ke sampaikan boleh terdengar suara dia? Uhukkkk memang mintak simpanglah! Demam kepialu kalau aku nak rindukan baru semalam aku makan laksam dengan dia tak de maknanya nak rindu-rindu nilah!

"Ai kak jie, sakit tekak ke? Lain je suara"Melinda masih Cuba berlagak tenang.

Aryan mengawal diri dari hendak tergelak, wah.. Nampaknya aku dah ada nama baru pemberian tunang ku yang cantik.. Kak jie.. Not bad!

"Sayang, Cuba angkat kepala tu.. Tak kan lah tunang awak yang hensem ni dah tukar panggilan jadi kak jie"Berderai ketawa aryan bila tengok muka melinda bagai baru lepas tertelan ubat gegat, terkebil-kebil matanya seperti cicak kobeng! Terciduk ke tu sayangku?!

Melinda dah mengelabah, hadohhhhh!! Itulah fokus sangat dengan laptop sampaikan aryan boleh jadi kak jie.. Eh untung kak jie kalau aku kata dia bontot lembu camner?! Tak ke naye gitu! Dibetulkan sedikit penampilannya, wait for a few minutes...first mamat ni dah kena buang kerja ke sampai ada masa nak menyemak dekat pandangan mata aku.. Second dia ke hamba Allah yang dah letakkan bunga sebanyak ni macam kitaorang ada majlis peringatan?!

3 bulan untuk kita  ✔Where stories live. Discover now