Lalang diatas kuburan arwah yan dibersihkan mana yang patut untuk kelihatan bersih sahaja tadi diberikan waktu setiap pekerjanya untuk bersendirian membacakan surah yasin dikuburan yan sebab dia faham kesemuanya sangat rindukan arwah yan tapi itulah cuma batu nisan tak bernyawa yang boleh disentuh. Kebetulan hari ni merupakan off day terus dibawa dirinya kesini untuk melawat sikekasih hati yang sudah berbulan meninggalkan dirinya tapi kenangan tetap dihati. Sebenarnya melinda ada masalah lain hanya membuatkan dia kesini untuk menangkan sedikit pemikiran yang serabut baru sekejap tadi berlaku pertelingkahan hebat antara dia dan kedua orang tuanya malahan berserta izz. Hati aku ni masih sayangkan arwah yan sudah pastilah mustahil semudah membolak balikkan tangan untuk dia lupakan lelaki itu dan menerima yang lain untuk masuk dalam kehidupannya. Keluhan berat dilepaskan sekejap tanpa sengaja air mata melinda jatuh menitik satu persatu.
"What? Bertunang?! No! No! Mel tak peduli siapa pun lelaki tu.. Apa yang mama dengan papa nak katakan mel tak kan bertunang dengan lelaki pilihan family! Arwah yan baru meninggal beberapa bulan yang lalu tak mungkin mel akan gantikan tempat dia!"
Melinda berpeluk tubuh menghadapkan muka bertentangan dari puan amyra, biarlah dia tak melihat wajah ibu nya sendiri dari dia menanggung dosa terus-terusan mengutuk perempuan yang sudah mengandungkannya selama 9 bulan. Aku cuma manusia.. Aku tak kuat lah bila didesak dari semua sudut oleh sekeliling apatah lagi perasaan sayang pada arwah yan masih segar dan tak tergamak untuk aku berbelah bahagi.
"Adik, please lah move on! Arwah yan dah meninggal lama okay! Sampai bila adik nak jadi macam ni?!come on melinda you already grow and think nicely.. "Izz menyampuk pula setelah daripada tadi dia diamkan diri melihatkan perdebatan antara puan amyra dan melinda.Lama kelamaan melinda tunjuk belang pula dengan terus enggan mengikut permintaan ahli keluarganya sendiri,semua orang dah setuju dengan hal ni kecuali aeril sebab katanya dia tak nak melinda rasa terbeban dengan keputusan mereka sebab dalam hal ni yang mendapat untung hanyalah pihak keluarga manakala melinda hanyalah rugi,katanya lagi lagipun tempoh pemegian arwah yan masih baru tak kan lah semudah itu melinda akan menerima orang lain.Arghhh semua tu tak penting pun sebab cinta boleh dipupuk ramai sahaja diluar sana kahwin atas aturan ahli keluarga sahaja,mereka bahagia sahajalah malahan mempunyai anak bersama.Tak kan lah melinda tak boleh pula kan?"Bertunang sahaja bukan terus kahwin! Kalau tak sesuai putus jelah!"
"Senang kan abang cakap?! Senang kan?! Cuba abang letak diri abang pada diri adik.. Abang,adik ni bukan patung yang tak ada hati perasaan tahu! Tolonglah jangan desak melinda sampaikan mel jadi kurang ajar.. "Dia sudah berikan amaran, jikalau dia sudah naik marah orang yang lagi tua pun dia boleh tengking sebab itulah seboleh nya dia tak nak naik meradang.
Tengku firdaus berdiri betul-betul depan muka melinda, bahu anaknya diusap lembut
"Anak kawan papa ni baik orangnya, aaa kamu jumpa dahulu dengan dia lepas itu decide nak tunang ke tak.. Kita jarakkan tempoh pertunangan untuk kamu berdua kenal sama sendiri dan pilih nak teruskan ke tidak"pujuk tengku firdaus dengan selembut yang boleh agar melinda akan terpujuk tapi memang lah sukar sebab melinda dah terkenal dengan sifat kepala batunya, setakat kata macam ni memang tak kan terkesan dihatinya.
"Pa, ni bukan soal baik atau apakan.. Ni soal bisnes kan?!sebab itulah abang izz pun beria desak melinda, kalau macam itu baik abang izz sendiri kahwin dengan sesiapa.. Janda kaya pun tak apa kalau dah mata duitan macam tu!"Jerit melinda dah mula naik satu oktaf meninggi, bahunya seakan ditarik seseorang kebelakang tatkala dilihat puan amyra sedang memandangnya dengan pandangan tajam seakan marah dengan sikapnya yang sudah biadap kepada abang sendiri. "Apa salah ke apa yang melinda cakap?!betulkan?! Ni semua sebab harta.. Ma.. Pa.. Abang izz melinda ni tak bodoh! Mel dah besar! Korang semua ni tamak kan harta ke apa? Tak cukup dengan apa yang ada sekarang ni sampai-"
YOU ARE READING
3 bulan untuk kita ✔
RomanceTengku aryan Mikael sangat bencikan seorang gadis gemuk Yang bernama Tengku melinda adriana namun seiringnya berganti tahun pertemuan pertama mereka berikan imbak besar kepada aryan yang entah dimana permulaanya boleh jatuh cinta pada melinda yang d...